30 December 2012

orang gaji weekend



sebenarnya ada lagi penuh 1 bilik ni tapi aku snap dekat tempat aku je la.


N.F.A
 

29 December 2012


I know I should move on. struggling.

28 December 2012


i don't know whether i can go through all this.

24 December 2012

When I have her to talk to.


salam.

her is referring to my sister. 

currently missing her. ohh, the other day, i was not feeling well. so i texted her and asked her what is wrong with me.


 this when the doctor in her is talking. yemmeh.


and i laughed when reading the text. i forgot what i replied and she called immediately, adviced me this and that. asked me to go to the hosp yada yada yada. forgot already.

but, this made and will always make me love her. cause she is my sister.


andd, last friday, i met Tiqa. yeah, she was from Malacca, directly to Larkin. i was from Tangkak and we planned to meet at Larkin. gedebang gedebung, we ended up makan makan dekat kfc. 

yeahh, lotsa cheesy wedges. lapau tau tapi bersih dikerjakan. we went home together. waiting for the bus almost 2 hours and so, ended up to go back by cab. choii ! mahal boleh. RM40. $-$


N.F.A

 

pengsan tengok darah.


salam.

bukan aku tapi kawan aku. haritu masa lab Bio, kawan aku pengsan. kenapa? sebab darah. kikiki.

kitorang buat blood group test. 1 meja 4 orang, 1 kumpulan 2 orang. tapi kitorang buat test memang 1 meja dengan dia. macam yang kitorang sedia maklum, dia ni tak boleh tengok darah. so, kitorang tanya la nak buat ke tak. tak kisah pun kalau tak yah buat tapi she insisted to do it sebab dia rasa dia boleh. tak kisahlah. aku bagi dia gula je.

nasib baik aku dengan partner aku okay je. aku buat test dulu, partner aku tolong. yada yada yada. lepastu tetiba kitorang dengar lecturer cakap muka dia nampak pucat. so, dia suruh kawan aku duduk. aku pandang partner aku dan dia pun pandang aku, terus kitorang ke tempat dia.

and serious talk, muka dia memang pucat gilaaa. itulah the first time aku nampak muka orang pucat yang bibir pun dah warna putih, ikut kaler muka. haa, gila cuakk. terua aku papah kiri, partner aku papah kanan, partner dia bersihkan darah, dan kitorang bawak dia nak ke bilik rawatan. dekat je pun. berapa tapak dah boleh sampai sebenarnya tapi kerana dia pun jalan dah macam ibu mengandung yang nak terberanak, jadi, slow sikitlah.

lalu belakang makmal, dia jatuh. tapi masih sedar lagi jadi jalan lagi. sampai je luar makmal, ngam ngam nak sampai depan pintu bilik rawatan, dia memang dah tak boleh control, terus jatuh pengsan. dengan aku aku skali nak jatuh sama. itu memang dah tak boleh angkat lagi.

yela, orang pengsan kan orang tidur. kau angkat orang tidur larat ke? angkat budak kecik aku pun boleh. ini badan dia macam aku. tak larat. opss, maaf ye kawan. lepastu, lecturer dengan pembantu makmal semuanya datang. diorang amik stretcher dan sama samalah kita mengangkatnya kat atas stretcher tu.

seriously, it was my first experience seeing a person yang takut darah sampai terpengsan. walaupun terkelam kabut sikit, tapi it was a bit funny. iye, aku nak tergelak pun ada. bukan aku sorang. kitorang pun. lecturer kitorang memang sahlah tak boleh pegang ke urut dia ke apa sebab lecturer kitorang tu lelaki. kawan aku ni perempuan. tapi memang kelakar. berdekak je dalam lab. eh, tapi masa dia pengsan tu kitorang taklah ketawa. hormat jugak orang yang tengah pengsan tu. lepastu, dia terus jadi bahan the whole day tu. memang kelakar kot. lagipunn, tarikh pun cantik tau masa benda ni jadi. 12.12.12.

kawan aku cakap, tarikh ni tarikh keramat. memang dia takkan lupakan.

lepastukannn, aku baru teringat yang test aku belum habis lagiiii. lantas, aku pun lari semula masuk lab. lepastu kannnn, aku dapat darah O negatif. huaaa, pentipu. darah aku A positif tapi masa lab dapat result O negatif. apakah? nampak tak experiment tak valid. ada banyak faktor kenapa tak valid. abaikan. tapi partner aku buat test memang valid. dia memang darah B, buat test pun  darah B.

jadi, aku nak menyedapkan hati, bapak darah O, mak memang darah A. maka haruslah darah aku tertukar tukar.  ehh, boleh gitu?! so, abaikan. aku lebih percaya test yang aku buat dekat klinik that day daripada test yang aku buat sendiri ni. acano nak jadi doktor niii?

so, ini adalah test yang aku dan kami buat.

tap water aku terbanyak. jadi, ini terserlah kepada ketidakcantikan pada kad ini.

 yang cuma ada 1darah tu, pahampaham jela milik siapa yee. 


but seriously, it was funny though.

N.F.A





25 November 2012

bila berdua dengan mak.


as-salam.

harini rajin sekejap nak update lebih sikit. 

masa dekat masjid besi, aku duduk berdua dengan mak sebab orang lelaki semua tengah perform solat jumaat. 

lepastu entah macam mana mak boleh termasuk soal jodoh kahwin bagai ni. mak tetiba nasihatkan aku untuk cari laki yang baik baik. [siapa nak yang jahat?] kalau boleh nak macam ni macam tu macam ni macam tu. [takkanlah nak bagitau dekat sini kan] 

dan yang penting, mak taknak menantu dia sebaya dengan anak dia. haihh, nasiblah kakak aku tu nak mencari. kikiki. 

bila berbual pasal topik macam tu dengan mak, terasa ada janggalnya. maybe sebab aku still a student maka dengan itu aku terasa awkward kot. hiks, malu. -masih panjang lagi perjalanan-


N.F.A

sombong?


as-salam.

aku ni bukan peramah mana pun bila bersosial. nak tengok mulut aku kepoh, hanya bila dengan family atau kawan kawan rapat je. itulah saat nak tengok aku bermulut ramah. 

jadinya, bila further studies tempat orang ni, of course kena cari kawan baru sebab everything is new. dapat pulak classmates yang sangatlah sedikit jadi there's high probability untuk stay close together, sepatutnya. 

tapi tak pun. only 2-3 friends je yang aku boleh ngam. i'm not good at making new friends, actually. dengan roomates sendiri pun makan masa almost one month to get along. apatah lagi dengan katil sebelah aku ni. makan masa almost 2 months to chat like a normal people. before this, cakap hanya bila perlu SAHAJA.

maka, tak hairanlah bila dalam kelas aku di cap sombong. ya, aku rasa pun aku sombong. tapi tu tak bermakna aku tak tegur diorang. aku tegur tapi tak mesra pun. masa mula mula sentap jugak bila tahu tapi at last, aku tak kisah pun sebab at least aku takda rasa bersalah yang sangat tinggi bila aku tak peramah dan mesra alam dengan diorang. got the point?

result final lagi 2 minggu, if i am not mistaken. maka dengan itu, haruslah aku nervous. sangat nervous ! ohh, esok dah mula kelas maka dengan itu, bermulalah episod di semester 2.


N.F.A

24 November 2012

rezeki itu milik Allah, takde siapa yang mempu mengubahnya.


as-salam.

okay, let me just straight to the point. rezeki kita bergantung pada Allah. kalau diberi izinNya untuk kita berjaya in the future, maka kita akan berjaya. semuanya dengan izinNya. 

macam my cousins. susah sebenarnya tau bila kita sebaya dengan cousins kita. dan aku nak bersyukur jugaklah sebab aku takde sebaya dengan mana mana sepupu aku baik belah mak atau belah bapak. heaven tau ! sebab nanti tak kene compare kan bila dapat result untuk exam besar.

last Monday kan result UPSR released kan. so, adik adik aku yang UPSR ni of course la nervous gila. 2 orang cousins ni berbeza. punya sikap dan sifat masing masing. rezeki Allah bagi, yang sorang dapat 3A and yang sorang dapat 4A. sedangkan yang dapat 4A tu selalunya kalah dengan yang dapat 3A ni. 

macam aku cakap tadi. rezeki tu Allah yang bagi. kita tak boleh nak sangkal atau pertikaikan. dannn, takde siapa yang boleh menyangka apa yang akan terjadi.

macam aku jugak. aku tak sangka, life aku sekarang ni adalah jalan aku. bapak aku selalu put high expectation pada aku since setiap kali exam besar, aku punya result lagi better dari kakak aku. so, masa SPM pun dia mengharapkan aku boleh beat akak aku punya result. tapi kuasa Tuhan. aku tak mampu nak tanding dengan dia punya result.

dan rezeki Allah jugak, aku dapat further ke sini. jmc. kakak aku pun matriks jugak dulu cuma bezanya dia PST tapi aku PDT. siapa yang tak frust bila tercampak ke pdt. tapi, ini rezeki Allah. lama lama aku redha. but, it took time. really ! supports from family tu penting and perhaps, because of them, I can survive now.

aku sentiasa pegang prinsip, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. aku boleh catch up. 2 tahun dengan setahun, beza hanya waktu je. yang lain takde bezanya. itulah yang selalu bapak aku dengan akak aku pesan. 

dan rezeki Allah, kakak aku yang selalu punya result yang corot antara sepupu sepupu sebaya dia, sekarang tengah further medic. medic yang dulu pernah jadi impian aku. dulu. it was. tapi sekarang, impian tu dah tenggelam. aku bina impian lain.

 akak aku tahu yang aku kecewa sangat masa tu sebab tu dia asyik cakap, 'kawan kawan aku yang PDT ramai je amik medic dekat usm ni.' dia taknak bagi adik dia frust sangat agaknya. dia maksudkan, pdt students pun ada masa depan yang cerah je. bezanya cuma waktu je. itu sahaja. 

sekarang ni aku dah masuk sem 2. ada lagi 2 setengah sem nak kejar. ya, aku habis lambat berbanding kawan kawan aku yang semuanya pst yang habis awal bulan Mei tahun depan. 

everything happens for a reason.

N.F.A


13 November 2012

oh mahnn ! how i miss blogging .


as-salam.


two months have gone after my last post. nak buat acane? lappy tak bawak ke JMC la. semester break. holidayyy ! 2 bulan tak bersentuh blog ni, of course la banyak story to share. tapi.......dah lupa. I just share apa yang masih ada dalam kotak ingatan. yang tak ingat, biarlah tinggal kenangan :)

kan ada jazarians at JMC kan so we planned to have iftar together walaupun bukan di bulan puasa. mereka puasa sunat so waktu buka nanti, buka sesama. ya, mereka sebab masa tu aku tengah cuti. heeeee.. I think it was on Oct, 11. haa betul la. sooo, here we go !


 the some of the Jazarians.

the boys. farid mata spoil la !

the happy moment. 





banyak lagi sebenarnya. aku suruh diorang buka sikit, solat maghrib lepastu baru turun makan sama. nasib baik buat macam tu sebab kita lepak sama dari pukul 7.10 gitu sampailah 10 lebih. dari kafe, pindah ke dataran. lepastu buat kecoh sebab masa tu banyak praktikum tengah practice untuk boria. ya, boria termasuk praktikum rai, zira, adham, farid and ayam. aku target haikal kena untuk sem 2 ni.

aku taktau la kenapa boria kena pakai baju yang luar alam. janganlah terkena. diorang semua dapat turn untuk perform awal awal pagi pukul 8 lebih. dahlah pagi tu aku ada trial kimia. lepas habis, terus bergegas ke DSL sebab nak jumpa diorang tapi semua dah performed. yang tinggal cuma group rai je sebab tu rai takda dalam gambar. dia tengah buat last preparation kot masa ni.

