15 July 2011

pengalaman yang sangaaaaaat berharga


as-salam.

berharga la sangat okay. kalau nangka dah busuk, memang takkan tahan lama dekat dahan kan. sama macam menara tinggi. kalau tak kukuh base dia, memang akan runtuh. dalam sekelip mata je kan. harini nak cerita kisah yang memalukan tau.


harini batuk makin teruk. setiap kali batuk, dekat bawah dada rasa sakit lepastu kepala macam berat. nak jadikan cerita, masa cikgu soal aku, aku tak dapat jawab so normal lah kene berdiri. entah berapa minit berdiri sambil dengar cikgu bercakap kat depan, tetiba je aku dengar suara cikgu sayup sayup je padahal suara cikgu dah kuat tu. lepastu macam kelam kelam je pandangan.


terus pandang bawah. nak redakan sakit kepala. aku rasa kepala aku berat sangat ya Rabbi. lepastu semua gelap. raihana amik air, baca baca sikit lepastu sapu air dekat muka aku. baru aku sedar. lepastu aku nampak ramai kot dekat keliling aku. eh eh kenapa kenapa?


baru aku tau aku pengsan jap. dorang cakap kepala aku terhantuk meja kuat sangat tapi sumpah aku tak rasa pape sakit pun dekat kepala. yang aku rasa sakit dekat bontai aku. yela, dari berdiri terus jatuh terbaring. dalam pada aku kene papah dengan rai, aku dengar farid buat lawak. tergelak jugak weh walau kepala rasa berat gila. terus letak kepala atas meja, pejam mata kejap lepastu tetiba menangis. sebab malu okay! bengang habis masa tu.


lepastu dorang buat review. 

kina: aku ingat ada orang jatuh kerusi, jadi aku nak tergelaklah tapi bila pandang belakang aku tengok kau yang tumbang. terus tak jadi.... aku tengok muka kau macam takda darah. bibir kau pun pucat.


syaza: aku dengar bunyi benda jatuh kat belakang aku. aku pusing kanan tengok belakang, aku tak nampak kau kat tempat kau. lepastu aku pusing kiri tengok belakang, aku nampak kau dah jatuh dah. 


farid: weh, sorry la aku tak dapat sambut kau. aku tak perasan pun kau nak jatuh. lain kali kalau nak jatuh, bagitau dulu. [sengal]


raihana: macam mana menara tinggi pun boleh jatuh ni.


hadaina: ni baru diri kejap dah pengsan. nanti masa dekat plkn nanti macam mana la.

ada lagi kot tapi tak ingat sangat. lepastu dorang cakap aku jatuh macam ayu ayu je. okay, terus senyum lebar. tapi kain terselak, tak cun dah. choi! bila aku ingat balik suara kecoh dorang, aku asik nak tergelak je. sebab macam kelakar jap. HAHA.


Terima kasih korang!


p/s: aku suka soalan aja. 'kau pengsan sebab kau fikir plkn ea?'


N.F.A

12 July 2011


i have no choice. 


N.F.A 

10 July 2011

cukup cukuplah ni. masih belum dapat capai lagi apa yang nak tu


2 minggu mintak serawa. [in progress]
2 minggu mintak McD. [  ]
2 minggu mintak coolblog. [/]
4 minggu mintak kek. [/]
2 bulan mintak purse. [/]
2 tahun mintak braces. [  ]


N.F.A

08 July 2011

cerita balik


as salam.

cerita ni mungkin dah basi bila korang tengok date dia tapi diri ni tetap nak tepek jugak dekat sini. okay, memandangkan malas nak menaip, lagi sekali, biar gambar yang ceritakan kronologinya. 


30 Jun 2011




1 Julai 2011


 2 baju kuning pun ahli kawad jugak


batang kuning tu memang untuk orang yang berbaju kuning saja. motip?


2 Julai 2011







banyak nak letak tapi nanri terbiasa pulak. jadi, ni cerita minggu lepas punya. kitorang pegi musical theater tau. tiket dia mahal woo. eh, ada lagi 1 gambar ni khas buat 1 pasangan ni. hey, aku dedikasikan gambar ni buat korang!

 


N.F.A

06 July 2011



are you brave enough?

01 July 2011

as salam


juara masih lagi bertahan buat tahun ni untuk unit kitorang. 5 tahun berturut menang. alhamdulillah. oh, sekarang dah 2 minggu tak sarung baju kurung sekolah. ini semua gara gara sukan. okay, lepasni dah setel. lega sikit. belang belang printed on my face nanti slow slow mesti hilang. kthxbai