19 December 2011

rolled into one


as-salam.

aku kan ke terengganu haritu dengan hanya berseorangan tanpa ahli keluarga yang join sekaki. naik bas around 8 hours. ok bosan nak gila. kaki yang panjang duduk dalam bas dengan masa 8 jam perjalanan sangatlah menduga kesabaran hati. nak tidur, dapat dalam 20 minit lepastu tersedar sebab bas bawak laju plus semua benda main langgar. bonggol, bendul, lubang and entah apa apa lagi dia langgar. jadi, duduk tepi tingkap dengan 1 seat, hanya memandang pekat malam bersama bulan yang terang. 

sampai masa subuh. balik rumah pakcik bantai tidur. selesa lah juga. tak banyak jalan dekat sana sebab cousins semua kerja. pakcik aku punya kereta pulak boleh buat hal. so, duduk rumah. keluar time malam je bila cousin aku dah balik. shopping pun tak banyak. takpelah, boleh shopping dekat sini.

they both are doctors. working in the same hosp. the wife is now pregnant. 5 months but when looking at her tummy, she didn't look like a preggie woman sebab perut nampak kempis. she's working in O&G department. bila tanya best ke tak dia jawab best sebab dapat sambut baby. okay itu memang best !

she was nearly a doctor tapi takda rezeki. she's a physiotherapist. also working in the same hosp with her sister. the above one.

masa hari nak balik pula, bas waktu malam lepas maghrib. pukul 8.15. jadi lepas maghrib terus pecut ke terminal bas weh. takut tertinggal. bila sampai 8.30 bas tak muncul, aku pergi kaunter, dia cakap bas pukul 9. bila dah pukul 9.15 bas tak sampai lagi, aku pergi lagi kaunter dia kata bas pukul 10. haprakkkkkk punya servis. lepastu pukul 10.15 pun bas takde, aku pergi lagi kaunter, dia dah taktau nak cakap apa sebab bas masih dekat bengkel. badigol! kan senang kau cakap bas rosak. takde aku menyusahkan pakcik dengan sepupu aku untuk tunggu sekali. orang tu dah lah penat. 

harga RM44.10

lepastu kan, aku geram aku survey kaunter lain, usha ada tak bas ke jb malam ni. dia kata ada taoi pukul 11. aku dah was was. aku cakap, 'nanti 10.45 bas saya tak datang lagi, saya beli dengan awak. reserve 1'. then he said okay. tengah menunggu nasib, tetiba mamat tu datang kat aku kata ada bas nak ke jb sekarang. ada 1 seat kosong. kalau awak nak, beli dengan saya. okay fine, aku memang tak boleh pk apa, aku said yes. aku beli dengan dia. kau tau berapa? RM45. melayang lagi duit aku. lepastu dalam bas baru aku perasan sesuatu.

RM44.45 tapi dia terus cakap RM45. tapi harga sebenar tiket RM33.30. shooooooot! dia makan duit kan. tapi aku malas dah nak pk apa sebab dah dalam bas asalkan dapat balik rumah, sudah.

jadi, 44.10 + 45 = 89.10. tengok tu! besarnya jumlah. sampai jb, waktu pagi dalam pukul 8 lebih. sampai rumah 10 lebih. lepas zohor aku cabut ke Jusco sebab nak cari kasut. dekat terengganu takda saiz aku. fine ! lepas maghrib, terbongkang terus sebab esok pagi KERJA !

conclusion, since the day i came back from terengganu until today, i still couldn't get enough rest. hari ahad semalam memang la aku cuti tapi dari pagi sampai petang aku buat L. nak rehat, memang tak sempat. malam tadi pun kene keluar kejap, ada appointment. balik rumah terus tidur. dekat tempat kerja, mata ngantuk sangat ya Rabbi. 

semua benda buat terburu-buru. bukan apa. aku nak mengejar plkn punya pasal. blame plkn for this. huh.


N.F.A


18 December 2011

musim apakah


sekarang ni musim hujan. lepastu kan tetiba panas. eh tetiba hujan balik. aduhh. kesian badan. immune body system tak kuat. oleh sebab itu, haruslah terkena selsema. dan batuk menjadi lebih parah dari yang biasa. dengan itu, haruslah suara juga menjadi seperti seorang komander. yeahhhh ! 

eh sebenarnya banyak benda nak update since balik dari bercuti lagi tapi tak sempat. sumpah tak sempat. nanti update soon.


N.F.A

12 December 2011

i'm back !


eh, rasa berdosa pulak tak bagitau. bagi sesiapa yang percaya aku ke tokyo tu, actually aku auta kan je. T yang dimaksudkan adalah Terengganu. ok, sekian.

