30 June 2011

officially 17.


as-salam.

penghujung bulan Jun.


saja jakon nak share apa jadi masa my birthday dulu. it was my first time sambut dekat kem dengan kawan kawan. okay, cerita dia macam ni. 


kitorang gerak pegi kem 24.6.11. sampai sana, ada aktiviti itu ini blablabla. lepastu malamnya, lepas habis bengkel Bio, terus masok dorm. plan nya nak tido. sebab esok pagi nak bangun awal, pukul 4 pagi. kita pun landing atas katil dalam pukul 10 lebih. lagipun mata ngantok kot.


sepanjang cubaan nak lelapkan mata tu, a few of my classmates karok dekat katil sebelah jadi macam radio rosak. the rest dah tido pun dekat bilik sebelah lagi. kita banyak kali cakap suruh diam tapi dorang buat dang je. bengkak hati. dalam hati ni nak maki maki tapi kawan. tak jadilah. terus angkut bantal pegi bilik sebelah mintak izin orang sana nak tido. 


then, sharp 12.00 a.m 25 Jun 2011, diorang yang meng-karok-kan diri ni bangun pegi kejot classmates yang dah tido lepastu bukak lampu bilik lepastu nyanyi lagu Happy Birthday. weh, nak marah pun tak jadi la tengok dorang buat macam tu. kitoang tak boleh nak meriah sangat sebab dorm lain dah tido. cuma dorm kitorang je yang tengah alive masa tu. terus tutup muka dengan tangan. [gedik]


lepastu diorang tarik suruh bangun pegi ruang yang luas lepastu makan jajan jajan yang diorang bawak dari rumah. macam nak nangis pun ada jugak sebab pada kita, itu dah dikira sambutan yang dah cukup. raihana pulak amik turn bacakan doa selamat buat kitorang semua. lepastu, masing masing sebok sarung kepala dengan  kain batik la, tuala la atau sapu tangan sebab kitorang ni memang tak sah lah kalau tak camwhore. malas nak pakai tudung jadi sarung jela kepala dengan apapun. lepastu muka semua macam stok bibik dah gayanya. hehehe JK.


lepastu barulah semua tido. esok paginya dekat tempat makan, kitorang 1 kelas semua duduk 1 meja. memang best! lepastu bila classmates laki datang, diorang pun wish skali. lepastu, jazarians nyanyi lagi skali. walaupun kene booooo dengan sekolah lain, tapi diorang tetap sporting


tekak ni kan meragam nak makan kek. haritu kina beli kek kasi jamah kitorang semua. sedap woo! kek coklat pulak tu. lepastu, kakak balik dari bercuti pun belikan kek 2 kotak. kek coklat tapi topping blueberry. lebih kurang macam tu la tapi sedap! dia pun macam tau tau je adik dia ni craving kek. memang diorang beli kek kek yang jadi favourite ever la. masok harini, dah 3 hari berturut makan kek. 


biar gambar gambar bercakap : 

24 Jun 2011


25 Jun 2011

 26 Jun 2011


gambar tak banyak dapat sebab ada lagi yang tak bagi gambar. jadi ini jela untuk tatapan umum. untuk 3 hari tu, kami 1 dorm semua jazarians. TERIMA KASIH KORANG! 


N.F.A


27 June 2011

happy birthday


as-salam.

happy belated birthday. 25th June 2011. sambut dekat kem. meriah. nasib baik cik pah bawa kamera. ada la jugak memory dengan jazarians. nanti dah dapat gambar, baru cerita. terima kasih semua yang wish. thanks oso to joe sebab post an entry during my birthday.


N.F.A


23 June 2011

kuik gila


as-salam.

waaaaaaa, kita kene pergi kem. tak suka kem la. tapi kene pergi jugak sebab ni kem untuk belajar. pergi sekali dengan semua classmate yang join ibnu sina. 3H2M. macam biasa la package yang selalu.


okay, sebenarnya saja je nak wish HAPPY UPCOMING BIRTHDAY TO FARHANA. saja nak jadi orang pertama yang wish sebab minah ni ada dekat kem masa hari jadi dia. 


okay lagi, nak packing barang. satu apa tak buat lagi


N.F.A

21 June 2011



kau tau tak aku cari makanan tu dekat kedai dah dekat 2 hari berturut turut tapi bila masuk kedai tu, staf semua dah masukkan dalam kotak. kau tau tak tetiba je ada air mata rasa nak meleleh tapi aku seka cepat cepat sebab rasa marah gila kot dekat staf tu. okay bukan salah diorang tapi hati memang nak marah dekat diorang. kthxbye

19 June 2011

kita ada seorang kawan


as-salam.

dia sebaya dengan kita. hidup dia bukan macam hidup kita ni semua yang memang hidup sempurna. dia masih punya mak dan bapak tapi dia tak tinggal pun dengan parents dia. mak dia tinggalkan dia dekat rumah anak yatim since he was in standard 3. lepastu dia teruskan hidup dekat sana sampailah masa form 3, auntie dia datang amik dia balik rumah.


