27 September 2011

in the making of kek batik


as-salam.

as you see the title, i baked a cake. this is my second attempt in baking cake. my first try was chocolate cake and it didnt turn out as what i wish. since then, im not interested to bake a cake. but once you are craving for something, im pretty sure that you would do anything to fulfill what you are wished for. 

like i did. i craved kek batik since last month. so i google the recipe from a blogger and gotcha bebeh. i called my dad to buy some ingredients and by 6 o'clock, i started being a so-called chef [ceittt]. it took only an hour to get it done. at least, for me la. dont know bout you guys. let the pictures do the talking. 


but its ok. this cake is made by me. somehow, homemade is good enough for you. im satisfied. then joe asked to bring some on wednesday. okay. let them be the judges tomorrow. 

so, my second attempt is way better than my first though its taste doesnt the same like yours. 


N.F.A


26 September 2011

apakah!


this is truly not gojes

N.F.A


25 September 2011


whatever you talk about me, IT IS NONE OF MY BUSINESS !

as-salam.



someone once said that i am not friendly enough in making friends, dont know how to mix with others and start the conversation. one day, you will see, they walk away from you, leave you behind and start forgetting you.

i have the answer to reply but i just said to myself, if they think they are my friends, my real friends, they wont leave me. true friends would never leave their friends behind. if they are my flesh and blood, they really have to accept the fact. this is me and always be me. 

i said, a true friend will always stick to each other.

if you still wanna leave me, just go. i wont stop you bcoz it's your choice. you can walk away and forget me, find other people who can be your best company. it is your life. dont waste your time by having me as your friend. you deserve the best.


a reminder for you...

...teenagers.


taken from Biology reference book.


N.F.A

24 September 2011

ABO system





CHUNKY LOADED


as-salam. 


chunky loaded SEDAP! last tuesday aku mengisikan perut dengan chunky loaded dengan kawan. hanya kerana chunky loaded, aku sanggup keluar makan walau badan aku letih. taktau nak cakap apa lagi selain sedap sedap sedap sedap! pada tekak aku sedap, tekak orang lain aku taktau la macam mana.






  
NAK LAGI!


N.F.A


23 September 2011

bukan rezeki agaknya


as-salam.

fine. oleh kerana aku seorang food hunter, tekak selalu nak makan. dan tekak aku nak makan sate, bakso dengan roti jala. dan kebetulan esok ada open house yang ada 3 menu ni tapi aku cuma dapat pergi 1 je, yang bakso. roti jala dengan sate melepas. aku craving dari 2 minggu lepas. 


kau nak kata aku gedik, katalah. asyik nak craving memanjang. aku sendiri taktau kenapa asyik nak itu ini je. dan aku taktau bila lagi nak cari makanan ni. takda rezeki agaknya hari esok. 

N.F.A

19 September 2011

aku bangga dengan kek ni walau takde rupa kek


as-salam.

kenapa dengan kek? ini kek memang teringin nak jamah pada kawan kawan kat sekolah tapi tak sempat, dah habis. mak cakap ini kek warisan. hanya kaum kerabat aku sahaja yang ada experience merasa kek ni.

ada 3 layer. bawah sekali coklat, tengah aku taktau tapi warna pink merah gitu dengan atas sekali krim. krim apa pun aku taktau, lepastu tabur kelapa. 


kenapa aku banyak taktau resipi? sebab nak buat kemain leceh dan aku hanya pandai order dan makan. =)


N.F.A


tautan hati antara kita


as-salam.

tajuk gempak? tak sangat. sebenarnya dah lama nak update pasal ni tapi tak sempat kakjah oi. sibuk. okey sebenarnya tajuk dia hanyalah TAUTAN HATI. 'antara kita' tu aku tambah je sebab dia tautkan hati dan rapatkan ukhwah sesama saudara. 

apa Tautan Hati? sebenanrnya ini novel. iya novel. aku tau dah nak spm tapi sibuk lagi dengan novel. tapi ini novel bukan macam yang hot hot zaman sekarang. ini tautan hati dengan pemilik dunia akhirat ni. banyak mesej lagi lagi pasal cinta pada yang Satu. bukan cinta sesama manusia. pasal tarbiyah, usrah, halaqoh, mualaf. banyak lagi. novel ni senior aku bagi pinjam. terima kasih!

'bertemu cinta dalam halaqoh, hidup lebih indah terarah, menyulam tautan hati kerana Allah, terpaterilah ikatan akidah.'





p/s: Selamat Hari Jadi, Atikah Affendi!




N.F.A


18 September 2011

apa apa apa



if somebody asks me 'what do you want if you obtain excellent results?'

i would answer 'i want a flight ticket to New Zealand or braces.'


14 September 2011

supplier coklat yang terunggul


as-salam.

siapa supplier tu? biasanya kat rumah tapi kat rumah tak payah cerita. semua rumah ada makanan. tapi yang ini memang best. atok aku lah supplier coklat yang terunggul. dari kecil sampai besar, memang kalau datang rumah atok, tempat pertama pergi adalah dapur dan benda yang pertama disentuh haruslah peti sejuk kat rumah dia. [bagus punya cucu]

oh, atok tinggal sorang. dia kata dia sengaja beli coklat banyak banyak untuk cucu cucu dia yang datang atau sesiapa pun. dan coklat yang paling jadi idaman dia sejak berzaman dulu tentunya Cadbury dengan KitKat.Cadbury kan macam macam jenis. nanti datang, coklat yang ini. minggu depannya datang coklat yang itu pulak. sedap sedap sedap. rumah atok dah macam kedai makanan free pulak =)

dan atok jugak suka beli biskut. dulu Chipsmore lah yang paling digemari tapi sejak ada Jacobs ni, atok suka juga. jadi bila datang rumah, yang ada kebanyakannya coklat dengan biskut ohh dengan air tin. atok tau cucu dia semua penggemar air nescafe dengan milo. jadi 2 jenis air tu akan selalu terperuk dalam peti sejuk dia. 

manalah aku tak rasa heaven habis bila duduk dekat rumah dia. sebab atok adalah supplier makanan dan minuman yang terunggul.




N.F.A


13 September 2011



bila hari esok adalah killer subject, tapi hari sebelumnya kau mendapat satu nikmat yang tak terperi rasa 'masyuknya' , itu adalah sangat AWESOME okay.

12 September 2011

lagi lagi lagi OMG


as-salam.  


OMG tu aku copy pulak dari Joe. actually, i got lots of things to story story here. memandangkan sedang menghadapi minggu kira kira ni, i have to stop blogging for a while though i know that im blogging rite now. eh who cares? kena tunggu minggu hectic ini habis dahulu baru aku coret coret dekat sini. buat masa ni kalau terasa nak post entri pun, aku pakai copy copy orang punya. hehehe =)


N.F.A

hari ni kita copy paste je okay


as-salam.

KULIT LELAKIKU YANG HARAM.

Assalamualaikum WBT

Bangun sahaja dari tidur, kukira hati terus tedetik. Mampukah aku jadi Muslim yang baik hari ini? Berada dalam kelompok manusia yang berlainan jantina dalam kadar yang banyak merupakan satu cabaran yang hebat. Lebih lebih lagi, sejumlah besar rakan satu cohort (batch) ku 80% wanita. Belum lagi termasuk pembaca pembaca blog yang kukira juga banyak gadis gadis yang meninggalkan komen dan jejak. Jarang sekali menerima email dari lelaki.  Aku sangat sedar akan hakikat dugaan ini.


Dunia maya itu cerita lain. Kali ini kita bercerita mengenai liku dalam pergaulan seharian. Kerap kali malu bila tergelak ketawa melebih, menerima tepukan secara tak sengaja dari wanita walau berlapik. Ini situasi yang cukup 'awkward' dan sangat tidak selesa bagi diriku kini. Kadang kadang rasa seperti tidak mahu keluar bilik, bersosial, terutama bila benda begini berulang. Susah bila ada perempuan dalam satu situasi.


Kalau dulu, senang rasa selesa, tapi kini, hati mesti bergetar kencang bila dirasakan hanya aku seorang dikelilingi oleh kaum hawa dalam suatu situasi. Batasan pergaulan dirasakan adalah satu isu yang sangat rumit. Ada yang kata begini, ada yang kata begitu. Ini cabaran yang berat. Kadang kadang kita faham akan batasan tapi tidak pula orang yang bergaul dengan kita. Aku cuba berkias, melahirkan mimik muka yang tidak senang tapi gerangan yang bernama wanita masih tidak faham.


Awak, sentuh saya haram. Awak bukan muhrim saya. Walau sedikit pun terkena kulitnya. Lepas disentuh yang susahnya saya tertanya tanya apa yang saya perlu buat? Serius saya rasa bersalah, sangat. Kalau disentuh babi dan anjing boleh lagi disamak. Tapi kalau sentuh awak? Bertambahlah titik hitam di hati saya. Jadi, baik saya sentuh babi. Ironi bukan? Babi, anjing kalut dipersoalkan keharamannya. Sesama kita? Kita butakan mata, seolah tiada rasa berdosa. 'Alah tak pe lah sikit je pun'. Sikit, banyak, dosa juga.

Berlapik bila tertepuk. Tapi.. aku masih rasa tak selesa sebab? Itu aku kira sudah bibit bibit yang akan menerbitkan rasa normal bila disentuh. Harus sedar syaitan itu licik. Mula mula berlapik, lepas tu bertepuk bagai tiada dosa. Syaitan memang bijak. Nauzubillah. Kulit ini hak milik Allah, satu. Dua, kehormatan kulitku untuk bakal isteriku. Ketiga, aku muak dengan dosa begini mengotorkan hatiku sedang aku bersusah payah untuk bermujahadah dengan perjuangan yang jauh lebih signifikan dari isu pergaulan. Isu disentuh oleh yang bukan muhrim perlu diselesaikan dengan kadar yang segera.