06 December 2011

Tokyo [ yes, it is T ]


as-salam. 

tomorrow night, i'll be leaving to Tokyo. some preparations have done. only some and the rest is still in progress. haiyooo. i hate packing my stuffs. bosan ! 60% left. esok nak bla tapi banyak lagi barang tak pack.

N.F.A

jerawat dimple eh pimple and zit


as-salam.

pakar mengatakan there are 3 places on your face where pimples used to grow. 

  1. forehead. this is because you are tension, stress or depress. 
  2. T-zone. due to the hormonal instability.
  3. jaw. due to the weakness of your lymphatic system.

okay, now i am proud to be a biology student. [sekejap je]


N.F.A


03 December 2011

faktor kenapa badan jadi makin kembang


... atau lebih tepat lagi buncit.

ni untuk diri sendiri la. faktor faktornya adalah :

  1. mak punya masakan sedap sedap. lepastu mak masak tiap tiap hari melainkan kalau ada banyak jemputan kahwin, dia takkan masak sebab mak bawa banyak makanan balik nanti. lepastu mak masak macam anak dia sekarang kat rumah ada 10 orang. dan 10 orang tu adalah aku sahaja di rumah.
  2. abah kalau belanja barang, memang stok untuk 1 bulan terus tapi oleh kerana anak yang sorang kat rumah tu jenis perut banyak space, stok 1 bulan boleh jadi setengah bulan je. cukup dekat nak masuk akhir bulan, semuanya dah habis gara gara si kecil ini :)
  3. kalau kakak balik rumah, wahh dia rajin ke dapur. tau pukul berapa? pukul 8 malam ke atas biasanya. dan haruslah aku suruh dia masakkan lebih untuk diri ini. kan orang cakap jangan makan selepas pukul 8 malam tapi degil.
  4. kalau datang rumah atok, haruslah tibai segala coklat yang ada dalam fridge nya. lepastu rumah atok biasanya menjadi tempat perjumpaan makcik pakcik semua. jadi bila semua datang, semua bawa makanan dari rumah atau beli makanan dekat luar. kalau beli bukan sikit, tapi banyak. kalau buang, membazir jadi sumbat juga semuannya dalam perut.
  5. oleh kerana mulut ni jenis yang tak sah kalau tak mengunyah, jadinya setiap kali bosan, pergi dapur untuk korek apa apa yang boleh dikunyah atau lebih tepat lagi dimakan. 
  6. kalau makan 1 pinggan, takkan ada 1 butir nasi yang tinggal atas pinggan. semua licin. tak kiralah makan apa pun, yang penting licin. ehem ehem, membazir kan tak elok.
okay ini je kot faktor kenapa kembang terrr-menjadi pilihan diri ini. 


N.F.A

      ombak rindu


      as-salam. 

      memandangkan aku peminat novel, jadi bila dengar ombak rindu release on 1st December 2011, terus straight ke jusco nak tengok. sambil tu shopping. kitorang pergi awal sebab tau petang nanti baris mesti panjang. 

      sampai sampai terus beli tiket dan masa tu ingatkan tak ramai yang nak tengok. sebab banyak lagi seat kosong. then had our shopping session. actually nak shopping banyak banyak tapi takde rezeki sebab beg punya pasal. choi.



      can you see there are so many heads in front of me? 

      lisa punya acting real kot. 

      tapi cerita ni best jugak la. tak bosan sangat. cukuplah orang sebelah aku bergenang air mata. hehehe. 

      okay lepasni rasa macam serik je nak pegi wayang on the first day it is released. crowded okay. lepasni movie melayu download je.

      *hai atika, dah ajak bapa belum? hikhikhik

      N.F.A

      01 December 2011

      what a ruin








      N.F.A

      30 November 2011

      tell the world that i am officially a school leaver


      as-salam.

      bukan nak bangga sangat bila dah habis sekolah ni. bosan ! but it is okay. 

      harini memang akan jadi sejarah. takkan lupakan all the jazarians. all the things that we had gone through, be it happy or sad moment. thank you. 

      lepas submit paper 3 biology, rasa sebak pula bila invigilator tu pesan macam macam lepas dah habis sekolah ni. rasa macam unbelievable that i am no longer a school student. bila masa nak pakai baju sekolah ni lagi after 11 years jadi uniform tetap. 

      then, gg as the class monitor menggunakan duit kelas buat nasi ayam. then khusnul invited all the jazarians to her house [tho only some who came] to have a party. okay penipu party. just a small celebration before each of us step into a new phase of life : further study, inshaAllah. it was a happy moment. 