ohh, dan terbaru ni. memandangkan aku boleh balik cuti awal, aku tak balik jb terus. aku pergi rumah kawan aku dekat KL. dan rupa rupanya rumah dia tu dekat je pun dengan rumah pakcik aku yang cuma sekali je pernah pergi seumur hidup ni. 

maka, dengan kesempatan itu, aku pun singgah la ke rumah pakcik yang satu tu. mak pesan suruh beli gula pasir 10KG. hulamakk, nasib baik lif tak rosak. kalau tak, jenuh kau nak mengangkut sampai tingkat 18. ohh, sampai sampai je, makcik tengah buat sambal belacan. masyuukkkk ! dorang suruh terus lunch sekali. wa cakap lu. lauk simple gila tapiiii sedap tahap tak boleh bla. lagi ada sambal belacan-yang-aku-kempunan-gila-nak-makan. sebu perut :)

aku stay tak lama pun. [tak lama tapi shopping kemain lagi]. memandangkan tengah sale, haruslah aku memanfaatkan detik itu. then, watched Skyfall at Suria KLCC. two thumbs up !

lepastu nak balik rumah, aku malu gila dengan family dia. mak dia siap bagi mak aku hadiah dan yangg lagi malu mak dia bagi aku perfumeee. macam tau tau je aku ada niat nak beli perfume lagi. tapiiii...lagi tahap malu bila abah dia bagi duit belanja, belikan makanan dengan air untuk aku bedal kat dalam bas.

bagi duit belanja weh ! itu memang tahap malu gaban. dah lah tambang LRT pun, mak dia pesan suruh aku guna kad TouchnGo dia je. 1 sen pun tak keluar untuk duit tambang jalan jalan. 

aku macam nak sembunyik muka bawah bantal je waktu aku buka sampul duit tu. diorang memang bagi service tip-top la. thanks a lot ! 

yang atas kiri tu, adik dia. comel. cuma dengan dia jela aku tak malu nak bergaul. sebab dia kpochi agaknya, sebab tu boleh masuk.



okay, tang tu je la yang aku ingat sebab yang lain lain tu aku dah lupa. maklumlah, low memory capacity. ini nanti nak refresh kot. 

the end.


N.F.A







27 August 2012

1st experience.


as-salam.

haaa, kena masuk air since aku punya diarrhea teruk gila. bosan tahap karma dekat hosppital sorang sorang tu. dahlah pegi hospital tangkak sebab aku jadi lagi teruk once aku dah sampai tangkak nak balik kolej. terus harini pegi hosp., check, terus kene masuk air. 

raya raya macam ni tetiba kene diarrhea. nightmare. mana taknya. dah 2 malam aku tak tidur nyenyak sebab setiap jam kena bangun ulang alik masuk tandas. mak siap cakap macam orang baru lepas beranak dah gamaknya. sigh.


N.F.A

 

16 August 2012

home sweet home.


SELAMAT HARI RAYA.

ohh, diselitkan sedikit :

Balik sini, dah ada orang menanti nak layan movie ni. best gila movie ni ! serious ! 

bye. 
 

 

29 July 2012

i just miss them..


i miss my family.
i miss my girlfriends.
i miss atok.

21 July 2012




SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK !

19 July 2012

Ramadhan is coming.



assalamualaikum kalian.

this year would be the first year that i wont celebrate my first Ramadhan with my familyyyy ! tak sayu tak sebak cuma rasa kesian to my parents who have to celebrate the Holy month with their first daughter. only 3 of them. me and my bro will be back only a week before raya. 

we have actually set the theme for this year. not we but actually my sister. she chose white theme this year. probably bcoz my bro has bought a new baju melayu which is white colour so she asked me to find white baju kurung. fyi, this is the first time in our life, we are setting a theme for our first day of hari raya. 

