21 July 2011

engkau pergi juga akhirnya


as-salam.

semoga kau berehat dengan tenang dan aman dekat sana, InshaAllah. sakit yang kau tanggung dah terlerai. beban yang kau tanggung dah takda. perjalanan kau masih jauh dekat sana. berehatlah buat selama lamanya. doa kami sentiasa mengiringi kau. kau pergi juga akhirnya, Farhah. kau tinggalkan kami semua... Allah lagi sayangkan kau. semoga kau bersemadi dengan rahmat-NYA. amin. Al-fatihah buat Farhah Fakhira bt Azli.


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia

Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati

 
 
N.F.A

No comments: