haisyyy, kenapa lately ni asik la nak malas bermalasan je? lagi lagi bermalasan atas katil. eh, bukan, bermanja manjaan atas katil. haaaa, baru betol. last week, seminggu direct aku terrrr-tido petang. mana taknya, kepenatan yang amat amat sangat. kalau bangun sebelum asar, takpe lah jugak. kadang kadang terlajak sampai lepas asar. tahu la tido lepas asar tak bagus, tapi terrr... okayyy. nanti otak boleh transform jadi lembab, pelupa plus boleh jadi malas! apakahh?
nak berkongsi sikit maklumat ea. sikit je tak banyak pon :
Tidur ada yang membawa kebaikan ada juga yang membawa keburukan. Banyak tidur boleh mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan cepat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang bermanfaat, ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Tidur yang bermanfaat adalah tidur ketika diperlukan. Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Dibimbangi tertinggal waktu sembahyang subuh kerana tidur lewat malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di waktu pagi atau waktu petang. Tidur pada tengah hari amat digalakkan walaupun sekejap kerana dapat memberikan kesegaran pada badan. Tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari adalah tidak digalakkan kerana waktu itu adalah waktu awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibahagi-bahagikan rezeki, saat diberikan barakah. Begitu juga tidur waktu petang tidak digalakkan boleh menyebabkan cepat lupa serta malas.
yeee, tu yang aku maksudkan untuk mukadimah aku kat atas tadi. lepastu kan, bila dah bangun tido mesti wajib tengok jam dah pukul berapa. lepastu, 'damn, terlebih ni'. haisyyy, sangat mengeluh di sini. *sigh
dah apa apa lah yang kau merepek ni budak? dah takde point la tu nak bercakap. eheeeee... mood sekarang sedang *wink wink* sebab mulot tengah nyonyot LOLIPOP coklat yang ketiga pada hari kedua ini. haa, detail tak?
THE END !
*sorry buang masa kalian*
N.F.A
No comments:
Post a Comment