Aku juga silap, diakui. Aku takut menyuarakan hak diriku. Hak untuk tidak mahu disentuh dengan murah. Ini berkenaan dengan harga diri aku juga. Mungkin aku patut memberanikan diri. Please, stay two hundred meters away from me. I wish. Pakai glove la pergi mana mana. Ini juga mungkin cabaran, dugaan, yang susah. Susah itu sebabnya nilai syurga yang tinggi. Haruslah aku bertahan. Iye post ini untuk wanita wanita yang bukan muhrim yang semenjak aku baligh yang aku tersentuh kulitnya. Maaf maaf maaf. Aseef. Tak semestinya muka normal ketika tersentuh itu aku menerima dengan terbuka, dalam hati, Allah sahaja yang tahu bergelora dan sangat kecewa bila aku gagal menjaga hak kulitku sekali gus, memusnahkan batasan benteng pergaulan. Gagallah aku menjadi Muslim yang baik bila tersentuh dengan wanita yang bukan muhrim dalam hari itu.



ini bukan post dari aku. sekadar copy paste dari blog seorang lelaki ni. inilah post yang paling aku like. 
N.F.A

10 September 2011

taknak !!!


as-salam.

adalah sangat best apabila duduk rumah seorang diri. tapi ia bertukar sangatlah tidak cool bila orang datang beraya ramai ramai sebanyak 3 KERETA dan aku hanya seorang diri, tanpa mak bapak di sisi yang membantu. 

aku tengah duduk depan laptop, tetiba jiran aku bukak tingkap depan jerit nama aku. aku punya terkejut sampai terangkat bahu. terus jadi nervous tau. lepastu dia cakap ni haaa sedara datang. aisehh, orang kulai. masa tu cuma 1 kereta tapi aku masih agak ada lagi 2 kereta sebab diorang kalau beraya setiap tahun memang standard 3 kereta. 

aku tengah berpakaian yang sangatlah tidak ayu, so aku berlari tukar baju, sambut orang datang. dah lah semalam macam panas. berpeluh okay! nasib baik ketiak tak basah sebab guna Perspirex . nasib baiklah rumah tak bersepah sangat. aku called parents aku banyak kali, susah betul nak angkat sebab diorang kat larkin, hantar kakak aku naik bas. 

so aku gunakanlah kemahiran aku sebagai anak dara, buat air, sediakan kuih raya. tapi ini memang memalukan sebab aku tak dapat overcome nervous aku, so tangan aku sejuk dan macam menggigil sikit tau. bila nak tuang air, menggigil jap tapi tak lah teruk sangat kegigilan tu. eheee tak senonoh. tetiba je rasa macam menyesal pulak tak ikut mak bapak aku. dan bila bapak aku angkat call aku, inilah dialognye.


aku: abah, orang kulai semua datang ni. baliklah cepat. 
bapak: eh, bas kakak kau ni tak sampai lagi. nantilah. 
aku: alah, tinggalkan jela kaklong dekat situ. balik cepat. dah taktau nak buat apa ni. ramai la!
abah: eh cakaplah dengan diorang, mak abah takde.
aku: eh, diorang dah masuk rumah la. takkan nak halau keluar pulak.
abah: hah, pandai pandai kau lah layan diorang. abah tak sempat nak balik awal ni. buat jela apa yang patut. ni kakak kau nak cakap.
akak: kihkihkihkih.. padan muka kau fana. kau dah lah tak suka nak beraya rumah orang kan, sekarang kau lah yang kene melayan orang beraya. hahahaha. tu la lain kali dengar cakap aku. doa orang yang teraniaya sentiasa termakbul. 
aku: ah belah la kau. dah aku nak buat air. heh. 


diorang semua ketawakan aku kot. sebab diorang tau aku tak reti nak melayan orang. tetiba, hamikk kau. 3 kereta sekligus datang untuk kau. maunya tak berpeluh je kerja badan kau. terkejut tau. terus cari alasan nak bawa diorang semua pegi rumah sepupu lagi sorang dekat taman mawar. hehehe, takdelah aku tepu dekat rumah nak melayan sorang sorang. :)  


to conclude, bila bulan Syawal ni, stand by je la kemungkinan orang nak beraya bila bila masa je. jangan kelibut macam aku.


N.F.A


03 September 2011

kaya kaya kaya $$$


as-salam.

kita nak jadi kaya ada 3 cara. 

  1. generasi.  kekayaan turun temurun dari datuk ke bapa ke anak dan seterusnya.
  2. titik peluh. bekerja keras, siang malam cari untung yang hanya sekejap menjelma lepastu hilang kalau lalai. penat.
  3. ilmu. belajar dari kecil sampai besar atau sampai bila bila, dapat kerja yang sesuai, gaji yang lumayan, hidup senang. inshaAllah.

terima kasih, atok. =)

salam aidilfitri,
N.F.A


02 September 2011


ini special untuk Kina dengan Joe. 







N.F.A