20 January 2012

semua lesen kau punya?


as-salam.

amik test ni senang. passed!
a good daughter. tak bazirkan duit bapak.

bila sampai part driving, menggelupur semua sendi. drive sebelah bapak, relax je. drive sebelah cikgu, berpeluh tangan. kategori basah maaa. hehehe geli tau. nak buat macam mana. nak kata kene marah, tak pernah pun kene marah dengan diorang. 

but seriously, diorang sangatlah penyabar. masa amik L practical, dapat cikgu lelaki. cikgu gatal! miang! cikgu yang aku taknak tu lah cikgu yang aku dapat. dugaan! dah la buat masa tengah hujan, duduklah berdua dalam kereta. pegang apa ikut suka hati dia. amboi! miang punye orang tua. muka suci tapi perangai, hmppphh. hantu betul. tapi dia ajar, sabar je dengan aku yang tak paham bahasa. 

tapi tadi belajar 2 jam, pun dapat cikgu lelaki jugak tau. aku tengok muka macam orang pecah rumah. dalam hati dah seriau takut. 'janganlah aku kena lagi sekali'. dalam hati berdoa tau. masuk kereta, aku diam. takut! bila dia mula mengajar, alhamdulillah. dia tak gatal! dia baik. tak amik kesempatan macam cikgu yang lepas. aku lega! 

drive dekat highway pun, aku tak yakin tapi dia yakinkan aku. setiap kali traffic light, memang panik. haruslah kereta terberhenti. menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain yang penat baru balik kerja. sebab aku balik masa waktu puncak orang balik kerja. jadi, bila kereta terberhenti, kereta dekat belakang aku haruslah tak boleh berjalan. siapa suruh kau beratur belakang aku? lepastu nak hon hon. kihkihkih kesian. tapi diri ini lagi malu. tapi best drive dari seri alam terus balik rumah sendiri dekat TPP ni. sila kira berapa banyak traffic light yang ada sepanjang perjalanan.

tapi bila aku fikir balik, aku rasa aku lebih rela cikgu perempuan dari lelaki. walaupun dia baik, ramah, tak miang, tapi eloknya cikgu perempuan. kalau kena bebel ke apa, kenalah tahan. bila lelaki ni, pasti akan ada jugak tersentuh satu sama lain. leceh tau. semua benda nak kene jaga. jadi aku ni susah sikit, aku tak boleh nak fokus sangat kalau takut. sebab tu la kepala otak melayang entah ke mana bila drive tadi.


eh dah habis bebel. bukan korang baca habis pun. eh masin tak mulut aku masa previous entry? aku kena masak esok woiiii. be prepared! chef farhana comes to the rescue. 


N.F.A

2 comments:

ZanaNatasha said...

fana, kau ambik kat berjaya ehh? aku pon tengah dedor ni nak bawak kereta acane. Hewhew. ok dakk?

Nurfarhana said...

bole la cuma kalau jadi aku ni mmg sntiase nervous. takut2 je nak bawak.