      her mee goreng was so pedas tapi sedap so takpe lah. then gelak ketawa bagai nak gila sebab tak payah fikirkan buku for a while. berbual, berborak, bercerita, bergurau senda, ber-photoshoot, bermakan dan beria. the best part when dyna, zira and along volunteer untuk dicontengkan baju dan tudung mereka sebagai kenangan. masing masing letak autograph entah hape hape including me. 

      i took photos with them. well, as a sweet memory to be reminisced. had lots of fun. really! btw, thanks khusnul !

      after this, no more stupid jokes from male friends. takde lagi borak borak dengan female friends. sob. 4 Sains 2010 and 5 Al-Jazari 2011 [kelas yang paling cikgu tension bila masuk], you guys will always be in my heart. okay i think i have gone too far. sorry berjiwang sikit malam ni. 


      it's the day. the day where we become school leavers. 

      kina's autograph on along's uniform

      rai's autograph on dyna's tudung

      it is N.F.A

      N.F.A


      25 November 2011

      hidup bagai rainbow.


      as-salam.

      okay rasanya tak sempat habis spm aku dah update blog. lama sangat nak menuggu. 

      oh just nak cakap best nya kalau hidup macam rainbow. tapi itu namanya drama kalau takde ups and downs. nak tengok rainbow selalu tak dapat jadi tengok ini je pun boleh.


      oh by the way, this sweet tunjang girl will fly to Tokyo next week, alone. okay i am counting for the day. bawa hati gamaknya. dont worry my uncle will be at the airport to fetch his sweet little niece who travels alone straight away from Johor. 


      *updated : due to some problems, i HAVE TO postpone my flight to the next two weeks and that is awful .


      N.F.A

      11 November 2011

      preparation for SPM


      as-salam.

      probably this is my last post before sitting for spm. maybe la. last paper adalah biology, on 30th Nov. once dah jadi school leaver, baru update kot. okay SPM, you are too close. 



       the most trusted pencil for exams. 


      N.F.A



      05 November 2011

      heyyya


      as-salam.

      hey, spm is approaching so candidates, do your best in spm! last week i got 2 messages from my seniors. haloo kakak kakak, thanks for the wishes. i couldnt reply your text. sorry. okay since teachers always give modules and trial questions from other states, i have to buy some files to keep those papers and for sure i wont lost those papers like kina did. 

      different colours mean different subjects. see, imma good student rite? 

      and orange is for sejarah. then got another files for bi and addmaths. 


      those files only cost me 50 cents. ehee. jusy buy the cheap one la tak payah bazir duit nak beringgit ringgit since it is now my final year, inshaAllah. 


      N.F.A



      25 October 2011

      comel comel comel


      as-salam.

      comel dak 3 ekor kucing. caption akak aku pun comel beno la tu.

      24 October 2011


      kenapa aku rasa anjing tu tetiba comel? anjing pun baik hati tak macam sesetengah manusia kot

      23 October 2011

      countdown mode


      as-salam.

      less than one month. inshaAllah. btw, tengah korek2 folder gambar than i found this. macam sweet je. 

      kina's friends 

      ini sweet. bangku tu comel. 'saya' is referring to kina. oh hi Jo, pinjam engaged kejap :)


      N.F.A


      20 October 2011

      alhamdulillah, i'm proud of you !


      as-salam.

      it has been 3 months since the day she had gone. still remember the 2 posts about arwah? tak payah la nak tampal sini lagi sebab semua dah sedia maklum. the latest news yang aku tau about arwah is from here. 

      alhamdulillah, even she has gone but at least there are some parts of her yang masih ada lagi di badan orang yang lebih memerlukan. she earns more even she is no longer on this earth. 

      *tabah sungguh parents nya.


      N.F.A

      15 October 2011


      as salam.


      the beginning of a new phase.


      08 October 2011

      pergi lagi..


      as-salam.

      still remember this and this post? last wednesday, i got a call from a friend of mine yang bagitau one bad news. aku tengah facebook-ing waktu petang tu around 6++. then she called me, told me that kawan kitorang meninggal. i was like? eh tipu la. aku tak percaya. dia menangis dan aku terdiam taktau nak cakap apa. terkejut lebih.

      aku terus siap sebab nak melawat arwah dekat jb but last minute my parents tetiba tak bagi pulak. sentap lagi sekali. aku terus menggigil bila pegang barang. even nak type mesej pun menggigil sebab i couldnt believe that he has gone. terkejut sangat. 

      kawan cakap alhamdulillah pengebumian berjalan dengan lancar. alhamdulillah. semua memang tak boleh percaya jugak lagi lagi kawan kawan baik arwah. sedih sangat. i lost another good friend. he died in a hit-run accident and was having haemorrhage. comma then died. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang soleh. Amin. 


      N.F.A


      03 October 2011

      specially posted for you


      as-salam.

