24 November 2012

rezeki itu milik Allah, takde siapa yang mempu mengubahnya.


as-salam.

okay, let me just straight to the point. rezeki kita bergantung pada Allah. kalau diberi izinNya untuk kita berjaya in the future, maka kita akan berjaya. semuanya dengan izinNya. 

macam my cousins. susah sebenarnya tau bila kita sebaya dengan cousins kita. dan aku nak bersyukur jugaklah sebab aku takde sebaya dengan mana mana sepupu aku baik belah mak atau belah bapak. heaven tau ! sebab nanti tak kene compare kan bila dapat result untuk exam besar.

last Monday kan result UPSR released kan. so, adik adik aku yang UPSR ni of course la nervous gila. 2 orang cousins ni berbeza. punya sikap dan sifat masing masing. rezeki Allah bagi, yang sorang dapat 3A and yang sorang dapat 4A. sedangkan yang dapat 4A tu selalunya kalah dengan yang dapat 3A ni. 

macam aku cakap tadi. rezeki tu Allah yang bagi. kita tak boleh nak sangkal atau pertikaikan. dannn, takde siapa yang boleh menyangka apa yang akan terjadi.

macam aku jugak. aku tak sangka, life aku sekarang ni adalah jalan aku. bapak aku selalu put high expectation pada aku since setiap kali exam besar, aku punya result lagi better dari kakak aku. so, masa SPM pun dia mengharapkan aku boleh beat akak aku punya result. tapi kuasa Tuhan. aku tak mampu nak tanding dengan dia punya result.

dan rezeki Allah jugak, aku dapat further ke sini. jmc. kakak aku pun matriks jugak dulu cuma bezanya dia PST tapi aku PDT. siapa yang tak frust bila tercampak ke pdt. tapi, ini rezeki Allah. lama lama aku redha. but, it took time. really ! supports from family tu penting and perhaps, because of them, I can survive now.

aku sentiasa pegang prinsip, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. aku boleh catch up. 2 tahun dengan setahun, beza hanya waktu je. yang lain takde bezanya. itulah yang selalu bapak aku dengan akak aku pesan. 

dan rezeki Allah, kakak aku yang selalu punya result yang corot antara sepupu sepupu sebaya dia, sekarang tengah further medic. medic yang dulu pernah jadi impian aku. dulu. it was. tapi sekarang, impian tu dah tenggelam. aku bina impian lain.

 akak aku tahu yang aku kecewa sangat masa tu sebab tu dia asyik cakap, 'kawan kawan aku yang PDT ramai je amik medic dekat usm ni.' dia taknak bagi adik dia frust sangat agaknya. dia maksudkan, pdt students pun ada masa depan yang cerah je. bezanya cuma waktu je. itu sahaja. 

sekarang ni aku dah masuk sem 2. ada lagi 2 setengah sem nak kejar. ya, aku habis lambat berbanding kawan kawan aku yang semuanya pst yang habis awal bulan Mei tahun depan. 

everything happens for a reason.

N.F.A


No comments: