28 May 2011

Hyperhidrosis !


as-salam.

mesti ramai dah tahu apa tu hyperhidrosis tapi kita tetap nak cakap jugak hyperhidrosis tu maknanya peluh yang berlebihan, [excessive sweating]. ini bukan peluh yang disebabkan awak jogging 10 rounds lepastu sebok cakap dekat orang, "eh aku ada hyperhidrosis weh, peluh lencun gilerrr" . jangan bangga sangat dengan hyperhidrosis ni.


ada 4 bahagian yang terlibat, muka, tapak tangan dan kaki dan underarms. kalau yang untung, hanya 1 bahagian je yang individu tu kena. tapi untuk kita, takde yang untungnya sebab 4-4 bahagian ni memang sentiasa berpeluh. walaupun dekat tempat yang ada air cond, kita tetap berpeluh. cuma dekat muka tu kurang sikit. tapi lain lain bahagian, ya rabbi, orang yang kenal kita je tahu dan paham macam mana rupa keadaan kita.


sangat memalukan, menyusahkan! untuk sesiapa yang tak pernah kena, they might say, "alah, peluh tu kejap je, nanti lama lama okay lah tu. relax la." senangnya mulut awak bercakap. awak tak pernah tahu apa perasaan orang yang ada masalah ni. awak tak pernah rasa bolehlah awak cakap macam tu tapi kami yang kena, rasa yang sebaliknya tahu tak.


ingat lagi dulu kalau nak masuk tempat tusyen, tapak kaki dengan tangan ni tak pernah kering. asik basah dengan peluh memanjang. sentiasa basah! siapa tahan? orang lain tengok pun geli. habis kami yang merasa ni pikir tak geli? ada otak kau pandai pandailah pikir.


ejek? ada je orang yang ****** sebok nak mengejek. awak ingat kami nak sangat ke dengan masalah ni? takde siapa mintak untuk dapat masalah ni. kita pun tak pernah mintak. tapi setiap antara kami selalu cuba cari jalan nak pulihkan semula. berhati perut lah sikit. nak ejek jangan sesekali, tak pernah ke pikir sensitiviti orang lain? kami terasa tahu tak!


nak salam orang tak payah cakap lah. kita madahnya kesat kesat tangan dekat baju lepastu baru salam. itu pun tak kering, still lembap. kadang kadang terpaksa menolak huluran tangan orang sebab masa tu peluh sangat. terpaksa cakap "eh sorry, tangan basah, tak boleh salam". kalau orang tu nak kecik hati or what, terpulanglah daripada dia merasa geli dengan keadaan tangan basah kita.


baju? berlambak kaler gelap. semuanya gelap! kalau ada terang, itu pun 2 3 helai. tapi jarang pakai. sebab takut orang nampak ketiak kita basah. sedih sangat! orang zaman sekarang narrow minded kan. even family sendiri pun macam tu. sebab family sendiri pun tak boleh nak paham diri yang ada masalah ni.


tapi lepas mengadu bertahun tahun dengan bapak, barulah bulan lepas dia belikan 1 antiperspirant. bentuk dia macam deodorant. but it only works for armpits. nak taknak, kita teruskan juga pakai walaupun kaki tangan dengan muka tetap peluh. alhamdulillah, sekarang masalah dekat armpits dah berkurang. kena teruskan pakai sebab kalau stop, peluh tu datang balik.


kena pakai waktu malam sebelum tidur dan sebelum pakai pastikan armpits sentiasa kering. jangan ada basah! kalau yang lepas cukur bulu tu, pakailah 48 jam lepas cukur sebab kalau terus pakai, gerenti sakit menyengat! bukan tiap tiap malam tapi cuma 2 hari sekali je. nak ingatkan, benda tu memang sangat kecik dan mahal tapi berbaloi. carilah dekat guardian atau watson. RM60.





masa first time peluh tak keluar meleleh dekat ketiak, Allah je tahu macam mana happy nya waktu tu. kawan kawan je yang tahu macam mana jakon sangat kita masa tu! nasib baik dorang paham.


kita cuma tolong apa yang patut sebab kita faham apa perasaan orang yang ada masalah ni. dan teruskan berdisiplin pakai benda ni sebab kalau tak silap kita, dulu kita pakai straight 1 minggu 2 hari sekali, tangan kita pun tak peluh. tapi sejak exam, asik tak sempat nak pakai dan peluh kat tangan datang balik.


p/s: selalu fikir, macam mana nak jadi cikgu? kalau masa interview tu tak boleh kawal nervous, peluh mesti jadi lagi teruk. macam mana nak berkomunikasi dengan orang kalau macam ni gayanya.


