19 December 2011

rolled into one


as-salam.

aku kan ke terengganu haritu dengan hanya berseorangan tanpa ahli keluarga yang join sekaki. naik bas around 8 hours. ok bosan nak gila. kaki yang panjang duduk dalam bas dengan masa 8 jam perjalanan sangatlah menduga kesabaran hati. nak tidur, dapat dalam 20 minit lepastu tersedar sebab bas bawak laju plus semua benda main langgar. bonggol, bendul, lubang and entah apa apa lagi dia langgar. jadi, duduk tepi tingkap dengan 1 seat, hanya memandang pekat malam bersama bulan yang terang. 

sampai masa subuh. balik rumah pakcik bantai tidur. selesa lah juga. tak banyak jalan dekat sana sebab cousins semua kerja. pakcik aku punya kereta pulak boleh buat hal. so, duduk rumah. keluar time malam je bila cousin aku dah balik. shopping pun tak banyak. takpelah, boleh shopping dekat sini.

they both are doctors. working in the same hosp. the wife is now pregnant. 5 months but when looking at her tummy, she didn't look like a preggie woman sebab perut nampak kempis. she's working in O&G department. bila tanya best ke tak dia jawab best sebab dapat sambut baby. okay itu memang best !

she was nearly a doctor tapi takda rezeki. she's a physiotherapist. also working in the same hosp with her sister. the above one.

masa hari nak balik pula, bas waktu malam lepas maghrib. pukul 8.15. jadi lepas maghrib terus pecut ke terminal bas weh. takut tertinggal. bila sampai 8.30 bas tak muncul, aku pergi kaunter, dia cakap bas pukul 9. bila dah pukul 9.15 bas tak sampai lagi, aku pergi lagi kaunter dia kata bas pukul 10. haprakkkkkk punya servis. lepastu pukul 10.15 pun bas takde, aku pergi lagi kaunter, dia dah taktau nak cakap apa sebab bas masih dekat bengkel. badigol! kan senang kau cakap bas rosak. takde aku menyusahkan pakcik dengan sepupu aku untuk tunggu sekali. orang tu dah lah penat. 

harga RM44.10

lepastu kan, aku geram aku survey kaunter lain, usha ada tak bas ke jb malam ni. dia kata ada taoi pukul 11. aku dah was was. aku cakap, 'nanti 10.45 bas saya tak datang lagi, saya beli dengan awak. reserve 1'. then he said okay. tengah menunggu nasib, tetiba mamat tu datang kat aku kata ada bas nak ke jb sekarang. ada 1 seat kosong. kalau awak nak, beli dengan saya. okay fine, aku memang tak boleh pk apa, aku said yes. aku beli dengan dia. kau tau berapa? RM45. melayang lagi duit aku. lepastu dalam bas baru aku perasan sesuatu.

RM44.45 tapi dia terus cakap RM45. tapi harga sebenar tiket RM33.30. shooooooot! dia makan duit kan. tapi aku malas dah nak pk apa sebab dah dalam bas asalkan dapat balik rumah, sudah.

jadi, 44.10 + 45 = 89.10. tengok tu! besarnya jumlah. sampai jb, waktu pagi dalam pukul 8 lebih. sampai rumah 10 lebih. lepas zohor aku cabut ke Jusco sebab nak cari kasut. dekat terengganu takda saiz aku. fine ! lepas maghrib, terbongkang terus sebab esok pagi KERJA !

conclusion, since the day i came back from terengganu until today, i still couldn't get enough rest. hari ahad semalam memang la aku cuti tapi dari pagi sampai petang aku buat L. nak rehat, memang tak sempat. malam tadi pun kene keluar kejap, ada appointment. balik rumah terus tidur. dekat tempat kerja, mata ngantuk sangat ya Rabbi. 

semua benda buat terburu-buru. bukan apa. aku nak mengejar plkn punya pasal. blame plkn for this. huh.


N.F.A


18 December 2011

musim apakah


sekarang ni musim hujan. lepastu kan tetiba panas. eh tetiba hujan balik. aduhh. kesian badan. immune body system tak kuat. oleh sebab itu, haruslah terkena selsema. dan batuk menjadi lebih parah dari yang biasa. dengan itu, haruslah suara juga menjadi seperti seorang komander. yeahhhh ! 

eh sebenarnya banyak benda nak update since balik dari bercuti lagi tapi tak sempat. sumpah tak sempat. nanti update soon.


