28 April 2012

jodoh itu ada !


ye, tertetap dekat loh mahfuz jodoh masing masing. tapi jodoh yang aku nak cakap bukan jodoh yang orang berkahwin tu. 

ini jodoh cerita lain la. jodoh friendship orang panggil. hikhikhik. 

amikk kau. sekali empat empat dapat matriks sama. haru la nanti.

bukan kitorang berempat je berjodoh. jodoh aku dengan half of the jazarians pun kuat jugak sebab most of them dapat KMJ. mentang mentanglah orang johor, dapat johor jugak. ingatkan dapat pahang. gambang best wohh walaupun terceruk dekat hutan.

okeh, forget it. matriks is probably my last option. sekarang ni masing masing tengah tunggu UPU.

okeh, i'm done.


N.F.A

no updates? okay, here we gooo !


as-salam.

lama sungguh tak update blog. penat la. balik kerja dah melepek. tetiba terasa nak hire a driver biar nanti aku tak payah drive pergi kerja. dah malasss. dulu takde lesen, sibuk nak drive. bila dah ada lesen, hmmm malas gila nak drive. dah hadap tiap tiap hari, memanglah bosan.

oh, semalam. haru biru untuk aku. sebab aku dekat ofis sorang sorang sampailah pukul 4 baru bos aku masuk ofis. sebelum dia masuk, bos sorang lagi call suruh fax permit blablabla. tapi budak freshy ni memang kelibut, so ada buat mistakeee sampailah bos laki tu call lagi kata barang sangkut dekat kastam. haihh la. i was panicked ok.  

panik panik pun sempat update tweeter. *eh, itu bukan bos aku cakap, tapi aku yang cakap* i said sorry to him.

lepastu dah kembali seperti biasa. easy-going person eyy? eh, apa tiba tiba ni?

lepastu, bos masuk mintak tolong kira duit gaji. hah, bayar cash.

iye, aku terjuling skit tengok 16k atas meja kami.

so, enough dengan hari siang. kita pergi hari malam pulak. lepas dah dapat gaji, konon nak simpan dalam bank la. sekali pegi bank, gila ramai orang. ohh, hujung bulan kan semua dah gaji. takjadi la nak masuk bank, tunggu turn. so, singgah kompleks. andd, look ! what i bought for her.

yaaa, i bought this ! i really bought this. but, totally not for me ! i belum legal lagi nak kawen tau. 

and this,

semalam saje saje je nak bau lepastu macam sedap je bau, sampai tester ni siap termasuk dalam lubang hidung kina. haa, excited dia nak bau. lepastu, beli. lepastu terasa macam menyesal je beli. okeh fine. ohh, this is definitely for me.

dan tiba tiba aku pegang prinsip sepupu sepapat aku : lebih baik menyesal beli daripada menyesal tak beli !

lepastu, rasa ok sikit dah. dan, harini aku tak kerja. sebab tu terasa nak meluangkan masa mencurah kasih sayang dekat blog ni. sekian.

p/s: congrates to my wonder girls and also Joanna ! you girls are really great !


N.F.A




11 April 2012

wordless wednesday #2




N.F.A

09 April 2012

are u a malaysian ?


semalam kan ABP. aku tak kisah lah kalau malaysians nak mengutuk bagai dressing selebriti yang lain ni tapi berpada pada la. aku pun mengutuk jugak. ye, aku mengaku aku mengutuk tapi not too harsh.

kau sedar tak yang kau kutuk tu orang malaysia? tolak tepi la dia tu artis atau orang biasa. masalahnya sekarang ni diorang tu semuanya malaysian kecuali migrated singaporean artists la. macam aaron or adi putra atau sape sape artis singapura yg menyebok nak migrate ke sini. ada rupa, ada duit, boleh la kau nak kaut peminat dekat sini. cuba kalau zero, jadahnya orang nak nampak diorang semua ni. sebab tu aaron boleh menang award paling popular. aku taktau la kalau aaron dah dapat PR sini ke belum.

hell-o, kau kutuk orang malaysia tau ! masalahnya kau tu pun orang malaysia. sekalipun kau bukan warganegara sini, masalahnya kau tinggal dekat malaysia. bila kau kutuk mereka mereka ni, kau sebenarnya mengutuk rakyat kau sendiri. ini ke orang malaysia? jatuhkan rakyat dia sendiri.

shame on you. kau duduk dekat malaysia tapi kau suka suka hati nak mengutuk orang malaysia. terlampau kutuk. lepastu semua fokus dekat dress diorang. yg tak cantik, kemain lagi kaw kaw korang mengutuk. yg cantik, kemain lagi nak puji melambung.

cuba korang berdiri atas stage tu, memperagakan dress korang? eh, kau pk dress kau lawa sangat? kalau korang boleh nak design dress lawa, cakap mulut je pandai. cuba buat? kelaut la design kau weh !

lepastu nak mengutuk suara penyanyi lain. kau macam perasan suara kau tu sedap sangat. sekurang kurang nya dia tu boleh menyanyi, ada fans sendiri. daripada korang? lepastu semua nak condemn Najwa Latif. memanglah dia tercalon dalam 2 pencalonan lepastu korang semua tak puas hati. eh, sekurang kurang nya dia top 5. daripada korang? haprakk !

seriously, aku tak faham korang korang yang mengutuk orang malaysia kaw kaw ni sedangkan korang sendiri tinggal dekat malaysia ! shame on you ! orang macam ni biasanya yang jatuhkan rakyat sendiri. lepastu sibuk nak condemn lagi negara tak maju. tapi kau sendiri otak tak pernah maju nak fikir !


05 April 2012

kinot cakap aku suka mengidam pelik pelik

as-salam.

kinot selalu cakap macam tu. mana ada peliknye. setakat mengidam :
  • claypot dekat tesco.
  • lasagna.
  • pizza.
  • kek.
dah, tu je. apa yang pelik, kinot?

eh, but seriously memang aku nak sangat makanan kat atas ni. dapat at least 2 sudah mencukupi. nak kek yang home-made punya tapi malas nak buat. ingat nak tempah je. tak kira la berapa pun harga. ok, tunggu gaji.

nak makan claypot tapi dekat tesco. seri alam. for sure bapak tak bagi aku drive ke sana. aku pun macam malas nak drive ke sana. jauh. 

lasagna? abang besar boleh buat tapi sepanjang membesarkan diri dekat rumah, hagham jadah die memang tak masak apa apa pun dekat rumah. tahu makan je tapi suruh masak, ada je alasan. lasagna pun nak tempah jugak la. kalau nak beli kat luar, taktau mana nak cari yg sedap punya.

oh, pizza? weekends je bole pergi tapi kalau pergi sorang memang gemok la aku. kalau minggu depan jadi keluar, ingat nak lepak dekat pizza je. 

eh, bos aku kan dia on diet tau. memang betul betul nak diet. kalau boleh lunch taknak makan nasi. jadi, dia selalu bawak aku makan yong ta hu atau steamboat.  haih. lemak badan.

eh, aku kan bukan dapat kerje sebulan, tapi berbulan bulan. eh, tetiba je rasa bosan pulak bekerja. aku rasa kan aku memang susahlah nak stick to one job. payah payah !

ehem ehem, wahai tekak, tolonglah cukup cukup nak crave itu ini.eh, kalau dapat partner yang food hunter kan best ! partner tau bukan couple !

*kalian, kalau waktu siang hari aku balas tweet korang atau mesej korang dalam mode caps lock, harap faham sebab aku bekerja kene guna caps lock. bukan caps lock aku rosak, ye cik tiqa. tolong faham kaklong ni. hahaha!


N.F.A