      You, yes you! you know who you are. you had dedicated me a song when i was down [carrie underwood - i'll stand by you]. now its time for me to dedicate a song to you. 

      hampir ke situ.

      Aku sadar bukan mudah
      Untuk mengejar mimpi indah
      Pernah suatu ketika dulu
      Ku punya harapan besar
      Kini aku tak pasti
      Dapatkah ku miliki

      Sudah jauh kita tempuh

      Kekalkanlah impian lalu
      Mungkin ada hikmah
      Yang akan menunggu
      Di penghujung jalan
      Biar nanti kecewa
      Setidak-tidaknya mencuba

      (korus)
      Jika halangan menduga perjalanan kita
      Janganlah kau putus asa
      Karena ku ada di sisi setia menemani
      Andai semangatmu gugur
      Genggamlah tanganku
      Kita hampir ke situ

      Adakala ku terasa

      Ketabahan tak setegar
      Tetapi apakan daya
      Berhenti separuh jalan
      Percayalah padaku
      Aku yakin kita mampu

      (ulang korus)


      Biar orang katakan

      Rapuhnya harapan
      Bukan mereka tentukan lagi
      Kau ada aku dan aku punya kamu
      Amanlah akhirnya tetap bersama
      Oh

      have faith.

      N.F.A


      02 October 2011

      If.


      if killing yourself is one of the good deeds, one of the best ways to solve problems, i bet there would be a tremendous amount of people who commit suicide, every second, every minute, every hour or every day and i would be one of them. i.would.be.one.of.them.

      i feel like standing on the highest building and jump down only to see the satisfaction of others. O Allaah, gimme strength, gimme hope. guide me. 

      i need you true friends. 

      sighing,
      N.F.A

      27 September 2011

      in the making of kek batik


      as-salam.

      as you see the title, i baked a cake. this is my second attempt in baking cake. my first try was chocolate cake and it didnt turn out as what i wish. since then, im not interested to bake a cake. but once you are craving for something, im pretty sure that you would do anything to fulfill what you are wished for. 

      like i did. i craved kek batik since last month. so i google the recipe from a blogger and gotcha bebeh. i called my dad to buy some ingredients and by 6 o'clock, i started being a so-called chef [ceittt]. it took only an hour to get it done. at least, for me la. dont know bout you guys. let the pictures do the talking. 


      but its ok. this cake is made by me. somehow, homemade is good enough for you. im satisfied. then joe asked to bring some on wednesday. okay. let them be the judges tomorrow. 

      so, my second attempt is way better than my first though its taste doesnt the same like yours. 


      N.F.A


      26 September 2011

      apakah!


      this is truly not gojes

      N.F.A


      25 September 2011


      whatever you talk about me, IT IS NONE OF MY BUSINESS !

      as-salam.



      someone once said that i am not friendly enough in making friends, dont know how to mix with others and start the conversation. one day, you will see, they walk away from you, leave you behind and start forgetting you.

      i have the answer to reply but i just said to myself, if they think they are my friends, my real friends, they wont leave me. true friends would never leave their friends behind. if they are my flesh and blood, they really have to accept the fact. this is me and always be me. 

      i said, a true friend will always stick to each other.

      if you still wanna leave me, just go. i wont stop you bcoz it's your choice. you can walk away and forget me, find other people who can be your best company. it is your life. dont waste your time by having me as your friend. you deserve the best.


      a reminder for you...

      ...teenagers.


      taken from Biology reference book.


      N.F.A

      24 September 2011

      ABO system





      CHUNKY LOADED


      as-salam. 


      chunky loaded SEDAP! last tuesday aku mengisikan perut dengan chunky loaded dengan kawan. hanya kerana chunky loaded, aku sanggup keluar makan walau badan aku letih. taktau nak cakap apa lagi selain sedap sedap sedap sedap! pada tekak aku sedap, tekak orang lain aku taktau la macam mana.






        
      NAK LAGI!


      N.F.A


      23 September 2011

      bukan rezeki agaknya


      as-salam.

      fine. oleh kerana aku seorang food hunter, tekak selalu nak makan. dan tekak aku nak makan sate, bakso dengan roti jala. dan kebetulan esok ada open house yang ada 3 menu ni tapi aku cuma dapat pergi 1 je, yang bakso. roti jala dengan sate melepas. aku craving dari 2 minggu lepas. 


      kau nak kata aku gedik, katalah. asyik nak craving memanjang. aku sendiri taktau kenapa asyik nak itu ini je. dan aku taktau bila lagi nak cari makanan ni. takda rezeki agaknya hari esok. 

