28 July 2011


my current situation



26 July 2011

kenapalah aku insan yang terpilih tu?


as-salam.

kalau dapat pilihan, aku bagi jawapan TIDAK tau. tapi aku tahu kene fikir positif sebab kot kot sebelum pegi beria cakap taknak masuk tapi bila dah lama dekat sana, beria pulak aku taknak balik. ah sudah. lain pulak cerita. lepastu yang lain dengki tau. tengok ni :


 ini lagi si pendengki tegar. ada cerita disebalik 'doa orang teraniaya tu'. sebab tu dia terjerit happy bila tahu akulah insan terpilih tu.


aku sentiasa berharap untuk dapat siri 1. Amin. eh eh, bagi korang yang tak dapat termasuk adik beradik aku, korang takkan rasa pengalaman yang berharga sekali seumur hidup tu melainkan kau join ATM. kehkehkeh *bangga*


N.F.A

24 July 2011

kita taktau perjalanan hidup kita sampai ke mana


as-salam.








mungkin begini. mungkin juga tidak. sebab kita tak tau what will happen next. 


N.F.A


22 July 2011

malang tu memang takkan pernah ada bau


as-salam.

kalau korang baca my previous entry, mesti korang tau yang kawan lama aku meninggal. sebab eksiden. arwah pergi masa usia muda. aku takut pulak bila terfikir turn aku bila pulak. eksiden tu teruk jugak sebab tu lepas eksiden arwah terus masuk icu lepas buat operation dekat kepala sebab ada pendarahan dekat situ. kereta yang arwah naik tu kena langgar dengan lori pasir. tempat mana arwah duduk tu lah tempat yang paling teruk. tengok gambar pun tak sanggup dah.


dekat seminggu arwah dekat icu, lepastu doktor cakap arwah dah takde harapan jadi masa hari rabu lepas, arwah meninggal. dalam pukul 9++ malam. aku rasa ralat sangat masa tu sebab masa pukul 6 lebih tu aku datang dengan kawan kawan lain sebab nak melawat untuk kali terakhir. aku dengan kawan kawan lain tetap tak dapat tahan air mata tu dari berjurai sebab kitorang tengok keadaan arwah teruk sangat. banyak sangat mesin dalam bilik tu. masa tu aku nampak muka family arwah dah redha. aku tahu diorang kuat.


jadi, kitorang ni sebagai kawan arwah rasa lagi tak sedap bila tak pegi hari pengebumian arwah. kitorang dah datang jumpa pihak atasan, merayu rayu, sampai dah meleleh air mata semua, sampai ada yang mengamuk tapi tetap dia tak bagi. aku malas je nak tepek dialog dekat sini sebab kelas aku ramai sangat stalker.


at last, jumpa pk pentadbiran, baru dapat permission. terus dia bagi sebab dia paham. orang yang tak pernah rasa hilang kawan baik memang takkan pernah paham. sebab tu agaknya susah sangat nak bagi izin. kitorang ke rumah atok arwah sebab jenazah akan dikebumi dekat situ. masa aku sampai, entah kenapa kaki aku dah menggigil. jenazah belum sampai lagi masa tu. lepas beberapa minit, baru sampai.


dari keluar van sampailah arwah diletakkan kat dalam rumah untuk penghormatan yang terakhir, air mata ni macam dah lama beno tak keluar. dah berjurai jurai dah kitorang dekat situ. dan lagi, aku rasa tak sia sia bila keluar sekolah masa tu sebab tu la chance aku untuk tatap muka arwah buat kali terakhir. aku sempat cium arwah dekat dahi dengan pipi. tapi sebelum tu, aku dah kesat kesat dah air mata. jangan ada setitis pun dekat muka arwah. sejuk macam ais aku rasa. beku. sedih sangat masa tu. memang dah tak boleh tahan lagi dah air mata tu. kaki aku pun asik menggigil. lagi sebak bila aku tengok solat jenazah. ramai kawan kawan arwah datang termasuk classmates aku jugak. 


yang laki laki muka masing masing dah tunjuk yang diorang sedih cuma takkan nak keluarkan air mata macam perempuan kan. lepastu kitorang balik masuk sekolah semula tengok ada pulak kawan lain yang takde. rupa rupanya diorang semua pun keluar pegi ramai ramai ke sana sebab nak pegi kubur arwah. 


lepastu pagi tadi, kena panggil semua yang keluar tu sebab cabut. ye kitorang admit main keluar gitu je. nak tau sebab apa? sebab sekolah hanya bagi 2 wakil SAHAJA. jadahnya 2 orang je. habis yang lain? tu yang masing masing dah tak fikir risiko, terus keluar. berani buat berani tanggung. kitorang tanggung sama sama sebab memang kitorang dah libatkan diri. kitorang mengadap cikgu disiplin. kitorang mintak orang atasan faham tapi takde pun yang paham. ye kitorang takde kuasa sebab tu kitorang buat kuasa sendiri. SEBAB KITORANG TAKNAK LEPASKAN PELUANG UNTUK TENGOK WAJAH ARWAH BUAT KALI TERAKHIR. SEBAB DALAM 5 TAHUN MASUK SECONDARY SCHOOL, BERAPA KALI JE KITORANG BERJUMPA SEBAB DIA DUDUK ASRAMA. SEBAB KITORANG NI BERKAWAN DARI SEKOLAH RENDAH, BUDAK HINGUSAN LAGI. SEBAB KITORANG VALUE FRIENDSHIP KITORANG DENGAN ARWAH. tapi orang tetap nak pandang serongkan. 


cikgu: awak dengan kawan awak semalam kan dapat surat pelepasan. buat apa dekat sini. pergilah balik kelas semula.
aku: takpelah cikgu. saya sama sama dengan diorang sebab kitorang semalam sama sama pegi ke sana. 
[plan ni dibuat sama sama. takkan bila kene hukuman taknak sama sama? aku ready tanggung sama sama.]


sampai sekarang aku asyik teringat persitiwa aku cium arwah sebelum dikebumikan. sampai sekarang aku ingat lagi rasa sejuk beku muka arwah. rasa sedih masa duduk sebelah tubuh kaku arwah. rasa terkejut masa orang bagitau arwah dah pergi. may your soul rest in peace kawan!



N.F.A

21 July 2011

engkau pergi juga akhirnya


as-salam.

semoga kau berehat dengan tenang dan aman dekat sana, InshaAllah. sakit yang kau tanggung dah terlerai. beban yang kau tanggung dah takda. perjalanan kau masih jauh dekat sana. berehatlah buat selama lamanya. doa kami sentiasa mengiringi kau. kau pergi juga akhirnya, Farhah. kau tinggalkan kami semua... Allah lagi sayangkan kau. semoga kau bersemadi dengan rahmat-NYA. amin. Al-fatihah buat Farhah Fakhira bt Azli.


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia

Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati

 
 
N.F.A

20 July 2011


its already 4 am and i still cant sleep. its not that aku tak ngantuk. sangat ngantuk okay tapi batuk aku jadi penghalang untuk setiap malam. each time i lay my head on my bantal wangi, batuk batuk datang  lepastu macam ada something yang hempap my chest till i cant breathe. apa nak buat? tidur duduk? still cant sleep la.



*******************************************
updated



i slept around 5 something. sakit dada aku main larung je. malas nak layan nanti bila masa aku nak tido. 
and this would be the reason kenapa sekarang aku boleh menaip entri walaupun jam baru 10.35 pagi. korang, sorry tak dapat join presentation harini.