back to the subject. so, last week, my parents came. they did ask me to look for white baju kurung. i told them i wanna wear a jubah. so, white jubah of course. tapi memang susah gila nak cari jubah putih. so, i just tried mana mana baju kurung moden warna putih. i've found it tapiiii mahal. harga standard la tapi to me, it doesn't worth it to buy only a baju kurung which would cost you almost RM150. kalau bayar guna duit sendiri, takpelah. ini guna duit bapak. memang tak la kan nak beli. kesian dekat bapak yang nanti nak kena bayarkan. jadi, melayang laaaa baju putih tu.

but i told them, i already have a white baju kurung cuma tak lawa je. just nak sedapkan hati sendiri. tahu tak mengidam nak pakai baju putih yang plain dan cuma ada beads sikit sikit je? dah lama tau nak pakai baju putih tapi semua susah nak cari sebab utamanya adalah saiz. badan dah cantik tapi lengan je pendek. so, reject ! 

ohh. back to the title. 2 days left for fasting month. i'll be staying at my friend's house for this weekend. so, i'll be breaking fast with my family a week before Eid. and to my girlfriendsss ! kita buka puasa sama sama jugak nanti. cepat cepat lah balik. susah betul duduk U balik lambat. tengok budak matriks, cepat je tau balik ! 

see you later.

wassalam.

N.F.A

29 June 2012

25th of June.


as-salam.

it was my birthday. ehhh, btw retis sorang ni dah lama tak update blog sebab alhamdulillah, dah sambung belajar. line dekat sini low gila jadi haruslah aku menjadi seorang malas yang amat untuk online. tapi memandangkan ada masa free, godeh godeh sikit la sementara tunggu nak makan.

oh, retis sekarang ini ada dekat JMC. Johore Military College. haihh. sungguh berdisiplin saya di sini.

eh, ok sambung. 25 jun haritu kan birthday tuan punya blog ni kan. lepastu tak expect apa pun nak celebrate ke apa tapi tetiba, on the 24th, my roomates semuanya pakat nak surprisekan kiteww. one of my roomates pegi outing dengan family dia, dan dia sempat beli kek. dia bawak kek tu masuk bilik tapi sumpah aku tak perasan.

lepastu waktu malam, tengah syok buat math, dorang padam kipas sebab konon nak sapu sampah. pastu tetiba padamkam lampu pulak. mula lah nak berangin kan. sekali pandang belakang je, 'Happy Birthday to you' punya lagu yang aku dengar. terus tak jadi nak marah. haruslah tersenyum, cepat cepat amik kamere, nak snap gambar. hikhikhik, malu itewww.


they are not my roomates tapi kawan sesekolah dulu.

it was taken yesterday, masa perjumpaan mentor mentee. sambut untuk 4 orang sekaligus. dan sejak masuk JMC, nama aku adalah Nur. dan Nur di situ adalah saya, tuan punya blog. harap maklum.


to my roomates ! aku tahu korang takkan baca sebab korang taktau aku ada blog tapi aku tetap nak cakap terima kasih sebab sanggup duduk berempat bersama semata mata nak celebrate my birthday.


ok bye.
 

N.F.A

24 May 2012

the day...


as-salam

the day i watched this movie with Syaza, Uda and Abg Zam. it was a few days left before aja had to go to NS. i know, it has been a while but i just wanna paste it here. it is last month's event. see, 'Sun Apr, 29, 2012'. btw, this movie is quite scary. for me la.

 the day i watched Dark Shadow with Kekka. we were running out of time and the tickets were all sold out. then he recommended us to watch movie in Beanieplex. lucky it was only 2 of us as Beani only provides couple seats. quite comfortable yet expensive. RM19 per head. don't worry. it worth in the end. btw, Dark Shadow is a must-watch movie ! quite funny lol. well, Johnny Depp ada kan !

Beanieplex.


