19 May 2011

dialog hari tua. apakah?


salam. 

dialog hari tua. apa tu? okay fineeeeeee. sejak jadi tinggi [memang azali, alhamdulillah], sejak warna kulit berbelang sebab cuaca panas terik dan bila pakai tudung ibarat kuda belang dan sejak muka ni berjimba dengan jerawat, raaaaaaaaaaaaaamai yang tertanya tanya dengan umur kita. okay fineeee sekali lagi, muka kita tua.

contoh nak bagi korang nampak : 


pertama: tengah beli jambu dekat tempat tusyen. 

aku: nak jambu singgit.
polan: [sengih sengih]. akak kerja kat sini ke?
aku: eh taklah. akak belajar kat sini. nak spm tahun ni.
polan: belajar? 
aku: aah. saya tusyen kat tempat ni. tak sekolah ke?
polan: eh saya dah habis sekolah. 

fineeee, gua guna 'kakak' dengan polan tu sebab dia yang mula panggil akak dulu okay. rupa rupanya dia lagi tua dari kita okey. 


kedua: bilamana kawan bapak datang rumah lepastu tengok kita lepastu dialog dia:

pakcik: eh mal [nama bapak kita], anak kau ni jadi cikgu dekat mana?
bapak: cikgu apa, spm pun tak lepas lagi. 
pakcik: hah? lah yeke. tinggi bukan kemain lagi. ingatkan kerja jadi cikgu. tengok gaya macam cikgu je rupanya.
bapak: [ketawaaaaa]


okey, terus simpan impian nak jadi cikgu dan lupakan nak jadi doktor. boleh gitu? taklah. cuma bila fikir balik, setakat pakai baju kurung dengan beg tepi boleh nampak gaya cikgu ke? itu je. 


ketiga: bila berjumpa orang yang lagi rendah dari kita yang tak berapa rapat dengan kita yang tak pernah tahu menahu pasal kita, tetiba dia datang kat kita dia cium tangan kita sebagai tanda hormat orang muda kepada orang tua. walhal kita yang sepatutnya cium tangan dia sebab dia lagi tua dari kita. 


atau masa hari raya, bila datang rumah orang then salam tangan orang, orang tu tadah tangan dia dekat orang lain tapi dengan kita tak pulak. nanti dia terus tarik kita cium pipi kiri kanan pulak lepastu berborak macam dah lama beno kenal. okay finee, dekat situ je rasa teristimewa.


banyak lagi sebenarnya cuma lupa apa lagi contoh nak letak. konklusinya, kita memang tua dari umur sebenar k bye


N.F.A


3 comments:

Huzaifa Zahri said...

pure2 je jadi cikgu tuisyen bile kawan bapak tu tanye.
hehe..

Amirah said...

Yeke? Aku tak rasa pun. Haha. Bagi aku lesung pipit kau yg menawan yang *OH MY tu buat kau nmpak muda *jelezz ni. Ececece senyum sikitttt dong.

Nurfarhana said...

Huzaifah Zahri: pura2? aisehh, mane boleh nanti dia hantar sebijik anak dia suh diajar kang, nahas je.



Mya Shukor: memang la kau tak rasa yang. tapi orang lain rasa lain tau, sentap mak nyahhh. lesung pipit? alahh, tetap tak bole tutup mulot orang o.O