22 July 2011

malang tu memang takkan pernah ada bau


as-salam.

kalau korang baca my previous entry, mesti korang tau yang kawan lama aku meninggal. sebab eksiden. arwah pergi masa usia muda. aku takut pulak bila terfikir turn aku bila pulak. eksiden tu teruk jugak sebab tu lepas eksiden arwah terus masuk icu lepas buat operation dekat kepala sebab ada pendarahan dekat situ. kereta yang arwah naik tu kena langgar dengan lori pasir. tempat mana arwah duduk tu lah tempat yang paling teruk. tengok gambar pun tak sanggup dah.


dekat seminggu arwah dekat icu, lepastu doktor cakap arwah dah takde harapan jadi masa hari rabu lepas, arwah meninggal. dalam pukul 9++ malam. aku rasa ralat sangat masa tu sebab masa pukul 6 lebih tu aku datang dengan kawan kawan lain sebab nak melawat untuk kali terakhir. aku dengan kawan kawan lain tetap tak dapat tahan air mata tu dari berjurai sebab kitorang tengok keadaan arwah teruk sangat. banyak sangat mesin dalam bilik tu. masa tu aku nampak muka family arwah dah redha. aku tahu diorang kuat.


jadi, kitorang ni sebagai kawan arwah rasa lagi tak sedap bila tak pegi hari pengebumian arwah. kitorang dah datang jumpa pihak atasan, merayu rayu, sampai dah meleleh air mata semua, sampai ada yang mengamuk tapi tetap dia tak bagi. aku malas je nak tepek dialog dekat sini sebab kelas aku ramai sangat stalker.


at last, jumpa pk pentadbiran, baru dapat permission. terus dia bagi sebab dia paham. orang yang tak pernah rasa hilang kawan baik memang takkan pernah paham. sebab tu agaknya susah sangat nak bagi izin. kitorang ke rumah atok arwah sebab jenazah akan dikebumi dekat situ. masa aku sampai, entah kenapa kaki aku dah menggigil. jenazah belum sampai lagi masa tu. lepas beberapa minit, baru sampai.


dari keluar van sampailah arwah diletakkan kat dalam rumah untuk penghormatan yang terakhir, air mata ni macam dah lama beno tak keluar. dah berjurai jurai dah kitorang dekat situ. dan lagi, aku rasa tak sia sia bila keluar sekolah masa tu sebab tu la chance aku untuk tatap muka arwah buat kali terakhir. aku sempat cium arwah dekat dahi dengan pipi. tapi sebelum tu, aku dah kesat kesat dah air mata. jangan ada setitis pun dekat muka arwah. sejuk macam ais aku rasa. beku. sedih sangat masa tu. memang dah tak boleh tahan lagi dah air mata tu. kaki aku pun asik menggigil. lagi sebak bila aku tengok solat jenazah. ramai kawan kawan arwah datang termasuk classmates aku jugak. 


yang laki laki muka masing masing dah tunjuk yang diorang sedih cuma takkan nak keluarkan air mata macam perempuan kan. lepastu kitorang balik masuk sekolah semula tengok ada pulak kawan lain yang takde. rupa rupanya diorang semua pun keluar pegi ramai ramai ke sana sebab nak pegi kubur arwah. 


lepastu pagi tadi, kena panggil semua yang keluar tu sebab cabut. ye kitorang admit main keluar gitu je. nak tau sebab apa? sebab sekolah hanya bagi 2 wakil SAHAJA. jadahnya 2 orang je. habis yang lain? tu yang masing masing dah tak fikir risiko, terus keluar. berani buat berani tanggung. kitorang tanggung sama sama sebab memang kitorang dah libatkan diri. kitorang mengadap cikgu disiplin. kitorang mintak orang atasan faham tapi takde pun yang paham. ye kitorang takde kuasa sebab tu kitorang buat kuasa sendiri. SEBAB KITORANG TAKNAK LEPASKAN PELUANG UNTUK TENGOK WAJAH ARWAH BUAT KALI TERAKHIR. SEBAB DALAM 5 TAHUN MASUK SECONDARY SCHOOL, BERAPA KALI JE KITORANG BERJUMPA SEBAB DIA DUDUK ASRAMA. SEBAB KITORANG NI BERKAWAN DARI SEKOLAH RENDAH, BUDAK HINGUSAN LAGI. SEBAB KITORANG VALUE FRIENDSHIP KITORANG DENGAN ARWAH. tapi orang tetap nak pandang serongkan. 


cikgu: awak dengan kawan awak semalam kan dapat surat pelepasan. buat apa dekat sini. pergilah balik kelas semula.
aku: takpelah cikgu. saya sama sama dengan diorang sebab kitorang semalam sama sama pegi ke sana. 
[plan ni dibuat sama sama. takkan bila kene hukuman taknak sama sama? aku ready tanggung sama sama.]


sampai sekarang aku asyik teringat persitiwa aku cium arwah sebelum dikebumikan. sampai sekarang aku ingat lagi rasa sejuk beku muka arwah. rasa sedih masa duduk sebelah tubuh kaku arwah. rasa terkejut masa orang bagitau arwah dah pergi. may your soul rest in peace kawan!



N.F.A

3 comments:

Amirah said...

ingat pada kematian tu sesuatu yang sangat bagus fana. supaya kita sedar betapa singkatnya masa n sedar kesilapan kita. so hargai lah masa yg ada selagi sempat.

aku call kau and mesej adik aku pun menggigil tangan.

semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org beriman.

dafina said...

aku taw bnda ni mase kat ostel..aku bwk fon..aku bgun subuh2 tgk ade msg..ingtkn pkwe aku na wish morning..tp dikjotkn ngn brita ni..sumpah 1 ary suntokk aku ilang mud.....sdeyhh..tekilan sbb x dpt jumpe farhah :(

Nurfarhana said...

mya: masa kau call aku tu aku dah sebak gila. sbb tu dah teresak esak dah. macam still tak pecaya weh.


dafina: sama la. hari esoknye kitorang semua terpaksa plan ramai2 cabut sbb nak tgk arwah buat terakhir kali. nk tunggu balik sekola mmg harapan. so kitorang terpaksa pegi time sekola.