      N.F.A

      19 September 2011

      aku bangga dengan kek ni walau takde rupa kek


      as-salam.

      kenapa dengan kek? ini kek memang teringin nak jamah pada kawan kawan kat sekolah tapi tak sempat, dah habis. mak cakap ini kek warisan. hanya kaum kerabat aku sahaja yang ada experience merasa kek ni.

      ada 3 layer. bawah sekali coklat, tengah aku taktau tapi warna pink merah gitu dengan atas sekali krim. krim apa pun aku taktau, lepastu tabur kelapa. 


      kenapa aku banyak taktau resipi? sebab nak buat kemain leceh dan aku hanya pandai order dan makan. =)


      N.F.A


      tautan hati antara kita


      as-salam.

      tajuk gempak? tak sangat. sebenarnya dah lama nak update pasal ni tapi tak sempat kakjah oi. sibuk. okey sebenarnya tajuk dia hanyalah TAUTAN HATI. 'antara kita' tu aku tambah je sebab dia tautkan hati dan rapatkan ukhwah sesama saudara. 

      apa Tautan Hati? sebenanrnya ini novel. iya novel. aku tau dah nak spm tapi sibuk lagi dengan novel. tapi ini novel bukan macam yang hot hot zaman sekarang. ini tautan hati dengan pemilik dunia akhirat ni. banyak mesej lagi lagi pasal cinta pada yang Satu. bukan cinta sesama manusia. pasal tarbiyah, usrah, halaqoh, mualaf. banyak lagi. novel ni senior aku bagi pinjam. terima kasih!

      'bertemu cinta dalam halaqoh, hidup lebih indah terarah, menyulam tautan hati kerana Allah, terpaterilah ikatan akidah.'





      p/s: Selamat Hari Jadi, Atikah Affendi!




      N.F.A


      18 September 2011

      apa apa apa



      if somebody asks me 'what do you want if you obtain excellent results?'

      i would answer 'i want a flight ticket to New Zealand or braces.'


      14 September 2011

      supplier coklat yang terunggul


      as-salam.

      siapa supplier tu? biasanya kat rumah tapi kat rumah tak payah cerita. semua rumah ada makanan. tapi yang ini memang best. atok aku lah supplier coklat yang terunggul. dari kecil sampai besar, memang kalau datang rumah atok, tempat pertama pergi adalah dapur dan benda yang pertama disentuh haruslah peti sejuk kat rumah dia. [bagus punya cucu]

      oh, atok tinggal sorang. dia kata dia sengaja beli coklat banyak banyak untuk cucu cucu dia yang datang atau sesiapa pun. dan coklat yang paling jadi idaman dia sejak berzaman dulu tentunya Cadbury dengan KitKat.Cadbury kan macam macam jenis. nanti datang, coklat yang ini. minggu depannya datang coklat yang itu pulak. sedap sedap sedap. rumah atok dah macam kedai makanan free pulak =)

      dan atok jugak suka beli biskut. dulu Chipsmore lah yang paling digemari tapi sejak ada Jacobs ni, atok suka juga. jadi bila datang rumah, yang ada kebanyakannya coklat dengan biskut ohh dengan air tin. atok tau cucu dia semua penggemar air nescafe dengan milo. jadi 2 jenis air tu akan selalu terperuk dalam peti sejuk dia. 

      manalah aku tak rasa heaven habis bila duduk dekat rumah dia. sebab atok adalah supplier makanan dan minuman yang terunggul.




      N.F.A


      13 September 2011



      bila hari esok adalah killer subject, tapi hari sebelumnya kau mendapat satu nikmat yang tak terperi rasa 'masyuknya' , itu adalah sangat AWESOME okay.

      12 September 2011

      lagi lagi lagi OMG


      as-salam.  


      OMG tu aku copy pulak dari Joe. actually, i got lots of things to story story here. memandangkan sedang menghadapi minggu kira kira ni, i have to stop blogging for a while though i know that im blogging rite now. eh who cares? kena tunggu minggu hectic ini habis dahulu baru aku coret coret dekat sini. buat masa ni kalau terasa nak post entri pun, aku pakai copy copy orang punya. hehehe =)


      N.F.A

      hari ni kita copy paste je okay


      as-salam.

      KULIT LELAKIKU YANG HARAM.

      Assalamualaikum WBT

      Bangun sahaja dari tidur, kukira hati terus tedetik. Mampukah aku jadi Muslim yang baik hari ini? Berada dalam kelompok manusia yang berlainan jantina dalam kadar yang banyak merupakan satu cabaran yang hebat. Lebih lebih lagi, sejumlah besar rakan satu cohort (batch) ku 80% wanita. Belum lagi termasuk pembaca pembaca blog yang kukira juga banyak gadis gadis yang meninggalkan komen dan jejak. Jarang sekali menerima email dari lelaki.  Aku sangat sedar akan hakikat dugaan ini.


      Dunia maya itu cerita lain. Kali ini kita bercerita mengenai liku dalam pergaulan seharian. Kerap kali malu bila tergelak ketawa melebih, menerima tepukan secara tak sengaja dari wanita walau berlapik. Ini situasi yang cukup 'awkward' dan sangat tidak selesa bagi diriku kini. Kadang kadang rasa seperti tidak mahu keluar bilik, bersosial, terutama bila benda begini berulang. Susah bila ada perempuan dalam satu situasi.


      Kalau dulu, senang rasa selesa, tapi kini, hati mesti bergetar kencang bila dirasakan hanya aku seorang dikelilingi oleh kaum hawa dalam suatu situasi. Batasan pergaulan dirasakan adalah satu isu yang sangat rumit. Ada yang kata begini, ada yang kata begitu. Ini cabaran yang berat. Kadang kadang kita faham akan batasan tapi tidak pula orang yang bergaul dengan kita. Aku cuba berkias, melahirkan mimik muka yang tidak senang tapi gerangan yang bernama wanita masih tidak faham.


      Awak, sentuh saya haram. Awak bukan muhrim saya. Walau sedikit pun terkena kulitnya. Lepas disentuh yang susahnya saya tertanya tanya apa yang saya perlu buat? Serius saya rasa bersalah, sangat. Kalau disentuh babi dan anjing boleh lagi disamak. Tapi kalau sentuh awak? Bertambahlah titik hitam di hati saya. Jadi, baik saya sentuh babi. Ironi bukan? Babi, anjing kalut dipersoalkan keharamannya. Sesama kita? Kita butakan mata, seolah tiada rasa berdosa. 'Alah tak pe lah sikit je pun'. Sikit, banyak, dosa juga.

      Berlapik bila tertepuk. Tapi.. aku masih rasa tak selesa sebab? Itu aku kira sudah bibit bibit yang akan menerbitkan rasa normal bila disentuh. Harus sedar syaitan itu licik. Mula mula berlapik, lepas tu bertepuk bagai tiada dosa. Syaitan memang bijak. Nauzubillah. Kulit ini hak milik Allah, satu. Dua, kehormatan kulitku untuk bakal isteriku. Ketiga, aku muak dengan dosa begini mengotorkan hatiku sedang aku bersusah payah untuk bermujahadah dengan perjuangan yang jauh lebih signifikan dari isu pergaulan. Isu disentuh oleh yang bukan muhrim perlu diselesaikan dengan kadar yang segera.

      Aku juga silap, diakui. Aku takut menyuarakan hak diriku. Hak untuk tidak mahu disentuh dengan murah. Ini berkenaan dengan harga diri aku juga. Mungkin aku patut memberanikan diri. Please, stay two hundred meters away from me. I wish. Pakai glove la pergi mana mana. Ini juga mungkin cabaran, dugaan, yang susah. Susah itu sebabnya nilai syurga yang tinggi. Haruslah aku bertahan. Iye post ini untuk wanita wanita yang bukan muhrim yang semenjak aku baligh yang aku tersentuh kulitnya. Maaf maaf maaf. Aseef. Tak semestinya muka normal ketika tersentuh itu aku menerima dengan terbuka, dalam hati, Allah sahaja yang tahu bergelora dan sangat kecewa bila aku gagal menjaga hak kulitku sekali gus, memusnahkan batasan benteng pergaulan. Gagallah aku menjadi Muslim yang baik bila tersentuh dengan wanita yang bukan muhrim dalam hari itu.



      ini bukan post dari aku. sekadar copy paste dari blog seorang lelaki ni. inilah post yang paling aku like. 
      N.F.A

      10 September 2011

      taknak !!!


      as-salam.

      adalah sangat best apabila duduk rumah seorang diri. tapi ia bertukar sangatlah tidak cool bila orang datang beraya ramai ramai sebanyak 3 KERETA dan aku hanya seorang diri, tanpa mak bapak di sisi yang membantu. 

      aku tengah duduk depan laptop, tetiba jiran aku bukak tingkap depan jerit nama aku. aku punya terkejut sampai terangkat bahu. terus jadi nervous tau. lepastu dia cakap ni haaa sedara datang. aisehh, orang kulai. masa tu cuma 1 kereta tapi aku masih agak ada lagi 2 kereta sebab diorang kalau beraya setiap tahun memang standard 3 kereta. 

      aku tengah berpakaian yang sangatlah tidak ayu, so aku berlari tukar baju, sambut orang datang. dah lah semalam macam panas. berpeluh okay! nasib baik ketiak tak basah sebab guna Perspirex . nasib baiklah rumah tak bersepah sangat. aku called parents aku banyak kali, susah betul nak angkat sebab diorang kat larkin, hantar kakak aku naik bas. 