tak lama lepastu, dia lari dari rumah auntie dia sebab kita difahamkan auntie dia tu macam dera dera dekat dia. so dia tak tahan dia lari. lepastu dia berjumpa dengan husband and wife ni. diorang berdua tolong dia carikan kerja sebab dia takde duit nak sara hidup. 


memang dia dah dapat kerja. tapi lepas sebulan bekerja, orang tu tipu dia. dia tak dibayar gaji lepas penat penat kerja. jadi dia lari lagi. dan mengadu pada couple tu. at last, diorang amik kawan kita ni bekerja kat tuition center diorang dan dia sekarang tinggal dengan couple tu dengan cukup makan minum dan tempat tinggal. he's 24 hours protected. 


lepastu dia cuba jejak mak bapak dia semula. tapi dia tak dapat jumpa bapak dia sebab bapak dia hilang entah ke mana. tapi dia dapat contact mak dia. dia called mak dia lepastu mak dia jawab " if you call me to ask for money, sorry i cant help you. i have no money. i.cant.help.you." 


kita dengar cerita dia, kita tersentap tau. walaupun different race, tapi kita sedih tengok life dia macam tu. nasib dia baik bila berjumpa dengan orang yang sanggup bela dia. mungkin pada penceritaan kita, you guys tak heran tapi bila dengar my sir yang cakap, kita macam tak percaya sebab kita tengok dia happy je. 


bersyukurlah selagi adanya mak bapak yang sanggup beri perlindungan pada anak anak. 


p/s: abah, Selamat Hari Bapa. we love you!


N.F.A

14 June 2011


as-salam.

harini tak pegi sekolah. sorry pada korang korang semua sebab tak dapek nak join celebrate birthday sarah. 


harini 1 rumah semua kena demam panas. dah tu je nak bagitau sebenarnya.

12 June 2011

kalau dah dididik, mesti terbentuk


as-salam.

tajuk ni sebenarnya saja nak bercerita perihal sepupu sepapat kita semua. 


kenapa kita cakap sepupu sepapat? sebab kita nampak perbezaan sesetengah sepupu kita semua. dulu dengan sekarang dah lain. bukan dari fizikal je, dari mental sekali. kita cerita 1-1 ea. ni belah mak dulu. mak ada 4 adik. adik mak yang kedua ni dah ada 3 anak. semua anak dia hantar ke sekolah agama. baik yang sekolah rendah atau menengah. diorang dihantar ke sekolah agama harian. bukan sekolah menengah biasa macam kita kita ni. sekolah yang masuk pagi balik petang tu.


okay, apa masalahnya? takde masalah pun. cuma nak cakap didikan dekat sekolah agama sangat berbeza dengan sekolah biasa. maksudnya, mereka lebih diajar tentang batas batas pergaulan. tentang ilmu ilmu agama yang lagi mendalam kot. dan perbezaan yang kita cakapkan tu jelas nampak masa makan malam tadi.


okay, 2 buah keluarga makan kat kedai. total semua lapan orang. dan kebetulan dia duduk sebelah kita. mula mula kita toleh, kedudukan kitorang sama je macam yang lain. tapi bila toleh sekali lagi, kita tengok dia duduk jarak lagi dengan kita. kita paham yang dia memang nak elakkan kami bersentuhan sebab tu dia terpaksa jarakkan kerusi dia dengan kita. yelah, kami sepupu, maksudnya sama je yang kami bukan mahram. 


kita tak kecik hati dengan perbuatan dia. tapi kita kagum tengok perubahan dia. ingat lagi dulu kalau jumpa, mesti dia dengan adik adik dia salam tangan kitorang sebab kitorang ni pangkat abang akak dengan dia. tapi sekarang kalau jumpa, dia cuma salam parents dengan abang kita je. ye, dia cuma salam orang tua dan yang lelaki sahaja. tapi perubahan dia tu tak bermakna yang dia tak peramah dengan sepupu perempuan yang lain. kecoh dia tetap sama macam dulu cuma dari segi pergaulan dia dah banyak berubah. alhamdulillah.


yang belah bapak pulak lebih kurang sama je. cuma diorang belajar dekat sekolah menengah biasa macam kita. diorang ni memang dari azali dididik supaya jaga aurat. tengoklah sekarang bila dah besar. masing masing jaga perbatasan dan adab bergaul. yang lelaki jaga batas dengan sepupu perempuan yang lain. yang perempuan pulak, jaga batas aurat dengan yang lain. walaupun sepupu perempuan datang rumah, diorang tetap pakai tudung. i repat, sepupu perempuan, bukan lelaki.


kalau dengan sepupu perempuan pun diorang tetap bertudung dalam rumah, inikan bila pakcik pakcik dengan sepupu lelaki yang datang. bukan setakat bertudung, tapi diorang pakai baju t-shirt muslimah. atau paling tidak baju longgar lengan panjang. tengok, dididikan agama sempurna betul betul bentuk diorang. tapi tu juga tak bermakna diorang tak bercampur lelaki dengan perempuan. masih bercampur cuma diorang akan jaga batas pergaulan masing masing. hebat!


