25 November 2012

bila berdua dengan mak.


as-salam.

harini rajin sekejap nak update lebih sikit. 

masa dekat masjid besi, aku duduk berdua dengan mak sebab orang lelaki semua tengah perform solat jumaat. 

lepastu entah macam mana mak boleh termasuk soal jodoh kahwin bagai ni. mak tetiba nasihatkan aku untuk cari laki yang baik baik. [siapa nak yang jahat?] kalau boleh nak macam ni macam tu macam ni macam tu. [takkanlah nak bagitau dekat sini kan] 

dan yang penting, mak taknak menantu dia sebaya dengan anak dia. haihh, nasiblah kakak aku tu nak mencari. kikiki. 

bila berbual pasal topik macam tu dengan mak, terasa ada janggalnya. maybe sebab aku still a student maka dengan itu aku terasa awkward kot. hiks, malu. -masih panjang lagi perjalanan-


N.F.A

sombong?


as-salam.

aku ni bukan peramah mana pun bila bersosial. nak tengok mulut aku kepoh, hanya bila dengan family atau kawan kawan rapat je. itulah saat nak tengok aku bermulut ramah. 

jadinya, bila further studies tempat orang ni, of course kena cari kawan baru sebab everything is new. dapat pulak classmates yang sangatlah sedikit jadi there's high probability untuk stay close together, sepatutnya. 

tapi tak pun. only 2-3 friends je yang aku boleh ngam. i'm not good at making new friends, actually. dengan roomates sendiri pun makan masa almost one month to get along. apatah lagi dengan katil sebelah aku ni. makan masa almost 2 months to chat like a normal people. before this, cakap hanya bila perlu SAHAJA.

maka, tak hairanlah bila dalam kelas aku di cap sombong. ya, aku rasa pun aku sombong. tapi tu tak bermakna aku tak tegur diorang. aku tegur tapi tak mesra pun. masa mula mula sentap jugak bila tahu tapi at last, aku tak kisah pun sebab at least aku takda rasa bersalah yang sangat tinggi bila aku tak peramah dan mesra alam dengan diorang. got the point?

result final lagi 2 minggu, if i am not mistaken. maka dengan itu, haruslah aku nervous. sangat nervous ! ohh, esok dah mula kelas maka dengan itu, bermulalah episod di semester 2.


N.F.A

24 November 2012

rezeki itu milik Allah, takde siapa yang mempu mengubahnya.


as-salam.

okay, let me just straight to the point. rezeki kita bergantung pada Allah. kalau diberi izinNya untuk kita berjaya in the future, maka kita akan berjaya. semuanya dengan izinNya. 

macam my cousins. susah sebenarnya tau bila kita sebaya dengan cousins kita. dan aku nak bersyukur jugaklah sebab aku takde sebaya dengan mana mana sepupu aku baik belah mak atau belah bapak. heaven tau ! sebab nanti tak kene compare kan bila dapat result untuk exam besar.

last Monday kan result UPSR released kan. so, adik adik aku yang UPSR ni of course la nervous gila. 2 orang cousins ni berbeza. punya sikap dan sifat masing masing. rezeki Allah bagi, yang sorang dapat 3A and yang sorang dapat 4A. sedangkan yang dapat 4A tu selalunya kalah dengan yang dapat 3A ni. 

macam aku cakap tadi. rezeki tu Allah yang bagi. kita tak boleh nak sangkal atau pertikaikan. dannn, takde siapa yang boleh menyangka apa yang akan terjadi.

macam aku jugak. aku tak sangka, life aku sekarang ni adalah jalan aku. bapak aku selalu put high expectation pada aku since setiap kali exam besar, aku punya result lagi better dari kakak aku. so, masa SPM pun dia mengharapkan aku boleh beat akak aku punya result. tapi kuasa Tuhan. aku tak mampu nak tanding dengan dia punya result.

dan rezeki Allah jugak, aku dapat further ke sini. jmc. kakak aku pun matriks jugak dulu cuma bezanya dia PST tapi aku PDT. siapa yang tak frust bila tercampak ke pdt. tapi, ini rezeki Allah. lama lama aku redha. but, it took time. really ! supports from family tu penting and perhaps, because of them, I can survive now.

aku sentiasa pegang prinsip, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. aku boleh catch up. 2 tahun dengan setahun, beza hanya waktu je. yang lain takde bezanya. itulah yang selalu bapak aku dengan akak aku pesan. 

dan rezeki Allah, kakak aku yang selalu punya result yang corot antara sepupu sepupu sebaya dia, sekarang tengah further medic. medic yang dulu pernah jadi impian aku. dulu. it was. tapi sekarang, impian tu dah tenggelam. aku bina impian lain.

 akak aku tahu yang aku kecewa sangat masa tu sebab tu dia asyik cakap, 'kawan kawan aku yang PDT ramai je amik medic dekat usm ni.' dia taknak bagi adik dia frust sangat agaknya. dia maksudkan, pdt students pun ada masa depan yang cerah je. bezanya cuma waktu je. itu sahaja. 

sekarang ni aku dah masuk sem 2. ada lagi 2 setengah sem nak kejar. ya, aku habis lambat berbanding kawan kawan aku yang semuanya pst yang habis awal bulan Mei tahun depan. 

everything happens for a reason.

N.F.A


13 November 2012

oh mahnn ! how i miss blogging .


as-salam.


two months have gone after my last post. nak buat acane? lappy tak bawak ke JMC la. semester break. holidayyy ! 2 bulan tak bersentuh blog ni, of course la banyak story to share. tapi.......dah lupa. I just share apa yang masih ada dalam kotak ingatan. yang tak ingat, biarlah tinggal kenangan :)

kan ada jazarians at JMC kan so we planned to have iftar together walaupun bukan di bulan puasa. mereka puasa sunat so waktu buka nanti, buka sesama. ya, mereka sebab masa tu aku tengah cuti. heeeee.. I think it was on Oct, 11. haa betul la. sooo, here we go !


 the some of the Jazarians.

the boys. farid mata spoil la !

the happy moment. 





banyak lagi sebenarnya. aku suruh diorang buka sikit, solat maghrib lepastu baru turun makan sama. nasib baik buat macam tu sebab kita lepak sama dari pukul 7.10 gitu sampailah 10 lebih. dari kafe, pindah ke dataran. lepastu buat kecoh sebab masa tu banyak praktikum tengah practice untuk boria. ya, boria termasuk praktikum rai, zira, adham, farid and ayam. aku target haikal kena untuk sem 2 ni.

aku taktau la kenapa boria kena pakai baju yang luar alam. janganlah terkena. diorang semua dapat turn untuk perform awal awal pagi pukul 8 lebih. dahlah pagi tu aku ada trial kimia. lepas habis, terus bergegas ke DSL sebab nak jumpa diorang tapi semua dah performed. yang tinggal cuma group rai je sebab tu rai takda dalam gambar. dia tengah buat last preparation kot masa ni.

ohh, dan terbaru ni. memandangkan aku boleh balik cuti awal, aku tak balik jb terus. aku pergi rumah kawan aku dekat KL. dan rupa rupanya rumah dia tu dekat je pun dengan rumah pakcik aku yang cuma sekali je pernah pergi seumur hidup ni. 

maka, dengan kesempatan itu, aku pun singgah la ke rumah pakcik yang satu tu. mak pesan suruh beli gula pasir 10KG. hulamakk, nasib baik lif tak rosak. kalau tak, jenuh kau nak mengangkut sampai tingkat 18. ohh, sampai sampai je, makcik tengah buat sambal belacan. masyuukkkk ! dorang suruh terus lunch sekali. wa cakap lu. lauk simple gila tapiiii sedap tahap tak boleh bla. lagi ada sambal belacan-yang-aku-kempunan-gila-nak-makan. sebu perut :)

aku stay tak lama pun. [tak lama tapi shopping kemain lagi]. memandangkan tengah sale, haruslah aku memanfaatkan detik itu. then, watched Skyfall at Suria KLCC. two thumbs up !

lepastu nak balik rumah, aku malu gila dengan family dia. mak dia siap bagi mak aku hadiah dan yangg lagi malu mak dia bagi aku perfumeee. macam tau tau je aku ada niat nak beli perfume lagi. tapiiii...lagi tahap malu bila abah dia bagi duit belanja, belikan makanan dengan air untuk aku bedal kat dalam bas.

bagi duit belanja weh ! itu memang tahap malu gaban. dah lah tambang LRT pun, mak dia pesan suruh aku guna kad TouchnGo dia je. 1 sen pun tak keluar untuk duit tambang jalan jalan. 

aku macam nak sembunyik muka bawah bantal je waktu aku buka sampul duit tu. diorang memang bagi service tip-top la. thanks a lot ! 

yang atas kiri tu, adik dia. comel. cuma dengan dia jela aku tak malu nak bergaul. sebab dia kpochi agaknya, sebab tu boleh masuk.



okay, tang tu je la yang aku ingat sebab yang lain lain tu aku dah lupa. maklumlah, low memory capacity. ini nanti nak refresh kot. 

the end.


N.F.A