18 April 2011

sejujurnya..


as-salam.


ye, sejujurnya kita bukanlah seorang yang pandai menegur seseorang. mungkin pada kiraan saya, cara teguran atau nasihat kita sudah cukup lembut tapi hakikatnya, teguran dan nasihat itu sangat keras pada mereka dan akhirnya menyebabkan pertengkaran atau perbalahan terjadi. seboleh mungkin kita cuba untuk mengelakkan perkara tu terjadi. lagi lagi pada kawan kawan.


selama ni, kita cuba untuk menegur orang tapi kita cermin dulu diri kita sebab kita tahu yang kita ni pun tak sempurna. macam orang lain jugak. takde sesiapa yang sempurna di dunia ni. tapi kalau terus dibiarkan, kita takut kita pulak yang berdosa sebab dikira bersubahat. maksudnya, bersubahat membiarkan seseorang itu melakukan dosa berterusan. dekat sini, kita bukanlah nak jadi seorang ustazah yang bagi usrah atau tazkirah atau ceramah atau motivasi tapi ini apa yang kita baca.



mungkin pada mereka, ingatan itu bukanlah yang terbaik pada mereka walau itu yang sebetulnya. dan kita dekat sini nak menekankan yang kita bukanlah orang yang tidak melakukan dosa sepanjang masa. kita pun bukanlah orang yang suci daripada dosa, sama seperti kalian. cuma sekadar mengingatkan.


tapi bila mengingatkan individu tu, mesti ada yang tak boleh terima. bukan rekaan tapi kenyataan sebab pernah terjadi kat kita bila kita menegur seseorang tu. tapi lepas ditegur, ayat dia lebih kurang begini :

ahh kau, bla ahh! [lebih kurang macam ni la, sebab benda ni pun dah lama]


jadi, sejak tu, kita tahan diri kita daripada nak menegur sebab kita takut kita pulak yang tersentap lepastu mulalah hati ni nak jelek pada orang tu. kalau boleh, mintak dielakkan lah. melainkan bila orang tu bertanya pada kita, barulah kita menjawab sejujurnya.


sekali lagi nak tekankan, kita pun bukan baik sangat ibarat bidadari turun dari kayangan. kita pun perasanlah yang diri kita ni pun ada sopak sopek nya. boleh terima, alhamdulillah. kalau tak, minta maaf.


N.F.A


14 April 2011

bersahaja bila berbahasa. apakah?


salam.

harini saje nak share sikit. kita selalu dengar, 'kalau kita buat baik dengan orang, orang pun akan buat baik dengan kita' atau 'kalau kita bermanis muka dengan orang, orang akan manis muka semula dengan kita'. sinonim dengan masyarakat sekarang. tak usahlah kata masyarakat, keliling kita pun sama.


tapi, sekarang tak sama macam dulu. kalau dulu, orang selalu hormat kita. mungkin tak semua tapi masih lagi ada. sekarang pun bukan nak kata langsung takde. ada cuma tak sebanyak dulu. lagi lagi darah muda macam kita kita. kalau orang tua, memang lah sentiasa hormat dan dihormati. 


kita selalu tengok, kalau ada orang lain cakap english, mesti ada orang lain lagi yang akan buat muka. buat muka dekat sini maksudnya macam sebagai tanda yang si dia ni tak berapa berkenan bila tengok orang lain speaking. pada mereka, kita hidup dekat malaysia pakai jelah bahasa melayu, tak payah mengada sangat nak guna english. dan blablabla, whatsoever. selalu senario ni berlaku.


pada kita, setiap orang ada hak masing masing nak bercakap menggunakan bahasa apa sekalipun asalkan penyampaiannya bermaksud positif dan tak menjengkelkan. sekadar nak have fun dengan kawan kawan pun takpe. lagipun, takde ruginya bila bercakap guna bahasa selain daripada bahasa melayu. 


kita boleh luaskan pengetahuan, timba pengalaman dan yang paling penting dapat cuba sesuatu yang baru [walaupun english tu dah sinonim dengan kita]. macam hari hari lepas, kita dengan kawan kita cakap tamil. walaupun belit belit lidah nak menyebut lepastu cakap tonggang langgang sikit, tapi kitorang had fun sebab sebenarnya benda ni memang menyeronokkan.


cubalah. cuba buka fikiran awak awak semua yang lebih dikatakan narrow-minded tu, faham mereka mereka yang dalam seharian tu bercakap menggunakan bahasa lain lagi lagi english. macam kita cakap awal tadi, takde ruginya ber-speaking walaupun semuanya broken english. mencuba dari sekarang lebih baik dari mencuba kemudian hari sebab akhir akhir nanti kita boleh bercakap lancar, inshaAllah. 


nota: kekadang rasa takut je nak guna english dekat blog ni sebab pandangan orang tak sama dengan pandangan diri sendiri. bila orang mengutuk kita, terus kita rasa down dan secara tak langsung boleh timbulkan rasa menyampah pada diri orang tu. jadi, lebih baik elakkan benda yang mungkin berlaku kan?


N.F.A

12 April 2011

dialog sepetang


salam. 


dialog petang bersama emakkkkkkkkkkkkk. 


mak: amboi kau ni betul betul hidup sorang ea dekat rumah ni [sambil jeling jeling makanan depan kita]
kita: habis dah anak anak mak yang lain dah takde, kita jela mengorek dalam peti tu [sengih sengih je madahnya]
mak: hisy, gemok nanti.
kita: takpe, memang tau pun :)


baiklah, emak dan bapak sendiri dah kata kita gemok. memang hakikat tu tak dapat ditolak walau sejuta kali menidakkan. sebab penimbang berat dekat sekolah dah 2x berturut turut bagitau fakta yang sebenar. two times in a row! 


sebagai tanda protes, kita makan lagi! JOM!


N.F.A


02 April 2011

mok mok.


salam.

duduk dekat rumah tanpa adik beradik di sisi kadang kadang sangat heaven kerana diri ini sering dilimpahi dengan pelbagai makanan yang sangat meng-enak-kan. jadi, tak payahlah sebok nak merungut bila pipi tu dah macam bola tennis setiap satu. sekian.


eh eh, 

SYAZA NAJWA
SELAMAT HARI JADI!
SELAMAT HARI JADI!
SELAMAT HARI JADI, A.G!
SELAMAT HARI JADI!!!

oh oh, hari jadi dia serentak sekali dengan 2 orang classmates kami , happy birthday too! maknanya, harini hari jadi 3 classmates aku. what a coincidence :) have a blast !





N.F.A