bila tengok diorang punya pergaulan, kita rasa sangat kerdil dan paling penting, kita malu! malu dengan diorang. dan persamaan mereka ni semua bila mereka bukan saja jaga perbatasan, tapi mereka jaga mulut. sepanjang kita hidup, kita tak pernah pun sekali dengar diorang sebut benda benda kesat. not even a single word! kita kita ni semua paling koman pun sebut perkataan 'sengal' kan. tapi diorang memang tak pernah sebut perkataan tu apetah lagi perkataan perkataan yang sangat kesat yang selalu orang sebutkan. 


tak usahlah kita nak mention those words dekat sini sebab kita sangat sangat yakin dan pasti yang korang semua tahu apa jenis perkataan tu semua. kalau kita marah atau geram, memang lepas perkataan perkataan tu dari mulut ni. kita tak sebut sebab kang tetiba kene banned. pulak dah lain cerita. pandai pandailah fikir perkataan b, s and etc. sebab tu kita cakap kita malu bila ada dengan diorang. terasa macam langit dengan bumi.


itu tak sentuh lagi pemakaian diorang. walaupun pemakaian memang tak rupa macam ustaz or ustazah tapi itulah yang sebetulnya pemakaian kalau ikut hukum lah. [okay malas nak sentuh isu hukum nanti lain cerita jadi]. pernah dengar kempen 'wear it right'? kalau pernah, cara pemakaian diorang lebih kurang macam tu. oh, diorang bukan old-fashioned. jangan fikir yang diorang jenis berbaju kurung selalu sebab antara diorang dengan kita, diorang lagi up-to-date. 


okay, dah habis cerita. terima kasih sebab baca sampai habis. bosan dak?


N.F.A


10 June 2011

KEK OH KEK! KU SERU NAMAMU ...


as-salam.

alololo, tekak ni dah craving gilerrrr nak makan kek. kalau bapak kaya, memang tiap tiap hari tuntut beli kek. 

  1. tiramisu
  2. black forest cake
  3. moist chocolate cake
  4. kek batik [ini senang je cuma malas nak buat]
  5. blueberry cake
  6. choco mousse brownies
  7. red velvet cake
  8. oreo ice cream cake
  9. choc sponge cake with blueberry filling
  10. blueberry cheese tart [exception]

cukuplah 10 ni. ni memang top 10. bukan ben10 ea. kalau ada orang sponsor ni, masyukkkkk!

N.F.A


09 June 2011

GEMUK ITU MENARIK.


as-salam. 

sekarang ni kalau jumpa orang, mestiiiiiiiiiiii ramai yang menegur yang yours truly dah gojes gem gem. kalau dulu, tersentap i nyah. la ni, orang nak cakap gemok gedempol pun lantak la. telinga ni dah lali tapi hati ni sikit sentap jugaklah. sikit je, tak banyak pun.


kita tayang lah ea dialog seumpanya.

scene 1: masa nak ukur baju raya.
makcik: eh, kenapa macam besar pulak ni?
kita: besar? oh, biasalah kalau kerja asik nak makan.
makcik: ohh. berbeza sangat dengan ukuran yang dulu.
kita: [sengihhhhhhhhhhhhhhhh]


scene 2: bila terserempak dengan jiran yang memang sah dah lama tak jumpa sebab dia pergi belajar.

dia: eh fanaaaa, gemuknya kau.
kita: hehehe, biasalah tu, senang hati kot.
dia: [senyum je sambil tengok kita terus menerus]
kita: [sengihhhhhh jugak]


bila pergi rumah sedara pulak, kadang kadang makcik makcik ni suka kata 'eh besarnya badan'. yelah, besar. mana pernah kecik dah kalau makin hari makin nak dewasa ni. 


bila diorang cakap gemuk, makin tulah kita kuat makan. 


N.F.A




06 June 2011


as-salam. 


muka tak malu ni nak bertanya : 

ada tak tips untuk elakkan diri dari period pain? 
selain makan pain killer.



ohh, selamat berjimba jerawat! have fun yeah

05 June 2011

kuik update


as-salam.

tengah tengah cuti ni sebok orang buat kerja kahwin kan. sangat ramai! tapi sejak cuti ni jugak, kadang kadang takde dekat rumah. lepastu masa nilah nak bayar puasa. sekarang ni tengah tak sihat. ohh, sakit itu satu nikmat maka hayatilah sebelum ia menghilang. 


minta maaf pada sesiapa yang aku tak join program korang. kadang kadang waktu tak mengizinkan.


dalam kotak fikiran ni dah hitung hitung dah apa nak buat apa lepas spm. lepastu fikir lagi, jangan banyak mengharap sebab kita ni cuma merancang tapi Tuhan yang menentukan semuanya. 


p/s: cerita cerita pasal kahwin, aku ada mengasak kakak aku suruh cepat kahwin. sebab nanti akulah orang yang paling bahagia masa tu. dia pun dah miang benaww tu haaa =)


N.F.A