29 March 2012

yeay, kerja balik !


as-salam.

ingat tak haritu aku cakap kawan bapak aku ni nak pinjam aku kerja 3 hari je. tapi lepastu dia mintak aku datang lagi sehari. pastu lagi sehari pastu tetiba dalam kereta dia cakap dia nak amik aku terus. alhamdulillah, rezeki.

takdelah dok melanguk dekat rumah tanpa duit. kerja ni relax sikit. tambah lagi relax bila aku drive sendiri pegi kerja. takde lah kene mandi awal, sebab nak kene ikut bapak aku pegi ofis dia then bos aku nanti amik aku kat sana. masa kerja taska dulu, by 7 am mesti dah kene ada. sekarang ni, masuk pukul berapa je tak kisah sebenarnya asalkan kerja jalan.

tapi yg tak tahannya bila awal awal kerja dulu aku balik lambat. lepas maghrib baru balik. kadang kadang pukul 9 baru balik rumah. lepakkkk badan. padahal kerja bukan ada sangat. tunggu siapkan permit yg ada masalah yg susah susah tu haa.

tambah lagi relax bila connect internet, online la. macam sekarang ni. kerja tak banyak jadi sempat nak update blog. kebetulan, bos ada 2 orang. laki dengan perempuan. ofc la aku rapat dengan yg perempuan kan. bos aku ni kaki shoping dan kaki jalan. bila keluar rehat, kadang kadang pegi tesco ke, jusco ke, pb ke atau mana mana tempat jauh.

macam semalam. makan steamboat dekat jusco. lepastu dia kata nak shopping tapi pegi banyak banyak kedai takde yg berkenan. dia cakap selagi takde shopping pape, dia taknak balik. at least, dia nak beli sehelai baju pun jadi. aku layankan ajeeeee. and at last, pegi la 1 outlet ni dan beli 4 baju. 1 untuk dia, 1 untuk aku, 2 lagi untuk anak anak dia. eh, aku teman orang shopping pun dapat sehelai baju. dia belanja, ofc. lepastu beli baju yg sama. sweeeet tak? hek.

keluar ofis pukul 12.30 tapi balik ofis semula pukul 5 petang. orang baru balik kerja, kitorang baru nak buat kerja. best memang best tapi ada masa memang bosan.

lepastu kalau keluar makan, mesti singgah bank. nak keluarkan duit. kalau sikit takpe. kadang kadang tebal 1 2 jari duit yang dia amik. haih. aku yang cuak.

dah, bye. kejap lagi nak keluar makan. happy working, guys !

*eh, aku bukan buat permit untuk orang ea: bangla ke indon ke myanmar ke. bukan tau. ini permit barang. sekian.


N.F.A


28 March 2012

40% zaman dulu


as-salam.

tajuk macam tak agak agak nak tulis macam tu. sebab pada aku kan, zaman sekarang ni masih ada lagi mak bapak yang terikut ikut trend zaman dulu. tapi hanya 40% je la. kot.

sebab aku ada cerita nak hebah ni. aku rasa aku dah cerita bende ni pada kawan kawan aku tapi aku nak cerita jugak. 

masa aku awal awal kerja dekat port kan, aku tumpang bos aku. so, rutin harian dia macam ni. dia amik aku dekat ofis bapak aku, pastu hantar anak dia pegi sekolah pastu hantar anak lagi sorang pegi rumah baby sitter dia dekat taman mawar pastu pegi sarapan pastu baru gerak masuk ofis. hah macam tu la setiap hari bila aku tumpang dia. 

nak dijadikan cerita, bos aku sekeluarga panggil baby sitter anak dia 'mummy' tau. so, takkan lah aku nak panggil makcik. aku pun ikut la sekali panggil mummy tu. mummy dah tiap tiap hari nampak aku. sampai satu hari, bila aku dah drive kereta sendiri pegi kerja, mummy tanya bos aku. 

mummy: eh, mana dia?
bos: hah, dia? siapa dia?
mummy: ala, yang selalu tumpang kau tu. mananya?
bos: ohhh. kita dah suruh dia drive sendiri pergi kerja. dia dah tak tumpang kita lagi.
mummy: laa kau ni. aku dah kejut Bobby bangun awal pagi, mandi siap siap suruh dia tunggu kawan kau tu kat depan ni haa. takde pulak dia harini.