      so aku gunakanlah kemahiran aku sebagai anak dara, buat air, sediakan kuih raya. tapi ini memang memalukan sebab aku tak dapat overcome nervous aku, so tangan aku sejuk dan macam menggigil sikit tau. bila nak tuang air, menggigil jap tapi tak lah teruk sangat kegigilan tu. eheee tak senonoh. tetiba je rasa macam menyesal pulak tak ikut mak bapak aku. dan bila bapak aku angkat call aku, inilah dialognye.


      aku: abah, orang kulai semua datang ni. baliklah cepat. 
      bapak: eh, bas kakak kau ni tak sampai lagi. nantilah. 
      aku: alah, tinggalkan jela kaklong dekat situ. balik cepat. dah taktau nak buat apa ni. ramai la!
      abah: eh cakaplah dengan diorang, mak abah takde.
      aku: eh, diorang dah masuk rumah la. takkan nak halau keluar pulak.
      abah: hah, pandai pandai kau lah layan diorang. abah tak sempat nak balik awal ni. buat jela apa yang patut. ni kakak kau nak cakap.
      akak: kihkihkihkih.. padan muka kau fana. kau dah lah tak suka nak beraya rumah orang kan, sekarang kau lah yang kene melayan orang beraya. hahahaha. tu la lain kali dengar cakap aku. doa orang yang teraniaya sentiasa termakbul. 
      aku: ah belah la kau. dah aku nak buat air. heh. 


      diorang semua ketawakan aku kot. sebab diorang tau aku tak reti nak melayan orang. tetiba, hamikk kau. 3 kereta sekligus datang untuk kau. maunya tak berpeluh je kerja badan kau. terkejut tau. terus cari alasan nak bawa diorang semua pegi rumah sepupu lagi sorang dekat taman mawar. hehehe, takdelah aku tepu dekat rumah nak melayan sorang sorang. :)  


      to conclude, bila bulan Syawal ni, stand by je la kemungkinan orang nak beraya bila bila masa je. jangan kelibut macam aku.


      N.F.A


      03 September 2011

      kaya kaya kaya $$$


      as-salam.

      kita nak jadi kaya ada 3 cara. 

      1. generasi.  kekayaan turun temurun dari datuk ke bapa ke anak dan seterusnya.
      2. titik peluh. bekerja keras, siang malam cari untung yang hanya sekejap menjelma lepastu hilang kalau lalai. penat.
      3. ilmu. belajar dari kecil sampai besar atau sampai bila bila, dapat kerja yang sesuai, gaji yang lumayan, hidup senang. inshaAllah.

      terima kasih, atok. =)

      salam aidilfitri,
      N.F.A


      02 September 2011


      ini special untuk Kina dengan Joe. 







      N.F.A

      27 August 2011

      salam aidilfitri & selamat hari Merdeka !


      as-salam.

      esok nak balik kampung. bukan malam ni. jalan mesti jem. malam raya mesti penuh sibuk orang main bunga bunga cinta api dengan mercun. sekarang ni aku tak suka tengok orang main mercun. bising! 

      SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN !


      SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA !


      SELAMAT BACA BUKU UNTUK TRIAL !


      N.F.A

      pesanan dan nasihat tersentap dari abang kakak besar


      as-salam.

      tadi baru je post 1 entri. tetiba datang lagi yang baru. sengaja nak post yang pendek. aku peduli apa. dah lama tak update. eh balik pada tajuk. okay, nasihat apa? alaa nasihat biasa je cuma kesian pulak dekat diri sendiri. kenapa? sebab ......

       
      dan 


      kau tengok. dua dua serupa je pesanan. BELAJAR HIDUP SUSAH. mentang mentang dah besawww. 


      baiklah, oleh kerana anak bongsu sangatlah tidak cun apabila hentak hentak kaki bila tak dapat sesuatu, maka aku kena usaha sendiri dan perlu sentiasa bajet cooooooool kerana anak bongsu sangatlah macho, kan kina kan ziera? bukan seperti anak sulung, kan joe kan sarah kan dyna? =)


      N.F.A

      sekurang kurangnya




      aku tahu ada orang yang menangisi pemergian aku.

      taken from Jo's blog. haiyoo, bila masa aku dah takda?


      sebenarnya saja nak pesan dekat orang tu yang berlagak waist dia kecik, biar buruk rupa tapi jangan pekak telinga okey. hehehe


      N.F.A

      26 August 2011

      cuti cuti cuti


      as-salam.

      tajuk bukan kemain lagi. hell-O, aku tak raya tahun ni. sebab tak rasa pun nak raya. aku sendiri tak percaya lagi 3 hari je nak raya. rasanya macam kejap je puasa ni. 


      oh oh hi babes, i went to singapore the other day [bilakah the other day tu]. dan paling membanggakan, aku naik public transport. atau lebih senang, AKU NAIK BAS! aku naik bas tau. mesti tak percaya kan. kawan kau ni berjalan naik bas, tak pernah pernah. *ehemm, pernah cuma berapa kali je* sebagai seorang pelancong berbajet dan ala ala skema, haruslah berbangga diri apabila mampu membaca map untuk berjalan jalan. 


      berbekalkan semangat ala kadar, turun pegi esplanade dan jalan dan jalan dan jalan tetiba sampai dekat marina bay. okay penipu kot sebab kitorang jalan pakai redah je, tak sempat dan taktahu pun apa tempat tu. 

      since singapore maju sikit, kitorang bantai naik MRT yang mencekau duit aku serba sedikit. berhimpit sana sini, dengan kena pegang palang besi. boleh imagine tak berapa banyak bakteria ke fungus ke dekat setiap inci besi tu? nampak je bersih tapi semua tangan dah pegang. kotor okay! time tu la rasa nak hantuk kepala sebab tak bawak sanitizer. okay enough. 

      lepastu terus berjalan macam nak tercabut kaki tapi diamkan je sebab takut kena marah [eeee pengecut]. tengah nak save budget, boleh pulak beg aku buat hal nak koyak sikit sikit. patutlah sebab berat! jadi terpaksa melayangkan lagi wang untuk beli beg. lepastu oleh kerana sisterly bond antara kami kuat, beli baju sama pattern untuk kelihatan ideal bila bersama. tengok, sweet kan? o.O
       
      dah, kronologinya, JB central -> Newton -> Esplanade -> Chinatown -> Newton -> JB central -> rumah.

      1 kebanggaan bila semua ni naik public transport je. lepastu test skill dekat sana. skill apa? macam macam skill. =)



      hi, itu peta!



      tengok seat dia, takde lubang lubang atau kotor kotor. 1 sampah pun takde sebab tu dengan rela hati naik bas :D

      okay dah. singapore je pun. bukan ke jepun ke aussie ke new zealand ke nak tayang banyak. salam ramadhan.


      N.F.A



      22 August 2011

      news from bunga


      as salam.

      alkisah, aku tengah potong cincau lepastu tengok handphone ada '1 new message' . 


      lega hati aku baca mesej dia :)
      dan dan dan

      ye gojeslyrajin lahhhh Joanna


      okay dah tu je nak update. Joe, tesl !


      N.F.A




      21 August 2011

      as salam



      macam tak percaya, lagi berapa hari dah nak raya. lepastu nak trial. kejapnya rasa. takpelah, masa dah nak tiba pun kan. hari tu terbaca 1 status ni.



      tiba tiba aku teringatkan arwah dengan keluarganya waktu dekat icu. arwah pun meninggal dekat icu. haritu aku mimpikan arwah. rasa macam sayu je sebab tak dapat tengok dia lagi. 


      N.F.A


      12 August 2011

      this entry is quite sensitive


      as-salam.

      daripada tajuk di atas, sekarang ni tak ada yang sensitif lagi sebab isi yang lain dah pun dibuang atas sebab hati perempuan sangat rapuh. boleh gitu? tidak. sebab boleh menimbulkan spekulasi lain dah titik


      aku terharu bila sebelum berpisah dia cakap, 'Allah bagi kita akal untuk berfikir dengan waras. Allah bagi nikmat kecantikan untuk dijaga sebab Allah boleh tarik nikmat tu. cantik dekat luar, biarlah cantik dekat dalam sekali. baru cantik imej kita. jangan senang lupa diri. jadi diri kau yang sebenar walaupun ramai orang tak suka kau. kau boleh buat pilihan untuk hidup kau. tak perlu ikut orang. ingat, jadi diri yang sebenar. aku sentiasa ada dengan kau sekalipun 1 dunia bencikan kau. ingat Allah sentiasa sebab dia selalu berada dengan kita walau kat mana pun kita berada!
       

      p/s: pesanan ni dibuat berdasarkan topik yang aku dan seorang kawan lama bualkan. topik bukan soal hati dan perasaan tapi soal isu agama. yang dah tahu je yang paham. terima kasih kerana menegur.


      N.F.A

      10 August 2011

      tengok dan ingat !





      'kau ni macam hari isnin. ramai yang tak suka kau.' guys, this is MY blog. not yours! so, please people, leave this blog if you think it annoys you. i.really.dont.welcome.the.people.who.only.know.how.to.condemn.others but never looked at their own mistakes. so, thank you for your cooperation. and please, dont act like a brainless person okay? it would annoy me the most.

      yours truly,
      N.F.A