N.F.A


27 May 2011

H


as-salam.

cuti sekolah dah mula BAGI student yang bukan amik pmr dengan spm dekat sekolah kita. sebab bagi kami kami yang nk amik periksa penting tahun ni kene sekolah sampai khamis depan. maknanya, lepas khamis depan baru lah official punya cuti sekolah. 


"you'll get more what you invest now"


entri kali ni bukan nak cerita soal lambat cuti, sebab dah lali beno kalau takde cuti sebab sebelum ni tiap tiap hari sekolah termasuk hari minggu. jadi, lambat cuti tu dah biasa kot. entri malam ni nak cerita cerita je soal hati. bukan sebarangan hati tau.


bila kita hidup ni, kita bukan hidup sorang dekat dunia ni sebab masih ada orang lain lagi dekat sekeliling kita macam keluarga, saudara mara dengan kawan kawan. jadinya, kalau kita nak buat sesuatu, kadang kadang kene pikir jugak soal hati orang lain. bukan main bohh je kan. kita hidup lebih kurang macam ikut hukum masyarakat.


selalu kena pikir apa kata orang tentang baik buruk setiap apa yang kita buat. sebab kalau tak pikir, orang akan sebok mengata dan langsung bagi kesan pada keluarga khasnya. lepastu nanti orang lain pulak sebok nak banned kita. orang kata ni namanya lumrah hidup, kenalah terima. ye betul, tak nafikan. tapi tak semua perkara yang orang lain berhak nak mengata. 


susahkan nak puaskan hati semua orang? kadang kadang kita yang kene berkorban perasaan sendiri semata mata nak puaskan hati orang. hati perasaan orang semua okay tapi hati sendiri terluka, takde siapa yang tahu kecuali Yang Maha Esa. bila kita nak puaskan hati sendiri, hati orang lain pulak yang tersentap. kita percaya awak awak yang membaca ni pernah ada pengalaman macam ni. 


kita ada hak masing masing. memang tak dinafikan bukan senang nak puaskan hati orang lain tapi tu tak bermaksud kita kene dengar setiap telunjuk orang lain semata mata nak puaskan hati orang lain. paham tak? ada masa kita kene berkorban tapi ada masanya jugak kita kene tegas dengan diri kita. jangan biar orang jatuhkan kita. kita buat ikut apa yang kita pikir betul sekali dengan pendapat orang terdekat.


kalau pada orang yang tak berapa kenal kita kata benda yang kita buat tu tak baik/tak betul, tak semestinya kita kene dengar cakap dorang sebab kita adalah kita. teruskan dengan apa yang kita nak buat. buat jelah apa yang kita nak buat tanpa pikir sangat soal hati orang lain. sebab diri sendiri dah jenuh nak pikir hati dengan perasaan orang lain. yang penting benda yang kita nak buat tu benda yang senonoh, bukan tak senonoh!


p/s: ada orang tanya. kenapa kita suka guna BM dengan ayat penuh? pada kita, hak kita nak menaip dalam bahasa apa sekalipun dengan ayat penuh atau abbreviation selagi kita tak memudaratkan penglihatan dan otak orang yang membaca disebabkan tulisan semua nak guna bahasa 'eewwwwwwww' . menyusahkan tahu tak!


p/s/s: ada orang cakap kita ni macam suka suka je nak menunjuk baik dekat sini sedangkan luaran macam hape. jawapan: eh gua punya suka beb nak guna macam mana pun asalkan gua tak pernah nak mintak lu taipkan entri untuk gua. gua guna tangan sendiri nak menaip, lappy sendiri nak publish dengan karen sendiri nak charge battery. sesen duit lu gua tak mintak. setitik kudrat lu pun gua tak mintak ditadah. *okay, hilang sopan sebab manusia macam ni

p/s/s/s: hey you, this entry has nothing to do with your previous post.


N.F.A

23 May 2011

15 .


as-salam.

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan "




N.F.A

22 May 2011

sejujurnya..



as-salam.

ye, sejujurnya kita bukanlah seorang yang pandai menegur seseorang. mungkin pada kiraan kita, cara teguran atau nasihat kita sudah cukup lembut tapi hakikatnya, teguran dan nasihat itu sangat keras pada mereka dan akhirnya menyebabkan pertengkaran atau perbalahan terjadi. seboleh mungkin kita cuba untuk mengelakkan perkara tu terjadi.


selama ni, kita cuba untuk menegur orang tapi kita cermin dulu diri kita sebab kita tahu yang kita ni pun tak sempurna. macam orang lain jugak. takde sesiapa yang sempurna di dunia ni. tapi kalau terus dibiarkan, kita takut kita pulak yang berdosa sebab dikira bersubahat. maksudnya, bersubahat membiarkan seseorang itu melakukan dosa berterusan. dekat sini, kita bukanlah nak jadi seorang ustazah yang bagi usrah atau tazkirah atau ceramah atau motivasi tapi ini apa yang kita baca.


mungkin pada mereka, ingatan itu bukanlah yang terbaik pada mereka walau itu yang sebetulnya. dan kita dekat sini nak menekankan yang kita bukanlah orang yang tidak melakukan dosa sepanjang masa. kita pun bukanlah orang yang suci daripada dosa, sama seperti kalian. cuma sekadar mengingatkan.


tapi bila mengingatkan individu tu, mesti ada yang tak boleh terima. bukan rekaan tapi kenyataan sebab pernah terjadi kat kita bila kita menegur seseorang tu. tapi lepas ditegur, ayat dia lebih kurang begini :

ahh kau, bla ahh! [lebih kurang macam ni la, sebab benda ni pun dah lama]


jadi, sejak tu, kita tahan diri kita daripada nak menegur sebab kita takut kita pulak yang tersentap lepastu mulalah hati ni nak jelek pada orang tu. kalau boleh, mintak dielakkan lah. melainkan bila orang tu bertanya pada kita, barulah kita menjawab sejujurnya.


sekali lagi nak tekankan, kita pun bukan baik sangat ibarat bidadari turun dari kayangan. kita pun perasanlah yang diri kita ni pun ada sopak sopek nya. boleh terima, alhamdulillah. kalau tak, minta maaf.


N.F.A

korban mangsa tanah runtuh


as-salam.

baru tadi tengok berita pasal anak anak yatim dengan murid madrasah al-Taqwa sana yang terkorban sebab tanah runtuh semalam pukul 2.30 petang. 

sayu sangat tengok 16 orang yang meninggal sebab tertimbus semalam. alhamdulillah, masih ada yang peka dan prihatin dengan jenazah semua diruskan dengan baik. 
lepastu tadi dengar cerita salah seorang mak mangsa kata anak dia yang meninggal sepatutnya nak pergi matrik, nak amik sains hayat sebab cita cita arwah nak jadi doktor tapi tak kesampaian sebab ajal arwah dah sampai. sedih sangat dengar cerita tu. 

ada pula yang kata, sebenarnya kita dah kuburkan anak yatim di sini dulu sebelum mereka tertimbus. apa maksud dia, entahlah. 

semoga yang pergi tu dicucuri rahmat-Nya. Amin.