seeee. ada lagi mak macam ni. kelakar. comel jee tengok.

yang kedua punya cerita pulak masa aku kene datang ofis awal tapi aku takde kunci jadi aku kene amik kunci dekat bos aku. masa tu bos aku lepak dekat rumah mummy sebab dia nak amik anak dia dari sekolah agama. maknanya bos aku ni masuk lambat la. dah tak pasal pasal aku kene datang rumah mummy.

dah sampai, ingatkan dia terus bagi kunci tapi tak. mummy jemput masuk sekali. takkan aku nak melanguk dekat bawah terik matahari jadi aku masuklah. orang dah pelawa kan. lepastu, tengah duduk sembang sembang, baba, suami mummy keluar. dia macam pelik lah tengok aku sebab tak pernah nampak. jadi dia tanya macam macam pasal aku. tanya nama lah, tinggal dekat mana lah, bapak orang mana lah, nak jadi apa nanti. banyak lagi. normal lah kan orang tua banyak tanya.

lepastu ada 1 soalan ni yang buat aku nak ketawa. pada aku la, pada korang aku taktau.

baba: adik beradik ramai?
aku: eh tak la. 3 orang je. kita anak bongsu.
baba: bongsu? ea? 
aku: aah. [sengih]
mummy: haih, interview banyak ni. nak cop ke? [masa ni aku tak paham cop apa]
bos: haa cop cop untuk Bobby.
lepastu semua ketawa. mummy la paling ketawa lebar. 

hah, tu je nak cerita. bukan apa. diorang sebenarnya risau sebab anaknya ni dah nak masuk 30 tapi tak kawen kawen lagi. mummy pelik sebab kerja anak dia ni kerja luar. so, banyak la jumpa perempuan lawa lawa tapi takkan 1 pun takde sangkut. tu yang mummy nak mencari. cehhhhhhhhhh !

aku tau korang nak kata aku over. lantaklah. aku sendiri tak pernah jumpa empunya badan tu. sebab kerjanya asyik outstation je. berapa hari duduk rumah lepastu fly.

okay, done !


N.F.A



20 March 2012

a short reminder !


JANGAN GATAL NAK TANYA PASAL RESULT AKU !

DON'T YOU EVER DARE ASKING ABOUT MY RESULTS !


N.F.A

18 March 2012

hai awak !


as-salam.

i feel very busy this week. yaa, i am. since kerja hari selasa, sampai ke hari ni aku tak rehat lagi. lagi lagi harini punya program. packed ! kalau dulu kerja taska, balik cepat tapi kerja berat. tapi kerja ni, kerja sikit dan ringan tapi balik, kemain lagi lambat. setiap hari nak dekat pukul 8 baru balik. keluar awal pagi, balik lewat maghrib. penat !

aku ingatkan kerja dekat PG, dekat kilang kilang tu. rupanya kat dalam port. kerjanya memang relax. setakat buat permit. buat invoice. jual itu ini. ok la. pasal kerja nanti nak buat entry lain la. tadi kena kemas ofis, balik rumah terus makan lepastu buat biskut. sampailah pukul 7 tadi baru siap. yela, buat sorang sorang kot. lepastu nak rehat tak dapat.

selama ni teringin nak belanja mak bapak makan dengan duit gaji yang kita dapat dan at last, malam tadi ni tercapai jugak impian. gaji 4 hari tu aku belanja mak abah. cakap pasal gaji, gaji aku 4 hari kerja ofis sama dengan gaji aku setengah bulan kerja dekat taska. haihhh, aku rasa aku nak kerja dengan bos aku ni la. 1 bulan pun cukup. hehehe. 

esok punya program pulak, gathering dengan some of the jazarians sebelum amik result. ada yang tak boleh join. so, yang join tu la yang akan kitorang jumpa semula esok. 

eh, meh aku tepek gambar aku buat biskut sorang sorang tadi. 

coklat cip memang aku sengaja letak 1 bungkus penuh. baru umphhh !

bulat konon kecik, tapi ni jadi....

kembang habis tapi puas masa makan. sebab besar besar !

rajin tau, balik kerja terus buat ! 


N.F.A

15 March 2012

back to November instead of December





students, do your homework !


