03 December 2011

faktor kenapa badan jadi makin kembang


... atau lebih tepat lagi buncit.

ni untuk diri sendiri la. faktor faktornya adalah :

  1. mak punya masakan sedap sedap. lepastu mak masak tiap tiap hari melainkan kalau ada banyak jemputan kahwin, dia takkan masak sebab mak bawa banyak makanan balik nanti. lepastu mak masak macam anak dia sekarang kat rumah ada 10 orang. dan 10 orang tu adalah aku sahaja di rumah.
  2. abah kalau belanja barang, memang stok untuk 1 bulan terus tapi oleh kerana anak yang sorang kat rumah tu jenis perut banyak space, stok 1 bulan boleh jadi setengah bulan je. cukup dekat nak masuk akhir bulan, semuanya dah habis gara gara si kecil ini :)
  3. kalau kakak balik rumah, wahh dia rajin ke dapur. tau pukul berapa? pukul 8 malam ke atas biasanya. dan haruslah aku suruh dia masakkan lebih untuk diri ini. kan orang cakap jangan makan selepas pukul 8 malam tapi degil.
  4. kalau datang rumah atok, haruslah tibai segala coklat yang ada dalam fridge nya. lepastu rumah atok biasanya menjadi tempat perjumpaan makcik pakcik semua. jadi bila semua datang, semua bawa makanan dari rumah atau beli makanan dekat luar. kalau beli bukan sikit, tapi banyak. kalau buang, membazir jadi sumbat juga semuannya dalam perut.
  5. oleh kerana mulut ni jenis yang tak sah kalau tak mengunyah, jadinya setiap kali bosan, pergi dapur untuk korek apa apa yang boleh dikunyah atau lebih tepat lagi dimakan. 
  6. kalau makan 1 pinggan, takkan ada 1 butir nasi yang tinggal atas pinggan. semua licin. tak kiralah makan apa pun, yang penting licin. ehem ehem, membazir kan tak elok.
okay ini je kot faktor kenapa kembang terrr-menjadi pilihan diri ini. 


N.F.A

      3 comments:

      Amirah said...

      farhana sayanggggg :D
      haha this is normal for a school leaver... cewahhh. rindu i kat you :)

      JO said...

      buncit ;P

      Nurfarhana said...

      amirah : uii sayang! rindu juga la. bila nak jumpa? dah freeeee ni.
      ehhehe.

      joe : it's normal. 1 day i'll make sure i jadi kurus. :)