N.F.A


19 May 2011

dialog hari tua. apakah?


salam. 

dialog hari tua. apa tu? okay fineeeeeee. sejak jadi tinggi [memang azali, alhamdulillah], sejak warna kulit berbelang sebab cuaca panas terik dan bila pakai tudung ibarat kuda belang dan sejak muka ni berjimba dengan jerawat, raaaaaaaaaaaaaamai yang tertanya tanya dengan umur kita. okay fineeee sekali lagi, muka kita tua.

contoh nak bagi korang nampak : 


pertama: tengah beli jambu dekat tempat tusyen. 

aku: nak jambu singgit.
polan: [sengih sengih]. akak kerja kat sini ke?
aku: eh taklah. akak belajar kat sini. nak spm tahun ni.
polan: belajar? 
aku: aah. saya tusyen kat tempat ni. tak sekolah ke?
polan: eh saya dah habis sekolah. 

fineeee, gua guna 'kakak' dengan polan tu sebab dia yang mula panggil akak dulu okay. rupa rupanya dia lagi tua dari kita okey. 


kedua: bilamana kawan bapak datang rumah lepastu tengok kita lepastu dialog dia:

pakcik: eh mal [nama bapak kita], anak kau ni jadi cikgu dekat mana?
bapak: cikgu apa, spm pun tak lepas lagi. 
pakcik: hah? lah yeke. tinggi bukan kemain lagi. ingatkan kerja jadi cikgu. tengok gaya macam cikgu je rupanya.
bapak: [ketawaaaaa]


okey, terus simpan impian nak jadi cikgu dan lupakan nak jadi doktor. boleh gitu? taklah. cuma bila fikir balik, setakat pakai baju kurung dengan beg tepi boleh nampak gaya cikgu ke? itu je. 


ketiga: bila berjumpa orang yang lagi rendah dari kita yang tak berapa rapat dengan kita yang tak pernah tahu menahu pasal kita, tetiba dia datang kat kita dia cium tangan kita sebagai tanda hormat orang muda kepada orang tua. walhal kita yang sepatutnya cium tangan dia sebab dia lagi tua dari kita. 


atau masa hari raya, bila datang rumah orang then salam tangan orang, orang tu tadah tangan dia dekat orang lain tapi dengan kita tak pulak. nanti dia terus tarik kita cium pipi kiri kanan pulak lepastu berborak macam dah lama beno kenal. okay finee, dekat situ je rasa teristimewa.


banyak lagi sebenarnya cuma lupa apa lagi contoh nak letak. konklusinya, kita memang tua dari umur sebenar k bye


N.F.A


17 May 2011

enam belas mei


salam.

tajuk tu berkenaan hari guru semalam. yee, kite ni bukan guru tapi ada simpan impian nak jadi guru. hari guru semalam tak semeriah macam tahun lepas. setakat boleh harap tahun ni cuma sekadar band. itulah tunggak utamanya. 


okay, kita tahu kita tak payah komen belambak sangat regarding that event. banyak gambar yang kami amik. yang bawah ni semua sekadar picisan : 













 
okey, cukup. kita pernah cakap dulu yang kita taknak letak gambar tapi untuk entri ni kita letakkan hanya picisannya sahaja daripada keseluruhan gambar. 


p/s: awak tak payah cakap pun kita tahu yang hidung kita memang kembang tambah lagi muka berjerawat. =)


N.F.A


06 May 2011

sekian lama berjimba..


salam.

berjimba la sangat! ehh haipp, sopan sikit okay bahasa tu. 

memang betul tuan punya blog ni berjimba. jimba dengan FB je kerja. lepas berjimba, barulah dapat lagi satu khabar yang sangat menjimbakan hati tuan punya blog sekali dengan kawan kawan dia. nak tau apa?










kami 1 kelas terpilih untuk join kelas tambahan yang sekolah buat. tanpa bayaran! tengok, berjimba bukan? dan bila tanya kelas lain, diorang taktau apa apa pun. tengok, rasanya kelas kitorang je kot. berjimba bukan? dan bila baca edaran surat pemberitahuan tu, HATI KAMI SANGAT JIMBAAAAA SEBAB KELAS TAMBAHAN BUAT HARI SABTU DENGAN AHAD. tengok, berjimba bukan?

maksudnya di sini, kita berkelas dari hari isnin sampai ahad dan kami takde cuti. orang kelas isnin sampai jumaat tapi kami topup 2 hari. tengok, ini baru namanya kuasa berjimbaaaa yang kami rasa =) betul bukan?

takpe, sentiasa ada hikmah untuk apa yang terjadi. 



N.F.A