N.F.A

12 March 2012

the conversation


as-salam.

i am wearing kain batik tonight. i rarely wear kain batik at home so it's a bit surprising for my mum to see her daughter is wearing kain batik.

mak: kau pakai kain batik dah macam orang dalam hari.
aku: alaaa, dah tentu leceh nak pakai seluar, sarunglah kain batik. apa pulak macam dalam hari?
mak: yela, kau dah lah jarang pakai. tetiba pakai sebiji macam orang dalam hari la.
aku: [ok fineeee]


nanti betul betul dalam hari baru tahu.


N.F.A

ladiesssssss ! please don't be like this !


not good for your health okay ! 


N.F.A


i miss this moment


siapa kenal tulisan ni? kinot dengan jo mesti kenal sangat ni.


N.F.A

 

dasar P !




N.F.A
 

10 March 2012

bila anak dara membeli.....


as-salam.

kami bukan membeli apa pun. setakat beli bahan bahan nak buat biskut dengan kek je. eh, lately ni tangan macam rajin je nak buat kek dengan biskut. gara gara cuti panjang sangat la ni.

eh, sambung. kami beli bahan dekat belakang kipmart lama. kat situ memang khas jual bahan atau barang untuk buat kek atau biskut atau roti atau apa apa je. cari je dekat BAKE WELL !

bila kamera ada dekat tangan, asyik la nak snap itu ini. bukan apa, polka dot tu macam comel je. eh, ini bukan aku yang snap ea.

bila anak dara membeli...inilah yang jadi. bergambar lebih. bukan apa, dah senang sebab bahan bahan nak dibeli semua aku dah list. kan jimat masa !


N.F.A



09 March 2012

home-made spring rolls


as-salam.

when i was busy painting the room and felt soooo sleepy, mom asked for a help to make popia untuk makan petang. duhhh. penattttttt! like really.

but still, i helped her. kesian tau. nak gulung lagi. banyak keje. and the result: 

soooo small but still sedap!

conclusion: home-made foods are the best !


N.F.A


takde tajuk boleh? #2


as-salam.

siang tadi, i went out with kinot and daf as my company of the day since i was challenging myself to drive without bapak be beside me to guide me. so, mereka inilah yang menjadi peneman. tak jauh mana pun. dekat beno sebab bapak mana nak lepaskan anak dia yang belum cukup umur drive jauh tanpa dia. 

eh, bukan ini yg ingin dijadikan bahan penceritaan. actually, i've got a 3-day office job dekat pasir gudang. walaupun cuma 3 hari, but it's ok what. masa masa macam ni lah nak kumpul pengalaman kerja itu ini sebab dah besar, takde masa nak merasa tu semua. yeke?

so, i'll be starting on next week. andddd im sooooo sure that i would be so awkward on my first day of working. 

p/s: tugas mengecat 60% lagi. aduhaiiii.

p/p/s: lepasni bila reverse, haruslah ingat Rush.

p/p/p/s: eh, aku rasa diorang serik kot naik kereta dengan aku. eh yeke?

*aku tak tahu nak letak tajuk apa. maka lahirlah tajuk yg kedua ni.


N.F.A


08 March 2012

ehhhh dah bulan 3 la !


as-salam.

tak sempat sempat nak update blog. almakumlah, tuan punya diri tersangatlah sibuk this week. mana taknya, kena mengecat rumah sorang2. bapak pun tolong buat jugak. sekali buat, banyak dah settle. anak dia buat, tak settle2. 

penat okay kena cat sorang sorang, overall. cat dinding boleh terima lagi penat lenguhnya macam mana. tapi ni cat siling weh. siling ! aku kene mendongak 90 darjah ke atas. mana tak sakit kepala tengkuk, leher ni. lepas settle cat siling kan, nak toleh kiri kanan dah macam robot. kalau boleh, pusing kepala pusing sekali dengan badan. kalau tak urat macam tegang habisssss. 

huihhh, 60% lagi nak siap. tolonglah merajinkan diri sendiri. biar capat habis !

p/s: eh 22 mac 2012 ni tarikh keramat ke? SPM results okay.


N.F.A


01 March 2012

29 February 2012 #2


as-salam.

hey, tahu lah sekarang dah masuk mac tapi ada lagi 1 post untuk tarikh istimewa tu.

look at these babies. semua lahir 29 Februari. hari jadi akan datang 4 tahun lagi. special okay ! eh termasuklah anak cikgu Zaiwati yang lahir 29 Februari 2012.


N.F.A