N.F.A


things happened.


it happened. yeah, it did happen to me. i didn't cry. just a bit scared. scared to return home. scared of being scolded. i really could not believe that i didn't cry when it happened. things has got back to normal.

he settled it down. not me. that is what i hate bout myself. i couldn't even help him. i did nothing. nothing ! he came and never asked anything. he paid everything. i knew he was so angry but he never said anything about it. he respects me all this while but i didn't really care about him. this is what we call looser. yaa, imma looser.

i swear to God that it will always remain on my mind. the things that i will not forget in my entire life. never. 

it's haunting me. the flashback. it keeps playing on my mind. i faced it alone. with nobody else beside me. in a second, i could become an attention seeker. how pathetic i was. i really had no idea what i should do until his name popped out on my mind. 

he settled down everything. everything ! should i call myself a looser?

it's karma. what you give, you'll get back. and it's getting back to me. it would always haunt me. and the day. yaa, i will never forget the day. it was my horrible day ever. i just cried when i knew i had dragged him in trouble. i triggered everything but he was the one who handled all this.

nothing or no one could change what had happened. back to the reality. there's no use to regret now. like the title says 'things happened'. and everything for a reason. serious talk, there's no use to regret now. things already happened. i'm totally disappointed of myself. totally !

there's no word to describe my feelings but Allah knows everything what His servant feels.

move on.

14 May 2012

memory.




N.F.A

12 May 2012

cantik pemandangan yg si Dia kurniakan.


gambar ni tak edit langsung tapi aku salah guna mode. inilah hasilnya bila pakai poster mode. masa tu dekat RnR Titiwangsa. lalu Grik. best gila dengan angin sejuk dia. air pun sejuk gila sama macam waktu pergi Bandung dulu.


nampak bende ni? aku nak kata perigi, aku tak nampak pun timbanya. tapi yg penting, air dalam tu kotor sangat. boleh jadi pembiakan nyamuk Aedes. ini depan homestay kitorang. oh, homestay dorang, ok lah. bersih. cukup untuk buat aku rasa selesa.


 this is what we call 'Satay Malaysia'. ada satay, nasi himpit, timun, bawang dannnn roti bakar. dekat johor ada kan? aku pun tak pasti. memandai je. boleh la. kuah dia pun sedap.


 sebagaimana yang anda tahu, sepanjang seminggu di sana, fuhhh, cuaca kemain lagi terik. macam nak tumbang pun ada rasanya. dan alat inilah menjadi penyelamat kepada si empunya diri yang dah berpeluh berlodeh. cehht.


cuma ada 1 petang tu je yang hujan. memang sejuk beku dalam kereta tu. lepastu feeling feeling overseas. well, orang kuat berangan memang macam ni dan sebab tu jugaklah cepat berangin.


oh, i pergi dengan bakal suami i. ini consider pre honeymoon kami la yee. eh?


lepak dan tidur semalam dekat hostel kaklong. untunglah roomate dia balik kampung. 1 bilik tinggal 2 orang. best tu. tak la semak mana pun tapi meja kat atas ni memang errr macam gitulah keadaannya. oh, malam masa lepak dekat bilik sensorang waktu kaklong pegi study group, aku sibuk otp dengan Kina yang excited bakal jadi cik Nina tak lama lagi. sampai 3x kena call. macam tak bagi bergayut je. lepas kaklong balik study group dalam pukul 12 lebih, kitorang pergi menapak ke kedai makan D'Classic. best woo supper dekat sana. balik bilik pukul 1 pagi lepastu semua tumbang dah.


ok dah. cuma 1 pesan along. dia kata belajar ni seharusnya berjemaah. faham tak jemaah tu apa?

N.F.A



11 May 2012

rindu pada si dia.


as-salam.

dan si dia itu adalah...

si pemilik beg duit berwarna oren tu. haa, beli purse pun nak sama tau. 

padahal haritu baru je jumpa dia masa bercuti pergi Kelantan. 

dan si dia ini ada post kan sesuatu dekat fb aku yang bila aku baca, aku terharu sikit la.

 she posted this on my wall. yaa, i smiled tho it is just a post. i appreciate it coz she supports me when she knows the result. she gave a text message in which i gained my confidence back. 

she is my sister. my biological sister and my idol. we used to argue all the time during our school time but everything's changed now. we are matured already and i don't take seriously every joke that she does. she's an outspoken person, actually but i love the way she treats her siblings. i text her that day, telling her how i feel and this is what she replied.
a sister always loves her sister. tsk tsk. and she once said to me that she was the one who felt nervous when she knew that i am going to further my studies soon. 

she is our proud and will always be tho i do feel kinda envy when my parents  selalu nak cakap about her achievements during her school times, definitely. [how she studied, how she survived, how this, how that, blablabla]


till we meet again, short !
N.F.A


28 April 2012

jodoh itu ada !


ye, tertetap dekat loh mahfuz jodoh masing masing. tapi jodoh yang aku nak cakap bukan jodoh yang orang berkahwin tu. 

ini jodoh cerita lain la. jodoh friendship orang panggil. hikhikhik. 

amikk kau. sekali empat empat dapat matriks sama. haru la nanti.

bukan kitorang berempat je berjodoh. jodoh aku dengan half of the jazarians pun kuat jugak sebab most of them dapat KMJ. mentang mentanglah orang johor, dapat johor jugak. ingatkan dapat pahang. gambang best wohh walaupun terceruk dekat hutan.

okeh, forget it. matriks is probably my last option. sekarang ni masing masing tengah tunggu UPU.

okeh, i'm done.


N.F.A

no updates? okay, here we gooo !


as-salam.

lama sungguh tak update blog. penat la. balik kerja dah melepek. tetiba terasa nak hire a driver biar nanti aku tak payah drive pergi kerja. dah malasss. dulu takde lesen, sibuk nak drive. bila dah ada lesen, hmmm malas gila nak drive. dah hadap tiap tiap hari, memanglah bosan.

oh, semalam. haru biru untuk aku. sebab aku dekat ofis sorang sorang sampailah pukul 4 baru bos aku masuk ofis. sebelum dia masuk, bos sorang lagi call suruh fax permit blablabla. tapi budak freshy ni memang kelibut, so ada buat mistakeee sampailah bos laki tu call lagi kata barang sangkut dekat kastam. haihh la. i was panicked ok.  

panik panik pun sempat update tweeter. *eh, itu bukan bos aku cakap, tapi aku yang cakap* i said sorry to him.

lepastu dah kembali seperti biasa. easy-going person eyy? eh, apa tiba tiba ni?

lepastu, bos masuk mintak tolong kira duit gaji. hah, bayar cash.

iye, aku terjuling skit tengok 16k atas meja kami.

so, enough dengan hari siang. kita pergi hari malam pulak. lepas dah dapat gaji, konon nak simpan dalam bank la. sekali pegi bank, gila ramai orang. ohh, hujung bulan kan semua dah gaji. takjadi la nak masuk bank, tunggu turn. so, singgah kompleks. andd, look ! what i bought for her.

yaaa, i bought this ! i really bought this. but, totally not for me ! i belum legal lagi nak kawen tau. 

and this,

semalam saje saje je nak bau lepastu macam sedap je bau, sampai tester ni siap termasuk dalam lubang hidung kina. haa, excited dia nak bau. lepastu, beli. lepastu terasa macam menyesal je beli. okeh fine. ohh, this is definitely for me.

dan tiba tiba aku pegang prinsip sepupu sepapat aku : lebih baik menyesal beli daripada menyesal tak beli !

lepastu, rasa ok sikit dah. dan, harini aku tak kerja. sebab tu terasa nak meluangkan masa mencurah kasih sayang dekat blog ni. sekian.

p/s: congrates to my wonder girls and also Joanna ! you girls are really great !


N.F.A




11 April 2012

wordless wednesday #2




N.F.A

09 April 2012

are u a malaysian ?


semalam kan ABP. aku tak kisah lah kalau malaysians nak mengutuk bagai dressing selebriti yang lain ni tapi berpada pada la. aku pun mengutuk jugak. ye, aku mengaku aku mengutuk tapi not too harsh.

