12 June 2011

kalau dah dididik, mesti terbentuk


as-salam.

tajuk ni sebenarnya saja nak bercerita perihal sepupu sepapat kita semua. 


kenapa kita cakap sepupu sepapat? sebab kita nampak perbezaan sesetengah sepupu kita semua. dulu dengan sekarang dah lain. bukan dari fizikal je, dari mental sekali. kita cerita 1-1 ea. ni belah mak dulu. mak ada 4 adik. adik mak yang kedua ni dah ada 3 anak. semua anak dia hantar ke sekolah agama. baik yang sekolah rendah atau menengah. diorang dihantar ke sekolah agama harian. bukan sekolah menengah biasa macam kita kita ni. sekolah yang masuk pagi balik petang tu.


okay, apa masalahnya? takde masalah pun. cuma nak cakap didikan dekat sekolah agama sangat berbeza dengan sekolah biasa. maksudnya, mereka lebih diajar tentang batas batas pergaulan. tentang ilmu ilmu agama yang lagi mendalam kot. dan perbezaan yang kita cakapkan tu jelas nampak masa makan malam tadi.


okay, 2 buah keluarga makan kat kedai. total semua lapan orang. dan kebetulan dia duduk sebelah kita. mula mula kita toleh, kedudukan kitorang sama je macam yang lain. tapi bila toleh sekali lagi, kita tengok dia duduk jarak lagi dengan kita. kita paham yang dia memang nak elakkan kami bersentuhan sebab tu dia terpaksa jarakkan kerusi dia dengan kita. yelah, kami sepupu, maksudnya sama je yang kami bukan mahram. 


kita tak kecik hati dengan perbuatan dia. tapi kita kagum tengok perubahan dia. ingat lagi dulu kalau jumpa, mesti dia dengan adik adik dia salam tangan kitorang sebab kitorang ni pangkat abang akak dengan dia. tapi sekarang kalau jumpa, dia cuma salam parents dengan abang kita je. ye, dia cuma salam orang tua dan yang lelaki sahaja. tapi perubahan dia tu tak bermakna yang dia tak peramah dengan sepupu perempuan yang lain. kecoh dia tetap sama macam dulu cuma dari segi pergaulan dia dah banyak berubah. alhamdulillah.


yang belah bapak pulak lebih kurang sama je. cuma diorang belajar dekat sekolah menengah biasa macam kita. diorang ni memang dari azali dididik supaya jaga aurat. tengoklah sekarang bila dah besar. masing masing jaga perbatasan dan adab bergaul. yang lelaki jaga batas dengan sepupu perempuan yang lain. yang perempuan pulak, jaga batas aurat dengan yang lain. walaupun sepupu perempuan datang rumah, diorang tetap pakai tudung. i repat, sepupu perempuan, bukan lelaki.


kalau dengan sepupu perempuan pun diorang tetap bertudung dalam rumah, inikan bila pakcik pakcik dengan sepupu lelaki yang datang. bukan setakat bertudung, tapi diorang pakai baju t-shirt muslimah. atau paling tidak baju longgar lengan panjang. tengok, dididikan agama sempurna betul betul bentuk diorang. tapi tu juga tak bermakna diorang tak bercampur lelaki dengan perempuan. masih bercampur cuma diorang akan jaga batas pergaulan masing masing. hebat!


bila tengok diorang punya pergaulan, kita rasa sangat kerdil dan paling penting, kita malu! malu dengan diorang. dan persamaan mereka ni semua bila mereka bukan saja jaga perbatasan, tapi mereka jaga mulut. sepanjang kita hidup, kita tak pernah pun sekali dengar diorang sebut benda benda kesat. not even a single word! kita kita ni semua paling koman pun sebut perkataan 'sengal' kan. tapi diorang memang tak pernah sebut perkataan tu apetah lagi perkataan perkataan yang sangat kesat yang selalu orang sebutkan. 


tak usahlah kita nak mention those words dekat sini sebab kita sangat sangat yakin dan pasti yang korang semua tahu apa jenis perkataan tu semua. kalau kita marah atau geram, memang lepas perkataan perkataan tu dari mulut ni. kita tak sebut sebab kang tetiba kene banned. pulak dah lain cerita. pandai pandailah fikir perkataan b, s and etc. sebab tu kita cakap kita malu bila ada dengan diorang. terasa macam langit dengan bumi.


itu tak sentuh lagi pemakaian diorang. walaupun pemakaian memang tak rupa macam ustaz or ustazah tapi itulah yang sebetulnya pemakaian kalau ikut hukum lah. [okay malas nak sentuh isu hukum nanti lain cerita jadi]. pernah dengar kempen 'wear it right'? kalau pernah, cara pemakaian diorang lebih kurang macam tu. oh, diorang bukan old-fashioned. jangan fikir yang diorang jenis berbaju kurung selalu sebab antara diorang dengan kita, diorang lagi up-to-date. 


okay, dah habis cerita. terima kasih sebab baca sampai habis. bosan dak?


N.F.A


1 comment:

Amirah said...

Tak bosan! Meh cerita lagi. Orang tetap baca. Hehe. Btw, selamat kembali ke sekolh esok yeeeee