27 May 2011

H


as-salam.

cuti sekolah dah mula BAGI student yang bukan amik pmr dengan spm dekat sekolah kita. sebab bagi kami kami yang nk amik periksa penting tahun ni kene sekolah sampai khamis depan. maknanya, lepas khamis depan baru lah official punya cuti sekolah. 


"you'll get more what you invest now"


entri kali ni bukan nak cerita soal lambat cuti, sebab dah lali beno kalau takde cuti sebab sebelum ni tiap tiap hari sekolah termasuk hari minggu. jadi, lambat cuti tu dah biasa kot. entri malam ni nak cerita cerita je soal hati. bukan sebarangan hati tau.


bila kita hidup ni, kita bukan hidup sorang dekat dunia ni sebab masih ada orang lain lagi dekat sekeliling kita macam keluarga, saudara mara dengan kawan kawan. jadinya, kalau kita nak buat sesuatu, kadang kadang kene pikir jugak soal hati orang lain. bukan main bohh je kan. kita hidup lebih kurang macam ikut hukum masyarakat.


selalu kena pikir apa kata orang tentang baik buruk setiap apa yang kita buat. sebab kalau tak pikir, orang akan sebok mengata dan langsung bagi kesan pada keluarga khasnya. lepastu nanti orang lain pulak sebok nak banned kita. orang kata ni namanya lumrah hidup, kenalah terima. ye betul, tak nafikan. tapi tak semua perkara yang orang lain berhak nak mengata. 


susahkan nak puaskan hati semua orang? kadang kadang kita yang kene berkorban perasaan sendiri semata mata nak puaskan hati orang. hati perasaan orang semua okay tapi hati sendiri terluka, takde siapa yang tahu kecuali Yang Maha Esa. bila kita nak puaskan hati sendiri, hati orang lain pulak yang tersentap. kita percaya awak awak yang membaca ni pernah ada pengalaman macam ni. 


kita ada hak masing masing. memang tak dinafikan bukan senang nak puaskan hati orang lain tapi tu tak bermaksud kita kene dengar setiap telunjuk orang lain semata mata nak puaskan hati orang lain. paham tak? ada masa kita kene berkorban tapi ada masanya jugak kita kene tegas dengan diri kita. jangan biar orang jatuhkan kita. kita buat ikut apa yang kita pikir betul sekali dengan pendapat orang terdekat.


kalau pada orang yang tak berapa kenal kita kata benda yang kita buat tu tak baik/tak betul, tak semestinya kita kene dengar cakap dorang sebab kita adalah kita. teruskan dengan apa yang kita nak buat. buat jelah apa yang kita nak buat tanpa pikir sangat soal hati orang lain. sebab diri sendiri dah jenuh nak pikir hati dengan perasaan orang lain. yang penting benda yang kita nak buat tu benda yang senonoh, bukan tak senonoh!


p/s: ada orang tanya. kenapa kita suka guna BM dengan ayat penuh? pada kita, hak kita nak menaip dalam bahasa apa sekalipun dengan ayat penuh atau abbreviation selagi kita tak memudaratkan penglihatan dan otak orang yang membaca disebabkan tulisan semua nak guna bahasa 'eewwwwwwww' . menyusahkan tahu tak!


p/s/s: ada orang cakap kita ni macam suka suka je nak menunjuk baik dekat sini sedangkan luaran macam hape. jawapan: eh gua punya suka beb nak guna macam mana pun asalkan gua tak pernah nak mintak lu taipkan entri untuk gua. gua guna tangan sendiri nak menaip, lappy sendiri nak publish dengan karen sendiri nak charge battery. sesen duit lu gua tak mintak. setitik kudrat lu pun gua tak mintak ditadah. *okay, hilang sopan sebab manusia macam ni

p/s/s/s: hey you, this entry has nothing to do with your previous post.


N.F.A

No comments: