19 December 2010

12 .


Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.


N.F.A


15 December 2010

11 .

You will never be happy if you continue to search for what happiness consists of. You will never live if you are looking for the meaning of life.


And Sarah said :   

 Happiness is like a butterfly. The more you chase after it,the further it flies. So,let it land on your palm and enjoy the beauty.


 N.F.A

08 December 2010

10 .




Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.


N.F.A

29 November 2010

9 .


Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.


N.F.A

26 November 2010

8 .




When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.




N.F.A

20 November 2010

7 .



Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa (!)


N.F.A

16 November 2010

6 .


Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.



N.F.A

di mana dia?


Wahai ibu,
Di manakah ayahku?
Inginku melihat wajahnya ketika ku diberi peluang melihat dunia,
Lupakah tanggungjawabnya ketika aku dilahirkan?
Mengapa tiada laungan azan atau iqamat di telingaku, ibu?
Dan mengapa hanya ibu seorang sahaja bertarung nyawa melahirkanku?
Di manakah ayah, wahai ibu?


Wahai ibuku,
Mengapa aku dipandang enteng oleh masyarakat yang lain?
Mengapa aku tidak menjadi seperti kanak-kanak lain yang mempunyai bapa di sisi?
Sungguh, aku ingin menjadi seperti mereka!
Hati kecil ini memberontak mahukan ayah, ibu.
Mengapa ibu dibenci masyarakat?
Lupakah ayah akan tanggungjawabnya untuk melindungi ibu?
Di manakah ayah, wahai ibu?


Wahai ibuku,
Aku lihat hanya ibu yang bersusah-payah mendewasakanku,
Hanya ibu yang bekerja untuk memberiku nafkah,
Hanya ibu yang mengharungi segala perit jerih untuk melihatku membesar,
Hanya ibu..
Tiada yang lain.
Kini ku tertanya, di manakah atok dan nenekku?
Di manakah ahli keluargamu?
Sekali lagi benakku bertanya, di manakah ayah, wahai ibu?


Wahai ibuku,
Aku cemburu melihat pelajar lain dijemput bapa mereka selepas tamat waktu persekolahan,
Aku cemburu melihat bapa mereka sewaktu menghadiri hari terbuka di sekolah,
Hanya ibu seorang sahaja yang menemaniku,
Hanya ibu sahaja yang bergembira bersamaku,
Hanya ibu sahaja yang memelukku,
Hanya ibu sahaja yang menciumku,
Hanya ibu..
Tidak dapatku berkongsi rasa gembira bersama sang ayah,
Tidak dapat juga ku merasa kasih sayang seseorang yang bergelar ayah,
Di manakah ayah, wahai ibu?


Wahai ibuku,
Mengapakah engkau menangis?
Setiap malam ku mendengar esak tangismu mewarnai malammu.
Setiap malam, ibu.
Angkara siapakah, ibu?
Tidakkah engkau jemu mengalirkan air matamu setiap malam?
Di hadapanku, engkau tersenyum, bergelak ketawa.
Tetapi di belakangku?
Engkau mengharunginya seorang diri,
Di manakah ayah untuk meminjamkan bahunya untukmu, wahai ibu?

Wahai ibuku,
Kini, anakmu sudah dewasa,
Aku sudah belajar banyak perkara dalam hidup ini,
Dan aku kini sedar bahawa hidup ini tidak selalunya indah,
Melihatkan teman-temanku yang bahagia bersama ibu bapa mereka,
Aku juga bahagia bersamamu walaupun tanpa ayah,
Kerna kau bukan sahaja ibuku tetapi kau juga ayahku,
Sesungguhnya, kita bahagia melayari setiap detik hidup bersama.  




N.F.A 


14 November 2010

5 .


Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada apa yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


N.F.A

tips buat para wanita [jerawat] #2


kalau muka tu berjerawat, wajiblah ada kesan kesan kat muka kan? nak hilangkan? ni haa ada sikit petua. harap harap dapat tolong [sekali dengan menolongkan diri sendiri]



  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.
  2. ambil 10 helai daun sireh muda, bersihkan dan tumbuk lumat. muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan kemudian sapukan sireh yang ditumbuk lumat tu di tempat bekas jerawat. biarkan sekurang-kurangnya setengah jam atau kering sendiri dan cuci muka bersih-bersih dan lap hingga kering. amalkan 3 kali seminggu.
  3. pergi beli pegaga dekat kedai lepastu kisar daun dia dengan bedak sejuk dan air secukupnya. kemudian, letakkan di tempat hitam bekas jerawat setiap hari atau setiap malam sebelum tidur.
  4. asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. letakkan pada bekas jerawat dan amalkan setiap malam sebelum tidur. esoknya, cuci dengan air suam.
  5. kisar timun dan tapis airnya. tampalkan hampas timun pada bekas jerawat. biarkan selama setengah jam dan kemudian bersihkan dengan air suam.




adakah saya membantu?
N.F.A

11 November 2010

4 .


Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.



 N.F.A

tips buat para wanita [jerawat] #1



muka kaum hawa ada sesetengah yang memang lawa punye kulit. tu memang harus bersyukur. tapi bagi kulit yang bermasalah contoh macam aku, kulit berjerawat, mesti rimas. sebab benda ni boleh buat kita hilang keyakinan diri dan malu nak berada depan public atau nak berinteraksi dengan orang lain sebab ada tetamu yang tidak dijemput hadir kat atas muka kita. penat cari ilham macam mana nak hapuskan jerawat tu kan? 



mehh sini, aku hulurkan tangan nak ringankan beban. pada yang malas buat research, aku tolong cari tips macam mana nak elak jerawat tumbuh.

  1. elakkan makan makanan yang pedas-pedas sebab boleh menolong jerawat untuk merebak di muka.
  2. JANGAN PICIT JERAWAT dekat muka tu. nanti makin berlambak.
  3. kalau shampoo rambut tu, elakkan buih buih shampoo kene pada muka kita. tak elok!


okay cukuplah 3 tips macam mana nak hindarkan jerawat. fokus, HINDARkan jerawat. kat bawah ni pulak petua macam mana nak hilangkan jerawat kalau tetiba jerawat tu degil jugak nak tumbuh. amikk ni.
  1. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. sebatikan campuran tersebut dan kemudian ratakan pada keseluruhan muka. nak mandi nanti, basuh bersih bersih. inshaAllah kalau selalu amalkan, kulit akan jadi halus dan muka sukar nak tumbuh jerawat.
  2. kalau ada bedak sejuk, campurkan dengan garam dan air asam jawa sekali. lepastu, selawat 3 kali dan sapukan pada keseluruhan muka.
  3. basuh muka dengan air basuhan beras. maksudnya, air beras yang kita basuh kan warna putih. jadi air tulah yang kita sapu dekat muka. jangan amik air yang dah jernih dah. dah takda khasiat pun yang tu. dan, amalkan selalu.
  4. campurkan putih telur [ayam lampung] dengan 1 sudu tepung jagung dan minyak zaitun. gaul rata dan sapukan pada muka. lepastu, biar sampai kering dan bilas dengan air suam. amalkan 2 kali seminggu.
  5. sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang tumbuh. inshaAllah dapat bantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
  6. bersihkan muka dan cuci dengan air kelapa tua. biarkan ia kering sendiri dan bilas muka dengan air bersih. amalkan 3 kali seminggu. 
  7. sejukkan sedikit kanji nasi. sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendiri. cuci dengan air suam. amalkan setiap hari sampai jerawat berkurangan. 
  8. banyakkan minum air masak sehari. 
  9. elakkan stress daripada menguasai diri. kalau tak nanti lagi banyak jerawat muncul. kena pandai kontrol segala perasaan negatif tu.


okay dekat sini ada 9 petua. mungkin ada banyak lagi kalau kita explore lebih. tapi ini yang paling senang. dan korang boleh pilih salah satu daripada petua ni semua dan amalkan lah selalu ikut kadaran tertentu. 



kata TIDAK pada jerawat! 

aku faham weh macam mana rasa frust nya kalau muka tumbuh jerawat. taknak keluar rumah je rasanya! okay, Selamat Mencuba!


 


N.F.A

09 November 2010

2 .


Hidup tidak boleh berpandukan pada perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus difikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berdasarkan kenyataan.

 

 

N.F.A

03 November 2010

1 .



Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.




p/s: SELAMAT DATANG, NOVEMBER!


 N.F.A

26 May 2010

tidur petang



haisyyy, kenapa lately ni asik la nak malas bermalasan je? lagi lagi bermalasan atas katil. eh, bukan, bermanja manjaan atas katil. haaaa, baru betol. last week, seminggu direct aku terrrr-tido petang. mana taknya, kepenatan yang amat amat sangat. kalau bangun sebelum asar, takpe lah jugak. kadang kadang terlajak sampai lepas asar. tahu la tido lepas asar tak bagus, tapi terrr... okayyy. nanti otak boleh transform jadi lembab, pelupa plus boleh jadi malas! apakahh?







nak berkongsi sikit maklumat ea. sikit je tak banyak pon :





Tidur ada yang membawa kebaikan ada juga yang membawa keburukan. Banyak tidur boleh mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan cepat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang bermanfaat, ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Tidur yang bermanfaat adalah tidur ketika diperlukan. Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Dibimbangi tertinggal waktu sembahyang subuh kerana tidur lewat malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di waktu pagi atau waktu petang. Tidur pada tengah hari amat digalakkan walaupun sekejap kerana dapat memberikan kesegaran pada badan. Tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari adalah tidak digalakkan kerana waktu itu adalah waktu awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibahagi-bahagikan rezeki, saat diberikan barakah. Begitu juga tidur waktu petang tidak digalakkan boleh menyebabkan cepat lupa serta malas. 









yeee, tu yang aku maksudkan untuk mukadimah aku kat atas tadi. lepastu kan, bila dah bangun tido mesti wajib tengok jam dah pukul berapa. lepastu, 'damn, terlebih ni'. haisyyy, sangat mengeluh di sini. *sigh







dah apa apa lah yang kau merepek ni budak? dah takde point la tu nak bercakap. eheeeee... mood sekarang sedang *wink wink* sebab mulot tengah nyonyot LOLIPOP coklat yang ketiga pada hari kedua ini. haa, detail tak?




























THE END ! 
*sorry buang masa kalian*





N.F.A