12 September 2011

lagi lagi lagi OMG


as-salam.  


OMG tu aku copy pulak dari Joe. actually, i got lots of things to story story here. memandangkan sedang menghadapi minggu kira kira ni, i have to stop blogging for a while though i know that im blogging rite now. eh who cares? kena tunggu minggu hectic ini habis dahulu baru aku coret coret dekat sini. buat masa ni kalau terasa nak post entri pun, aku pakai copy copy orang punya. hehehe =)


N.F.A

hari ni kita copy paste je okay


as-salam.

KULIT LELAKIKU YANG HARAM.

Assalamualaikum WBT

Bangun sahaja dari tidur, kukira hati terus tedetik. Mampukah aku jadi Muslim yang baik hari ini? Berada dalam kelompok manusia yang berlainan jantina dalam kadar yang banyak merupakan satu cabaran yang hebat. Lebih lebih lagi, sejumlah besar rakan satu cohort (batch) ku 80% wanita. Belum lagi termasuk pembaca pembaca blog yang kukira juga banyak gadis gadis yang meninggalkan komen dan jejak. Jarang sekali menerima email dari lelaki.  Aku sangat sedar akan hakikat dugaan ini.


Dunia maya itu cerita lain. Kali ini kita bercerita mengenai liku dalam pergaulan seharian. Kerap kali malu bila tergelak ketawa melebih, menerima tepukan secara tak sengaja dari wanita walau berlapik. Ini situasi yang cukup 'awkward' dan sangat tidak selesa bagi diriku kini. Kadang kadang rasa seperti tidak mahu keluar bilik, bersosial, terutama bila benda begini berulang. Susah bila ada perempuan dalam satu situasi.


Kalau dulu, senang rasa selesa, tapi kini, hati mesti bergetar kencang bila dirasakan hanya aku seorang dikelilingi oleh kaum hawa dalam suatu situasi. Batasan pergaulan dirasakan adalah satu isu yang sangat rumit. Ada yang kata begini, ada yang kata begitu. Ini cabaran yang berat. Kadang kadang kita faham akan batasan tapi tidak pula orang yang bergaul dengan kita. Aku cuba berkias, melahirkan mimik muka yang tidak senang tapi gerangan yang bernama wanita masih tidak faham.


Awak, sentuh saya haram. Awak bukan muhrim saya. Walau sedikit pun terkena kulitnya. Lepas disentuh yang susahnya saya tertanya tanya apa yang saya perlu buat? Serius saya rasa bersalah, sangat. Kalau disentuh babi dan anjing boleh lagi disamak. Tapi kalau sentuh awak? Bertambahlah titik hitam di hati saya. Jadi, baik saya sentuh babi. Ironi bukan? Babi, anjing kalut dipersoalkan keharamannya. Sesama kita? Kita butakan mata, seolah tiada rasa berdosa. 'Alah tak pe lah sikit je pun'. Sikit, banyak, dosa juga.

Berlapik bila tertepuk. Tapi.. aku masih rasa tak selesa sebab? Itu aku kira sudah bibit bibit yang akan menerbitkan rasa normal bila disentuh. Harus sedar syaitan itu licik. Mula mula berlapik, lepas tu bertepuk bagai tiada dosa. Syaitan memang bijak. Nauzubillah. Kulit ini hak milik Allah, satu. Dua, kehormatan kulitku untuk bakal isteriku. Ketiga, aku muak dengan dosa begini mengotorkan hatiku sedang aku bersusah payah untuk bermujahadah dengan perjuangan yang jauh lebih signifikan dari isu pergaulan. Isu disentuh oleh yang bukan muhrim perlu diselesaikan dengan kadar yang segera.