N.F.A

12 December 2011

i'm back !


eh, rasa berdosa pulak tak bagitau. bagi sesiapa yang percaya aku ke tokyo tu, actually aku auta kan je. T yang dimaksudkan adalah Terengganu. ok, sekian.

06 December 2011

Tokyo [ yes, it is T ]


as-salam. 

tomorrow night, i'll be leaving to Tokyo. some preparations have done. only some and the rest is still in progress. haiyooo. i hate packing my stuffs. bosan ! 60% left. esok nak bla tapi banyak lagi barang tak pack.

N.F.A

jerawat dimple eh pimple and zit


as-salam.

pakar mengatakan there are 3 places on your face where pimples used to grow. 

  1. forehead. this is because you are tension, stress or depress. 
  2. T-zone. due to the hormonal instability.
  3. jaw. due to the weakness of your lymphatic system.

okay, now i am proud to be a biology student. [sekejap je]


N.F.A


03 December 2011

faktor kenapa badan jadi makin kembang


... atau lebih tepat lagi buncit.

ni untuk diri sendiri la. faktor faktornya adalah :

  1. mak punya masakan sedap sedap. lepastu mak masak tiap tiap hari melainkan kalau ada banyak jemputan kahwin, dia takkan masak sebab mak bawa banyak makanan balik nanti. lepastu mak masak macam anak dia sekarang kat rumah ada 10 orang. dan 10 orang tu adalah aku sahaja di rumah.
  2. abah kalau belanja barang, memang stok untuk 1 bulan terus tapi oleh kerana anak yang sorang kat rumah tu jenis perut banyak space, stok 1 bulan boleh jadi setengah bulan je. cukup dekat nak masuk akhir bulan, semuanya dah habis gara gara si kecil ini :)
  3. kalau kakak balik rumah, wahh dia rajin ke dapur. tau pukul berapa? pukul 8 malam ke atas biasanya. dan haruslah aku suruh dia masakkan lebih untuk diri ini. kan orang cakap jangan makan selepas pukul 8 malam tapi degil.
  4. kalau datang rumah atok, haruslah tibai segala coklat yang ada dalam fridge nya. lepastu rumah atok biasanya menjadi tempat perjumpaan makcik pakcik semua. jadi bila semua datang, semua bawa makanan dari rumah atau beli makanan dekat luar. kalau beli bukan sikit, tapi banyak. kalau buang, membazir jadi sumbat juga semuannya dalam perut.
  5. oleh kerana mulut ni jenis yang tak sah kalau tak mengunyah, jadinya setiap kali bosan, pergi dapur untuk korek apa apa yang boleh dikunyah atau lebih tepat lagi dimakan. 
  6. kalau makan 1 pinggan, takkan ada 1 butir nasi yang tinggal atas pinggan. semua licin. tak kiralah makan apa pun, yang penting licin. ehem ehem, membazir kan tak elok.
okay ini je kot faktor kenapa kembang terrr-menjadi pilihan diri ini. 


N.F.A

      ombak rindu


      as-salam. 

      memandangkan aku peminat novel, jadi bila dengar ombak rindu release on 1st December 2011, terus straight ke jusco nak tengok. sambil tu shopping. kitorang pergi awal sebab tau petang nanti baris mesti panjang. 

      sampai sampai terus beli tiket dan masa tu ingatkan tak ramai yang nak tengok. sebab banyak lagi seat kosong. then had our shopping session. actually nak shopping banyak banyak tapi takde rezeki sebab beg punya pasal. choi.



      can you see there are so many heads in front of me? 

      lisa punya acting real kot. 

      tapi cerita ni best jugak la. tak bosan sangat. cukuplah orang sebelah aku bergenang air mata. hehehe. 

      okay lepasni rasa macam serik je nak pegi wayang on the first day it is released. crowded okay. lepasni movie melayu download je.

      *hai atika, dah ajak bapa belum? hikhikhik

      N.F.A

      01 December 2011

      what a ruin








      N.F.A