07 April 2013

it's time. alhamdulillah.


as-salam.

nokia kapok ni masih hidup lagi. banyak jasanya.


got this text from ma dadddddy. pengorbanan parents kami ke sana demi anak2 nak final. manalah aku tak rasa nak melalak.

by the time he said about this long time ago, i cried. nak buat haji belum ada rezeki lagi sebab tu mak abah pilih buat umrah dulu. 

ye, memang terkilan sebab harini diorang akan bertolak tapi aku masih dekat matrik. tak balik sebab takda siapa nak hantar aku balik nanti. 

daddy cakap jangan sedih tapi bila baca mesej ni je buat aku rasa sedih. hati perempuan kan.


N.F.A

02 March 2013

Pure Marine Collagen


as-salam.

gred AA [RM10 for 100g]

 gred AAA [RM13 for 100g]

you may refer to this website:  
http://www.mudah.my/Rumpai+laut+pasir+gudang-20404432.htm?last=1

thank you.

N.F.A

19 February 2013

rumpai laut = kolagen !


as-salam.

cut it short ;

SESIAPA YANG BERMINAT NAK MEMBELI RUMPAI LAUT [KUNING/UNGU], BOLEH TINGGALKAN KOMEN ANDA DI POST INI. 

KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:

-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)


* rumpai laut tu tak semestinya kena makan bulat bulat. boleh dibuat air utk minum atau buat macam jelly, then tepek dekat muka. 

*kalau rasa geli nak makan rumpai laut kosong, boleh campur dengan apa perisa sekalipun asalkan dicampur dengan rumpai laut tu. 

*tapi yang alah dengan rumpai laut, jangan cari pasal yee. 

sumber:  http://jelitawan-sfbeauty.blogspot.com/2012/06/kolagen-mentah-asli-rumpai-laut.html#axzz2LM36T5ch


100GM (KUNING) = RM10
100GM (UNGU) = RM13

TETAPI, TERHAD DI KAWASAN PASIR GUDANG, JOHOR SAHAJA.

N.F.A


10 February 2013

amalan gaya hidup sihat.


as-salam.

kakak aku ni kan dia suka research menu makanan sihat lepastu nanti heret bapak aku pegi pasar sebab dia nak beli bahan bahan nak masak. tapi simple je la. tapi simple pun, aku makan terlebih jugak. contohnya:

dia dok memasak sayur banyak banyak. campur brokoli lagi. aku telan air liur je nak menelan sayur tu. sebab tak pernah sumbat brokoli pun. dan hasilnya, dia masak bubur ayam plus cendawan, dengan lauk sayur campur ni.

buburnya tak macam bubur sangat. terkurang air sikit. 

zoom lagi dekat isi isi dekat sayur campur ni. brokoli, bayam, carrot dengan tomatoe. yang dok membedalnya, aku dengan akak aku. parents aku telan sikit je sebab just nak jamah je masakan anak. eh, tapi bila aku masak haritu, takde sorang pun makan. sadis tau.

lepastu, akak aku ni jadi kurus sebab dia jogging selalu. dia takde pun makan pil langsing badan ke turun berat badan ke apa. dia just jogging sahaja. tapi tak sepenuhnya makan sayur setiap hari. ada jugak dia bedal makan ayam tu semua.

macam ni.
 haa, dia belanja aku kenny rogers roasters sebab sepanjang cuti ni aku yang kene jadi driver dia walaupun dia tu ada lesen agung. kira macam nak cover penat lelah aku jadi driver dia, layan kerenah dia yang angin macam cuaca tu haa. penat jugak madah nak drive je ulang alik jb. haih kakak aku ni, baik frame aje lesen tu.


N.F.A

 
 
 

RANDOM things .


as-salam.


i bought this. untuk mengukur tahap kekembangan diri. bukan niat nak menjahit pun. kalau nafsu tak boleh kawal, aku cepat cepat amik bendalah ni lepastu ukur. baru boleh control makan. berkesan kejap jela.

 boleh faham sepatah haromm tak baca tulisan budak ni? ini memang style med. student atau doc punya tulisan ke?  aku sakit mata nak baca.

awal awal lagi aku dah request dengan mummy nak makan pengat. maka dengan itu, pengat ini berisi biji saga, tepung kaler kaler dengan jagung. iyee, aku suka campur campur bahan. tak suka makan 1 isi pengat je. tak sedap. tepung colourful tu dah macam budak budak dekat taska dah. yee, aku ni kecik lagi tau.

dann, sepanjang cuti ni aku bedal 2 movies which are must-watch movies. Bullet to the head dengan A good day to die hard. ini semua sepupu aku yang praktikal yang mengajak. tapi memang best gila these 2 movies. actions dorang memang two thumbs up. tapi a good day to die hard tu pun campur kelakar jugak. ada jugak berdekak dalam wayang. midnight pulak tu.


oh yee, cuti ni adik beradik aku semua balik. jadi, bila kakak aku ni ada dekat rumah, dia mengamalkan gaya hidup sihat. itu nanti aku buat dekat entri lain.


N.F.A