26 August 2011

cuti cuti cuti


as-salam.

tajuk bukan kemain lagi. hell-O, aku tak raya tahun ni. sebab tak rasa pun nak raya. aku sendiri tak percaya lagi 3 hari je nak raya. rasanya macam kejap je puasa ni. 


oh oh hi babes, i went to singapore the other day [bilakah the other day tu]. dan paling membanggakan, aku naik public transport. atau lebih senang, AKU NAIK BAS! aku naik bas tau. mesti tak percaya kan. kawan kau ni berjalan naik bas, tak pernah pernah. *ehemm, pernah cuma berapa kali je* sebagai seorang pelancong berbajet dan ala ala skema, haruslah berbangga diri apabila mampu membaca map untuk berjalan jalan. 


berbekalkan semangat ala kadar, turun pegi esplanade dan jalan dan jalan dan jalan tetiba sampai dekat marina bay. okay penipu kot sebab kitorang jalan pakai redah je, tak sempat dan taktahu pun apa tempat tu. 

since singapore maju sikit, kitorang bantai naik MRT yang mencekau duit aku serba sedikit. berhimpit sana sini, dengan kena pegang palang besi. boleh imagine tak berapa banyak bakteria ke fungus ke dekat setiap inci besi tu? nampak je bersih tapi semua tangan dah pegang. kotor okay! time tu la rasa nak hantuk kepala sebab tak bawak sanitizer. okay enough. 

lepastu terus berjalan macam nak tercabut kaki tapi diamkan je sebab takut kena marah [eeee pengecut]. tengah nak save budget, boleh pulak beg aku buat hal nak koyak sikit sikit. patutlah sebab berat! jadi terpaksa melayangkan lagi wang untuk beli beg. lepastu oleh kerana sisterly bond antara kami kuat, beli baju sama pattern untuk kelihatan ideal bila bersama. tengok, sweet kan? o.O
 
dah, kronologinya, JB central -> Newton -> Esplanade -> Chinatown -> Newton -> JB central -> rumah.

1 kebanggaan bila semua ni naik public transport je. lepastu test skill dekat sana. skill apa? macam macam skill. =)



hi, itu peta!



tengok seat dia, takde lubang lubang atau kotor kotor. 1 sampah pun takde sebab tu dengan rela hati naik bas :D

okay dah. singapore je pun. bukan ke jepun ke aussie ke new zealand ke nak tayang banyak. salam ramadhan.


N.F.A



No comments: