14 April 2011

bersahaja bila berbahasa. apakah?


salam.

harini saje nak share sikit. kita selalu dengar, 'kalau kita buat baik dengan orang, orang pun akan buat baik dengan kita' atau 'kalau kita bermanis muka dengan orang, orang akan manis muka semula dengan kita'. sinonim dengan masyarakat sekarang. tak usahlah kata masyarakat, keliling kita pun sama.


tapi, sekarang tak sama macam dulu. kalau dulu, orang selalu hormat kita. mungkin tak semua tapi masih lagi ada. sekarang pun bukan nak kata langsung takde. ada cuma tak sebanyak dulu. lagi lagi darah muda macam kita kita. kalau orang tua, memang lah sentiasa hormat dan dihormati. 


kita selalu tengok, kalau ada orang lain cakap english, mesti ada orang lain lagi yang akan buat muka. buat muka dekat sini maksudnya macam sebagai tanda yang si dia ni tak berapa berkenan bila tengok orang lain speaking. pada mereka, kita hidup dekat malaysia pakai jelah bahasa melayu, tak payah mengada sangat nak guna english. dan blablabla, whatsoever. selalu senario ni berlaku.


pada kita, setiap orang ada hak masing masing nak bercakap menggunakan bahasa apa sekalipun asalkan penyampaiannya bermaksud positif dan tak menjengkelkan. sekadar nak have fun dengan kawan kawan pun takpe. lagipun, takde ruginya bila bercakap guna bahasa selain daripada bahasa melayu. 


kita boleh luaskan pengetahuan, timba pengalaman dan yang paling penting dapat cuba sesuatu yang baru [walaupun english tu dah sinonim dengan kita]. macam hari hari lepas, kita dengan kawan kita cakap tamil. walaupun belit belit lidah nak menyebut lepastu cakap tonggang langgang sikit, tapi kitorang had fun sebab sebenarnya benda ni memang menyeronokkan.


cubalah. cuba buka fikiran awak awak semua yang lebih dikatakan narrow-minded tu, faham mereka mereka yang dalam seharian tu bercakap menggunakan bahasa lain lagi lagi english. macam kita cakap awal tadi, takde ruginya ber-speaking walaupun semuanya broken english. mencuba dari sekarang lebih baik dari mencuba kemudian hari sebab akhir akhir nanti kita boleh bercakap lancar, inshaAllah. 


nota: kekadang rasa takut je nak guna english dekat blog ni sebab pandangan orang tak sama dengan pandangan diri sendiri. bila orang mengutuk kita, terus kita rasa down dan secara tak langsung boleh timbulkan rasa menyampah pada diri orang tu. jadi, lebih baik elakkan benda yang mungkin berlaku kan?


N.F.A

2 comments:

Mya Shukor said...

Fana jgn takut pasal pandangan orang lain, kalau nak guna english guna jer..there's nothing wrong with it. Plus it can increase your self confidence..nak berjaya kan? Then go for it! ^_*

Nurfarhana said...

entahla mya sayang. macam aku serba salah. see, serba salah tau sbb nanti bila ade org condemn dlm hati mula rasa menyampah ada org tu. x perlu dengar dia bercakap pun takpe sbb tengok muka pun dah mampu nak buat tafsiran.