kau sedar tak yang kau kutuk tu orang malaysia? tolak tepi la dia tu artis atau orang biasa. masalahnya sekarang ni diorang tu semuanya malaysian kecuali migrated singaporean artists la. macam aaron or adi putra atau sape sape artis singapura yg menyebok nak migrate ke sini. ada rupa, ada duit, boleh la kau nak kaut peminat dekat sini. cuba kalau zero, jadahnya orang nak nampak diorang semua ni. sebab tu aaron boleh menang award paling popular. aku taktau la kalau aaron dah dapat PR sini ke belum.

hell-o, kau kutuk orang malaysia tau ! masalahnya kau tu pun orang malaysia. sekalipun kau bukan warganegara sini, masalahnya kau tinggal dekat malaysia. bila kau kutuk mereka mereka ni, kau sebenarnya mengutuk rakyat kau sendiri. ini ke orang malaysia? jatuhkan rakyat dia sendiri.

shame on you. kau duduk dekat malaysia tapi kau suka suka hati nak mengutuk orang malaysia. terlampau kutuk. lepastu semua fokus dekat dress diorang. yg tak cantik, kemain lagi kaw kaw korang mengutuk. yg cantik, kemain lagi nak puji melambung.

cuba korang berdiri atas stage tu, memperagakan dress korang? eh, kau pk dress kau lawa sangat? kalau korang boleh nak design dress lawa, cakap mulut je pandai. cuba buat? kelaut la design kau weh !

lepastu nak mengutuk suara penyanyi lain. kau macam perasan suara kau tu sedap sangat. sekurang kurang nya dia tu boleh menyanyi, ada fans sendiri. daripada korang? lepastu semua nak condemn Najwa Latif. memanglah dia tercalon dalam 2 pencalonan lepastu korang semua tak puas hati. eh, sekurang kurang nya dia top 5. daripada korang? haprakk !

seriously, aku tak faham korang korang yang mengutuk orang malaysia kaw kaw ni sedangkan korang sendiri tinggal dekat malaysia ! shame on you ! orang macam ni biasanya yang jatuhkan rakyat sendiri. lepastu sibuk nak condemn lagi negara tak maju. tapi kau sendiri otak tak pernah maju nak fikir !


05 April 2012

kinot cakap aku suka mengidam pelik pelik

as-salam.

kinot selalu cakap macam tu. mana ada peliknye. setakat mengidam :
  • claypot dekat tesco.
  • lasagna.
  • pizza.
  • kek.
dah, tu je. apa yang pelik, kinot?

eh, but seriously memang aku nak sangat makanan kat atas ni. dapat at least 2 sudah mencukupi. nak kek yang home-made punya tapi malas nak buat. ingat nak tempah je. tak kira la berapa pun harga. ok, tunggu gaji.

nak makan claypot tapi dekat tesco. seri alam. for sure bapak tak bagi aku drive ke sana. aku pun macam malas nak drive ke sana. jauh. 

lasagna? abang besar boleh buat tapi sepanjang membesarkan diri dekat rumah, hagham jadah die memang tak masak apa apa pun dekat rumah. tahu makan je tapi suruh masak, ada je alasan. lasagna pun nak tempah jugak la. kalau nak beli kat luar, taktau mana nak cari yg sedap punya.

oh, pizza? weekends je bole pergi tapi kalau pergi sorang memang gemok la aku. kalau minggu depan jadi keluar, ingat nak lepak dekat pizza je. 

eh, bos aku kan dia on diet tau. memang betul betul nak diet. kalau boleh lunch taknak makan nasi. jadi, dia selalu bawak aku makan yong ta hu atau steamboat.  haih. lemak badan.

eh, aku kan bukan dapat kerje sebulan, tapi berbulan bulan. eh, tetiba je rasa bosan pulak bekerja. aku rasa kan aku memang susahlah nak stick to one job. payah payah !

ehem ehem, wahai tekak, tolonglah cukup cukup nak crave itu ini.eh, kalau dapat partner yang food hunter kan best ! partner tau bukan couple !

*kalian, kalau waktu siang hari aku balas tweet korang atau mesej korang dalam mode caps lock, harap faham sebab aku bekerja kene guna caps lock. bukan caps lock aku rosak, ye cik tiqa. tolong faham kaklong ni. hahaha!


N.F.A