Aku juga silap, diakui. Aku takut menyuarakan hak diriku. Hak untuk tidak mahu disentuh dengan murah. Ini berkenaan dengan harga diri aku juga. Mungkin aku patut memberanikan diri. Please, stay two hundred meters away from me. I wish. Pakai glove la pergi mana mana. Ini juga mungkin cabaran, dugaan, yang susah. Susah itu sebabnya nilai syurga yang tinggi. Haruslah aku bertahan. Iye post ini untuk wanita wanita yang bukan muhrim yang semenjak aku baligh yang aku tersentuh kulitnya. Maaf maaf maaf. Aseef. Tak semestinya muka normal ketika tersentuh itu aku menerima dengan terbuka, dalam hati, Allah sahaja yang tahu bergelora dan sangat kecewa bila aku gagal menjaga hak kulitku sekali gus, memusnahkan batasan benteng pergaulan. Gagallah aku menjadi Muslim yang baik bila tersentuh dengan wanita yang bukan muhrim dalam hari itu.



ini bukan post dari aku. sekadar copy paste dari blog seorang lelaki ni. inilah post yang paling aku like. 
N.F.A

10 September 2011

taknak !!!


as-salam.

adalah sangat best apabila duduk rumah seorang diri. tapi ia bertukar sangatlah tidak cool bila orang datang beraya ramai ramai sebanyak 3 KERETA dan aku hanya seorang diri, tanpa mak bapak di sisi yang membantu. 

aku tengah duduk depan laptop, tetiba jiran aku bukak tingkap depan jerit nama aku. aku punya terkejut sampai terangkat bahu. terus jadi nervous tau. lepastu dia cakap ni haaa sedara datang. aisehh, orang kulai. masa tu cuma 1 kereta tapi aku masih agak ada lagi 2 kereta sebab diorang kalau beraya setiap tahun memang standard 3 kereta. 

aku tengah berpakaian yang sangatlah tidak ayu, so aku berlari tukar baju, sambut orang datang. dah lah semalam macam panas. berpeluh okay! nasib baik ketiak tak basah sebab guna Perspirex . nasib baiklah rumah tak bersepah sangat. aku called parents aku banyak kali, susah betul nak angkat sebab diorang kat larkin, hantar kakak aku naik bas. 

so aku gunakanlah kemahiran aku sebagai anak dara, buat air, sediakan kuih raya. tapi ini memang memalukan sebab aku tak dapat overcome nervous aku, so tangan aku sejuk dan macam menggigil sikit tau. bila nak tuang air, menggigil jap tapi tak lah teruk sangat kegigilan tu. eheee tak senonoh. tetiba je rasa macam menyesal pulak tak ikut mak bapak aku. dan bila bapak aku angkat call aku, inilah dialognye.


aku: abah, orang kulai semua datang ni. baliklah cepat. 
bapak: eh, bas kakak kau ni tak sampai lagi. nantilah. 
aku: alah, tinggalkan jela kaklong dekat situ. balik cepat. dah taktau nak buat apa ni. ramai la!
abah: eh cakaplah dengan diorang, mak abah takde.
aku: eh, diorang dah masuk rumah la. takkan nak halau keluar pulak.
abah: hah, pandai pandai kau lah layan diorang. abah tak sempat nak balik awal ni. buat jela apa yang patut. ni kakak kau nak cakap.
akak: kihkihkihkih.. padan muka kau fana. kau dah lah tak suka nak beraya rumah orang kan, sekarang kau lah yang kene melayan orang beraya. hahahaha. tu la lain kali dengar cakap aku. doa orang yang teraniaya sentiasa termakbul. 
aku: ah belah la kau. dah aku nak buat air. heh. 


diorang semua ketawakan aku kot. sebab diorang tau aku tak reti nak melayan orang. tetiba, hamikk kau. 3 kereta sekligus datang untuk kau. maunya tak berpeluh je kerja badan kau. terkejut tau. terus cari alasan nak bawa diorang semua pegi rumah sepupu lagi sorang dekat taman mawar. hehehe, takdelah aku tepu dekat rumah nak melayan sorang sorang. :)  


to conclude, bila bulan Syawal ni, stand by je la kemungkinan orang nak beraya bila bila masa je. jangan kelibut macam aku.


N.F.A


03 September 2011

kaya kaya kaya $$$


as-salam.

kita nak jadi kaya ada 3 cara. 

  1. generasi.  kekayaan turun temurun dari datuk ke bapa ke anak dan seterusnya.
  2. titik peluh. bekerja keras, siang malam cari untung yang hanya sekejap menjelma lepastu hilang kalau lalai. penat.
  3. ilmu. belajar dari kecil sampai besar atau sampai bila bila, dapat kerja yang sesuai, gaji yang lumayan, hidup senang. inshaAllah.

terima kasih, atok. =)

salam aidilfitri,
N.F.A


02 September 2011


ini special untuk Kina dengan Joe. 







N.F.A