25 November 2012

bila berdua dengan mak.


as-salam.

harini rajin sekejap nak update lebih sikit. 

masa dekat masjid besi, aku duduk berdua dengan mak sebab orang lelaki semua tengah perform solat jumaat. 

lepastu entah macam mana mak boleh termasuk soal jodoh kahwin bagai ni. mak tetiba nasihatkan aku untuk cari laki yang baik baik. [siapa nak yang jahat?] kalau boleh nak macam ni macam tu macam ni macam tu. [takkanlah nak bagitau dekat sini kan] 

dan yang penting, mak taknak menantu dia sebaya dengan anak dia. haihh, nasiblah kakak aku tu nak mencari. kikiki. 

bila berbual pasal topik macam tu dengan mak, terasa ada janggalnya. maybe sebab aku still a student maka dengan itu aku terasa awkward kot. hiks, malu. -masih panjang lagi perjalanan-


N.F.A

No comments: